Bersihkah??




Assalaaua'laikum.. saya nak jadi calon Ustazah Pilhan Astro Oasis boleh x?? Nama saya Batrisyia Nadhirah Roslan(modern x nama i?? i x suka dgn damia@dania@darwish or whatsoever..) umur saya hampir 4 tahun.. mengaji x pandai lagi tapi menguasai bahasa melayu pelat.. eg setoyah=sekolah.. Kebolehan terbaru saya ialah apabila nenek saya x bagi apa yang saya nak, saya akan cakap "Nenek x sayang kakak eh??"..




Salam..

Hari ni terasa rajin pulak nak menaip.. ni entry kedua untuk arini.. actually tgh baring2 kat rumah sambil menikmati watery discharge from bilateral red eye yang sakit nie.. tetiba teringat tentang muzakarah yg kami buat masa keluar 40 hari julai aritu.. actually malam tu ialah malam perhimpunan bersih kat KL.. (seriously aku x tau pasal bersih sampai lah malam itu).. nasib baek la masa tu aku tgh khuruj menikmati ukhwah di jalan Allah(gitue)..

muzakarah malam tu bersama seorang ustaz daripada jerteh.. agak panjang la muzakarah malam tue.. banyak maklumat2 agama yg dapat belajar. tetiba ada seorang jemaah buka pasal perhimpunan bersih.. apa lagi, terus la menggelodak telinga aku nak mendengar.. nak tulis panjang sangat la..

Tapi jgn risau, aku akan bagi rumusan muzakarah 'bersih' malam itu.. rumusan aku berbentuk persoalan.. Okay, pernah dengar tentang hadith yang mengatakan membuang sesuatu yang menghalang jalan orang ramai adalah selemah-lemah iman kan?? mesti pernah kan.. jadi, seandainya membuang sesuatu yang menghalangi laluan orang ramai dianggap Nabi sebagai selemah-lemah iman, maka apa kah yang boleh kita kata tentang iman orang2 yang memenuhi jalan2 dan laluan orang ramai dan menjadi sebab jalan itu x boleh digunakan sebagai jalan dek kerana terkumpulnya manusia di situ?? fikir2 kan...(abes la aku kena condemn teruk pasnie.. ampun~~)

Moralnya di sini, nak kumpul tu boleh.. tapi buat lah macam orang Tabligh buat tahun 2009 dulu.. kumpul kat tanah lapang selapang2lapangnya(tanah yang orang mmg tak lalu pun).. buat khemah dan berdemo lah nak demo pom.. 200 ribu kumpul selama 3 hari!!!!!!! ada kau mampu??(sesungguhnya Allah Taala sahaja yang mampu berbuat segala2 nya)..

Semoga Allah ampuni aku dan seluruh Ummat Muhammad S.A.W. sampai hari kiamat..

Wallahua'lam...

Graduation



Salam Alaik

Dah lama tak membuang masa menulis sesuatu di blog untuk tatapan nafsu serakah yang jahat nie.. Hari ini merupakan hari ke-5 aku MC.. conjunctivitis.. walaupun sangat tak selesa, tapi aku tahu ia merupakan kafarah terhadap dosa2 yang aku buat serta kelalaian aku dalam mengingatiNya sejak aku bekerja nie.. solat awal waktu tu hanya istiqamah certain2 waktu je.. kalau zohor and asar tue, sangat2 bertuah seandainya dapat solat awal waktu secara berjemaah dan di tempat azan dilaungkan... berjemaah tu alhamdulillah coz kat hospital nie sentiasa je ada visitor dan jugak doktor2 laen yg solat lewat(sama mcm aku), so aku tarek je tangan mana2 org aku nampak utk solat jemaah sekali..

2 minggu lepas aku convo.. so entry kali ni just nak tunjuk gambar convo.. tak de apa sgt pun konvo nie actually.. sekali aku terbaca artikel yg mengatakan konvokesyen nie meniru upacara graduasi paderi2 kristian yang baru 'qualified' untuk dengar testimoni2 dan pengakuan2 dosa orang2 awam mereka... jubahnya, topinya(mortar board), sijil nye.. amat mirip sekali..wallahua'lam tak tahu kesahihannya.. tp mak ayah aku nak sgt tengok anak laki depa nie konvo, so ikram lah mereka sikit..





Entah sape ntah si ghani kacau .. x habis2...

With future ortho spcialist.. (sub-specialty- Sport Injury)..kekekeke



Muka ghani paling meng'ghairah'kan..





With rizal (Man of The Day).. thankz rizal..



Sorry ler.. xde bunga2 nih..



Gaya meng'gatal'..



Gaya 'skema'..



Gaya tahan berak..


Dan kepada sahabat2 satu batch yang akan ambil pro 30/10 nie, semoga berjaya dan doakan mereka berjaya.. dunia dan akhirat...



