Bersihkah??




Assalaaua'laikum.. saya nak jadi calon Ustazah Pilhan Astro Oasis boleh x?? Nama saya Batrisyia Nadhirah Roslan(modern x nama i?? i x suka dgn damia@dania@darwish or whatsoever..) umur saya hampir 4 tahun.. mengaji x pandai lagi tapi menguasai bahasa melayu pelat.. eg setoyah=sekolah.. Kebolehan terbaru saya ialah apabila nenek saya x bagi apa yang saya nak, saya akan cakap "Nenek x sayang kakak eh??"..




Salam..

Hari ni terasa rajin pulak nak menaip.. ni entry kedua untuk arini.. actually tgh baring2 kat rumah sambil menikmati watery discharge from bilateral red eye yang sakit nie.. tetiba teringat tentang muzakarah yg kami buat masa keluar 40 hari julai aritu.. actually malam tu ialah malam perhimpunan bersih kat KL.. (seriously aku x tau pasal bersih sampai lah malam itu).. nasib baek la masa tu aku tgh khuruj menikmati ukhwah di jalan Allah(gitue)..

muzakarah malam tu bersama seorang ustaz daripada jerteh.. agak panjang la muzakarah malam tue.. banyak maklumat2 agama yg dapat belajar. tetiba ada seorang jemaah buka pasal perhimpunan bersih.. apa lagi, terus la menggelodak telinga aku nak mendengar.. nak tulis panjang sangat la..

Tapi jgn risau, aku akan bagi rumusan muzakarah 'bersih' malam itu.. rumusan aku berbentuk persoalan.. Okay, pernah dengar tentang hadith yang mengatakan membuang sesuatu yang menghalang jalan orang ramai adalah selemah-lemah iman kan?? mesti pernah kan.. jadi, seandainya membuang sesuatu yang menghalangi laluan orang ramai dianggap Nabi sebagai selemah-lemah iman, maka apa kah yang boleh kita kata tentang iman orang2 yang memenuhi jalan2 dan laluan orang ramai dan menjadi sebab jalan itu x boleh digunakan sebagai jalan dek kerana terkumpulnya manusia di situ?? fikir2 kan...(abes la aku kena condemn teruk pasnie.. ampun~~)

Moralnya di sini, nak kumpul tu boleh.. tapi buat lah macam orang Tabligh buat tahun 2009 dulu.. kumpul kat tanah lapang selapang2lapangnya(tanah yang orang mmg tak lalu pun).. buat khemah dan berdemo lah nak demo pom.. 200 ribu kumpul selama 3 hari!!!!!!! ada kau mampu??(sesungguhnya Allah Taala sahaja yang mampu berbuat segala2 nya)..

Semoga Allah ampuni aku dan seluruh Ummat Muhammad S.A.W. sampai hari kiamat..

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment