Pilihan Raya Kampus

Sayang seribu kali sayang tak ada calon lelaki untuk kerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan.. calon Kerusi Umum pun tak ada lelaki yang aku boleh meletakkan kepercayaan.. semua nye perempuan..

tapi kalau aku pelajar PPSK, sudah tentu aku pilih laki-laki beriman yang selalu datang ke surau.. kan Izmer?? ni kalau muka kat surau haram tak nampak, nak aku undi kau?? jgn harap!!

Yang kerusi Umum, aku tak ada pilihan untuk mengundi selain daripada yang pernah mengucap Kalimah La Ilaha Illa Allah.. paham2 je lah sapa..

Eh eh, tujuan entry kali ni bukan nak bocorkan undi la.. adoi, tersalah tulis pulak.. tak pe lah.. biaq la hat terlepas tulis tuh.. hehe

Tujuan entry kali ni just nak bagitau yang aku setiap kali PRK, aku teringat kisah bagaiamana Abu Bakar R.A. begitu beriya-iya MENOLAK jawatan khalifah selepas kewafatan Baginda Muhammad SAAS.. Abu Bakar yakni ketua penghuni syurga drpd kalangan Umat Baginda begitu berkeras hati untuk MENOLAK jawatan yang ditawarkan.. kalau tak silap, selama 3 hari beliau pergi rumah ke rumah untuk memujuk penduduk Makkah agar tidak bersetuju dengan pelantikannya dan menarik balik Bai'ah(janji setia} yang diberikan kepadanya..

Kerana apa?? kerana apa kawan2?? kerana beliau merasakan betapa dahsyat dan beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin..every single second dia menjadi khalifah dirasakan akan diHisab dan dipersoal di hadapan Zat yang Maha Adil dan Saksama.. beliau menangis teresak2 memikirkan betapa beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin yg bakal digalas..

Ini lah sifat sebenar Ketua Penghuni Syurga.. bukan nak kata volunteer diri nak jadi pemimpin tu salah, tapi setiap yang nak jadi pemimpin perlu ada sifat2 takut dan gerun dgn jawatan yg dipinta-pinta itu.. bukan gembira kepalang mcm nak ghak bila dah menang..

maka sama2 kita istighfar kerana cara kita yang betul2 contra dengan Ketua Penghuni Syurga itu.. semoga kefahaman itu Allah kurniakan kepada kita semua..

p/s: teringat masa kecik2 dulu, bukan main suka dapat dilantik sebagai ketua kelas masa sekolah rendah.. hik3..