Aku Tak Macam Lelaki

Kawanku kata
Aku tak macam lelaki

Bukan sebab aku lembut
Muka jambu apatahlagi

Tapi sebab aku tak ambil kisah
Siapa menang Man U kah Chelsea
Kelantan FC apatahlagi

Kawanku kata
Aku tak macam lelaki

Hanya sebab aku tak reti main game terkini
Tak reti tackle awek, atau gadis sunti tak berperibadi

Tak gila kereta tak gila motor
Majalah kereta motor tak pernah beli
Tak merokok tak juga berjoli sana sini

Aku kata aku memang tak macam lelaki
yang begitu dan begini

Cuma aku kata padanya
Kau pun tak macam lelaki
sebab tak pergi masjid berjemaah
solat di rumah saja seorang diri.

p/s: Diedit daripada blog yang tak mahu kredit or whatsoever..

Newcomer

So jumlah semua anak2 buah yang ada skang ialah 5!! Jadi, macam biasa, aku yg perasan aku sorang jer ada anak buah yang comel2 ni akan upload gambaq2 latest mereka termasuk the newcomer one...



So, nombor satu yg dah berat macam 4 kampit beras, atau lebih manja dipanggil bang long.. tengah belajar math dgn mak dia.. 6 tahun la nie.. Al-Quran agak fasih, malah aku percaya lebih fasih berbanding orang tua bangka yg dah masuk U tue,,


Kak Ngah, yg paling nyaring suara nye.. 3 tahun setengah kot..



Syazani, yg baru diculik oleh Mak Su dia selama 2 hari.. speech development dia agak lambat berbanding yg laen..


Yang paling nakal dan 'samseng', Syazwan.. semua yang dia nak pasti dia akan dapatkan.. sangat licik dan pandai 'berpura-pura; menangis..

Dan yg latest.................................






Mohamad Haziq, 2 bulan..


So, kemeriahan semakin dirasai.. tonggang terbalik khazanah nenek depa nie kalau depa melawat.. habis minyak rambaut dan minyak wangi aku disapu kat atas tilam..


Sekian.. aku ada cerita menarik nak tulis tapi skang tak ada mood...

Hidup mesti diteruskan

Salam Alaik,

Nampak tak sarang lelabah kat blog nie? Lama sesangat tak menaip dalam blog murahan nie.. well, korang semua kan tahu aku kan busy masa nak exam dulu.. sampai satu apa pun tak sempat nak ditulis(masih mengekalkan gaya penulis 'perasan busy').. selalunya bila aku lama tak menulis, aku akan buat entri 'lump sum'.. huk3(batuk ckit).. so entri ini adalah entri 'lump sum'.. seboleh2 nya, aku masih mahu mengekalkan gaya menulis aku, x mahu ikut gaya2 penulis blog2 sampah dan cacamerba, fanatik dan uptodate kononnya, sedangkan semuanya datang drpd kepala lutut.. :) sorry kasar ckit coz dah lama tak khuruj.. tu yang celupar ckit tuh..

Tp entri ni maybe byk gambar je kot.. kemalasan menaip itu masih ada lagi.. dah3, baca je lah..


Profesional III

Alhamdulillah lulus.. setinggi-tinggi syukur aku panjatkan kepada-Nya.. Aku tahu aku tak boleh gembira and elated lama2 coz ini hanyalah permulaan saja.. yang jauh lebih besaq, dahsyat dan lebih seriau sedang menunggu.. and i felt very3 sad with what happened to my groupmate.. itulah Taqdir.. aku harap dan aku tahu mereka ada kekuatan untuk itu.. thats life.period.



Sejurus selepas result diumumkan..


Antara gambar legend yg aku paling suka..


Bersama Mama and Papa O&G..




Durian

Masa exam lagi asyik teringatkan nak makan durian jer.. mmg ngidam habis lah.. so pas exam, plan nak g makan durian.. harga mahal?? tak de hal lah.. cehhh.. so g lah wakaf che yeh dgn member2, and cari durian besaq2.. habis >rm25 malam tue..


Skill mengopek durian yg tak tertanding..


Todia...


Aik?? Apa sudah jadik??


Haaa.. ni dia hasilnye.. ke33..


Sgt2 mengecewakan bila rasa durian tak sepadan rupa.. rasa geram pun ada kat mak cik jual durian tue..




4 bulan

Sebelum exam (sebelum dapat tahu next sem start bulan 9), parent aku mmg x kasi aku keluar 4 bulan.. tp lepas dapat tahu yg konvo berlangsung bulan 9 nie, parent aku mmg kasik lampu hijau utk keluar.. so yg tinggal hanyalah keazaman dan usaha aku untuk keluar 4 bulan.. tp lepas balik rumah nie, mak pulak tak kasik walaupun masih sempat berkonvo.. sudah, dah lah tak ada geng nak keluar sekali, pastu parent pulak x bagi..

rupa2 nya decision sebelum exam yg bg lampu hijau utk keluar tue adalah utk tidak mengganggu aku exam.. kakak ku yg memaklumkan itue.. so bermsyuaratlah aku dgn org tempatan di sini.. dan mereka hantar orang2 lama untuk khususi ayah aku.. tp the decision is still the same.. walaupun pasport dah buat, tp ia langsung x merubah apa2..pastu dok la aku kat umah nie, iman makin lemah dari hari ke hari.. sebagai tanda 'protes' maka ber'poya2' lah aku sejak duduk rumah nie..



Melaka Wonderland

Inilah tempat pertama aku ber'foya2'.. taman tema yg baru setahun dibuka tp sgt menarik dgr kata.. pergi 3 orang jerk.. pinjam keta kakak and drive ke sana seawal ia dibuka..


Baru sampai..



Dah habis..masa nak balik..


Maskot2 dinasour yg tak cute ..


Selamat tinggal.. cukup la tu 4 gambaq.. tak kan nak tunjuk gambaq mandi.. tak senonoh!!


Sebagai natijah, habis satu tangan kena sunburn.. and tempat ni mcm tak sesuai utk budak perempuan dewasa.. harap maklum..



Sungai Melaka

Just jalan2 je.. aku yang duduk melaka nie tak pernah berjalan2 sepanjang sungai Melaka yg dah cantik dihias macam2. asyik2 nampak sungai Kelantan jek.. oopss.. so aku yang jakun nie pergilah jalan2 pagi2 dgn member untuk menikmati kecantikan sungai Melaka yg dihias tajaan Ali Rustam..



Belakang bagunan dihias dgn mural2 bersejarah


Jambatan Old Bus Station


Eyes of Melaka?? Errkk..


Sepanjang tepi Sungai Melaka yg sgt sesuai untuk beriadah..



Jambatan Hang Tuah~~ nampak x keris sakti tu??


Lawa.


Gambar diambil oleh amatur murahan..


'Feri' pelancong.. sapa2 boleh naik.. kena bayar la..