Aku Tak Macam Lelaki

Kawanku kata
Aku tak macam lelaki

Bukan sebab aku lembut
Muka jambu apatahlagi

Tapi sebab aku tak ambil kisah
Siapa menang Man U kah Chelsea
Kelantan FC apatahlagi

Kawanku kata
Aku tak macam lelaki

Hanya sebab aku tak reti main game terkini
Tak reti tackle awek, atau gadis sunti tak berperibadi

Tak gila kereta tak gila motor
Majalah kereta motor tak pernah beli
Tak merokok tak juga berjoli sana sini

Aku kata aku memang tak macam lelaki
yang begitu dan begini

Cuma aku kata padanya
Kau pun tak macam lelaki
sebab tak pergi masjid berjemaah
solat di rumah saja seorang diri.

p/s: Diedit daripada blog yang tak mahu kredit or whatsoever..

Newcomer

So jumlah semua anak2 buah yang ada skang ialah 5!! Jadi, macam biasa, aku yg perasan aku sorang jer ada anak buah yang comel2 ni akan upload gambaq2 latest mereka termasuk the newcomer one...



So, nombor satu yg dah berat macam 4 kampit beras, atau lebih manja dipanggil bang long.. tengah belajar math dgn mak dia.. 6 tahun la nie.. Al-Quran agak fasih, malah aku percaya lebih fasih berbanding orang tua bangka yg dah masuk U tue,,


Kak Ngah, yg paling nyaring suara nye.. 3 tahun setengah kot..



Syazani, yg baru diculik oleh Mak Su dia selama 2 hari.. speech development dia agak lambat berbanding yg laen..


Yang paling nakal dan 'samseng', Syazwan.. semua yang dia nak pasti dia akan dapatkan.. sangat licik dan pandai 'berpura-pura; menangis..

Dan yg latest.................................






Mohamad Haziq, 2 bulan..


So, kemeriahan semakin dirasai.. tonggang terbalik khazanah nenek depa nie kalau depa melawat.. habis minyak rambaut dan minyak wangi aku disapu kat atas tilam..


Sekian.. aku ada cerita menarik nak tulis tapi skang tak ada mood...

Hidup mesti diteruskan

Salam Alaik,

Nampak tak sarang lelabah kat blog nie? Lama sesangat tak menaip dalam blog murahan nie.. well, korang semua kan tahu aku kan busy masa nak exam dulu.. sampai satu apa pun tak sempat nak ditulis(masih mengekalkan gaya penulis 'perasan busy').. selalunya bila aku lama tak menulis, aku akan buat entri 'lump sum'.. huk3(batuk ckit).. so entri ini adalah entri 'lump sum'.. seboleh2 nya, aku masih mahu mengekalkan gaya menulis aku, x mahu ikut gaya2 penulis blog2 sampah dan cacamerba, fanatik dan uptodate kononnya, sedangkan semuanya datang drpd kepala lutut.. :) sorry kasar ckit coz dah lama tak khuruj.. tu yang celupar ckit tuh..

Tp entri ni maybe byk gambar je kot.. kemalasan menaip itu masih ada lagi.. dah3, baca je lah..


Profesional III

Alhamdulillah lulus.. setinggi-tinggi syukur aku panjatkan kepada-Nya.. Aku tahu aku tak boleh gembira and elated lama2 coz ini hanyalah permulaan saja.. yang jauh lebih besaq, dahsyat dan lebih seriau sedang menunggu.. and i felt very3 sad with what happened to my groupmate.. itulah Taqdir.. aku harap dan aku tahu mereka ada kekuatan untuk itu.. thats life.period.



Sejurus selepas result diumumkan..


Antara gambar legend yg aku paling suka..


Bersama Mama and Papa O&G..




Durian

Masa exam lagi asyik teringatkan nak makan durian jer.. mmg ngidam habis lah.. so pas exam, plan nak g makan durian.. harga mahal?? tak de hal lah.. cehhh.. so g lah wakaf che yeh dgn member2, and cari durian besaq2.. habis >rm25 malam tue..


Skill mengopek durian yg tak tertanding..


Todia...


Aik?? Apa sudah jadik??


Haaa.. ni dia hasilnye.. ke33..


Sgt2 mengecewakan bila rasa durian tak sepadan rupa.. rasa geram pun ada kat mak cik jual durian tue..




