Mangkuk Ayun ?

Selesai seminar Multiple Gestation dengan Prof Shah Rizal, maka bersurailah semua pelajar group 8 Tahun 5 sessi 2010/2011..

"Wei penat lah wei.. semalam oncall pukul 2 pagi baru balik.. busy giler labour room semalam.. banyak prosedur dapat buat semalam.. suka giler aku", kata si Hosni kepada member nya, Mubarak..

Si Mubarak hanya senyum sahaja..

"Petang ni kelas pukul 3 pm kan? So sekarang aku nak balik , nak qada' tidor.. pastu pukul 23o ptg , bangun and solat dan siap2", sambung si Hosni..

"Errkk", si Mubarak tersentap.. Dalam hati jah..

Maka mula lah berbisik kecil dlm hati Mubarak.. Mubarak pada zahirnya agak kagum dengan si Hosni kerana ketrampilannya dan ke'proaktifannya' sepanjang mereka bersama sejak Tahun 4 lagi,. tapi dalam hati kecilnya berasa sangat kasihan dgn si Hosni.. mereka yg semuanya bakal menjadi doktor dlm masa beberapa bulan lagi tampaknya masa depan mereka kian ''sukar'..


Zohor masa tu pukul 1.20 pm.. tapi tidak termasuk sedikit pun dlm perancangan Hosni untuk bangun pada waktu itu utk solat Zohor berjemaah, sebalik nya plan nak bangun kul 2.15 pm. baru nak solat..

"Kepala hotak ko Hosni , 2.15 pm solat jemaah dah habis la mangkuk.. mangkuk ayun betol.. kosong habis dah Surau Murani(surau baru).. " bisik hati kecil Mubarak..

"Ish2 Astaghfirullah, silap aku jugak tak bagitau dia kepentingan solat di awal waktu secara berjemaah di tempat azan dilaungkan.. ok, laen kali aku kena banyakkan khususi bagitau seluruh manusia tentang betapa pentingnya menjaga solat di awal waktu secara berjemaah di tempat azan dilaungkan.. dan dgn itu semoga Allah bagi aku kekuatan utk aku amalkan apa yang aku cakap insyaAllah", azam si Mubarak

Paham kan cerita kat atas?? bagus..