4 bulan

Sebelum exam (sebelum dapat tahu next sem start bulan 9), parent aku mmg x kasi aku keluar 4 bulan.. tp lepas dapat tahu yg konvo berlangsung bulan 9 nie, parent aku mmg kasik lampu hijau utk keluar.. so yg tinggal hanyalah keazaman dan usaha aku untuk keluar 4 bulan.. tp lepas balik rumah nie, mak pulak tak kasik walaupun masih sempat berkonvo.. sudah, dah lah tak ada geng nak keluar sekali, pastu parent pulak x bagi..

rupa2 nya decision sebelum exam yg bg lampu hijau utk keluar tue adalah utk tidak mengganggu aku exam.. kakak ku yg memaklumkan itue.. so bermsyuaratlah aku dgn org tempatan di sini.. dan mereka hantar orang2 lama untuk khususi ayah aku.. tp the decision is still the same.. walaupun pasport dah buat, tp ia langsung x merubah apa2..pastu dok la aku kat umah nie, iman makin lemah dari hari ke hari.. sebagai tanda 'protes' maka ber'poya2' lah aku sejak duduk rumah nie..



Melaka Wonderland

Inilah tempat pertama aku ber'foya2'.. taman tema yg baru setahun dibuka tp sgt menarik dgr kata.. pergi 3 orang jerk.. pinjam keta kakak and drive ke sana seawal ia dibuka..


Baru sampai..



Dah habis..masa nak balik..


Maskot2 dinasour yg tak cute ..


Selamat tinggal.. cukup la tu 4 gambaq.. tak kan nak tunjuk gambaq mandi.. tak senonoh!!


Sebagai natijah, habis satu tangan kena sunburn.. and tempat ni mcm tak sesuai utk budak perempuan dewasa.. harap maklum..



Sungai Melaka

Just jalan2 je.. aku yang duduk melaka nie tak pernah berjalan2 sepanjang sungai Melaka yg dah cantik dihias macam2. asyik2 nampak sungai Kelantan jek.. oopss.. so aku yang jakun nie pergilah jalan2 pagi2 dgn member untuk menikmati kecantikan sungai Melaka yg dihias tajaan Ali Rustam..



Belakang bagunan dihias dgn mural2 bersejarah


Jambatan Old Bus Station


Eyes of Melaka?? Errkk..


Sepanjang tepi Sungai Melaka yg sgt sesuai untuk beriadah..



Jambatan Hang Tuah~~ nampak x keris sakti tu??


Lawa.


Gambar diambil oleh amatur murahan..


'Feri' pelancong.. sapa2 boleh naik.. kena bayar la..

Pilihan Raya Kampus

Sayang seribu kali sayang tak ada calon lelaki untuk kerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan.. calon Kerusi Umum pun tak ada lelaki yang aku boleh meletakkan kepercayaan.. semua nye perempuan..

tapi kalau aku pelajar PPSK, sudah tentu aku pilih laki-laki beriman yang selalu datang ke surau.. kan Izmer?? ni kalau muka kat surau haram tak nampak, nak aku undi kau?? jgn harap!!

Yang kerusi Umum, aku tak ada pilihan untuk mengundi selain daripada yang pernah mengucap Kalimah La Ilaha Illa Allah.. paham2 je lah sapa..

Eh eh, tujuan entry kali ni bukan nak bocorkan undi la.. adoi, tersalah tulis pulak.. tak pe lah.. biaq la hat terlepas tulis tuh.. hehe

Tujuan entry kali ni just nak bagitau yang aku setiap kali PRK, aku teringat kisah bagaiamana Abu Bakar R.A. begitu beriya-iya MENOLAK jawatan khalifah selepas kewafatan Baginda Muhammad SAAS.. Abu Bakar yakni ketua penghuni syurga drpd kalangan Umat Baginda begitu berkeras hati untuk MENOLAK jawatan yang ditawarkan.. kalau tak silap, selama 3 hari beliau pergi rumah ke rumah untuk memujuk penduduk Makkah agar tidak bersetuju dengan pelantikannya dan menarik balik Bai'ah(janji setia} yang diberikan kepadanya..

Kerana apa?? kerana apa kawan2?? kerana beliau merasakan betapa dahsyat dan beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin..every single second dia menjadi khalifah dirasakan akan diHisab dan dipersoal di hadapan Zat yang Maha Adil dan Saksama.. beliau menangis teresak2 memikirkan betapa beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin yg bakal digalas..

Ini lah sifat sebenar Ketua Penghuni Syurga.. bukan nak kata volunteer diri nak jadi pemimpin tu salah, tapi setiap yang nak jadi pemimpin perlu ada sifat2 takut dan gerun dgn jawatan yg dipinta-pinta itu.. bukan gembira kepalang mcm nak ghak bila dah menang..

maka sama2 kita istighfar kerana cara kita yang betul2 contra dengan Ketua Penghuni Syurga itu.. semoga kefahaman itu Allah kurniakan kepada kita semua..

p/s: teringat masa kecik2 dulu, bukan main suka dapat dilantik sebagai ketua kelas masa sekolah rendah.. hik3..