Doktor tak solat??

Salam alaik

Nama saya Mohamad Syazwan bin Roslan..nak berkenalan boleh?




Hari Terbuka Desa(HTD) yang lepas aku ada jumpa seorang senior aku yang sudah jadi senior HO di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).. agak sempoi jugak la senior nie.. dia dah ada anak sorang yang sangat cumil (of course Syarawi and adik2nya lagi comel di mata aku kot).. so sekali terserempak dengan dia so berbual2 lah kami sambil meng'ignore'kan isterinya yang busy melihat buku2 yang Kamal Bookstore jual tue..

So dia tanya la macam mana usaha dakwah sekarang.. so kami bagi la sikit2 karkuzari usaha kat USMKK terchenta nie.. and dia pun komen 'bagus2'.. tetiba aku tanya la macam mana ek kesibukan HO itu memberi kesan kepada amalan seharian.. dia kata sibuk ke, tak sibuk ke itu tak penting.. yang penting adalah bagaimana kita boleh menjaga diri kita .. macam mana tu??

Dia terus kepada point utama iaitu solat.. "wei, korang jangan terperanjat jika suatu hari nanti korang akan rasa mudah sangat untuk tinggalkan solat".. ye ke?? nauzubillah..

"Kawan aku selamba jer tinggal solat dengan alasan 'BUSY'", ujarnya.. Apalah ertinya jika jadi doktor yang safe, tapi x 'safe' kat akhirat sebab kantoi solat macam kain buruk lalu kain buruk itu dilemparkan ke muka kita(ada dalam hadith) .. "lets say operation start at 7 pm.. magrib masuk 7.02 pm.. so ko dah tahu kalau masuk OT at least within 2-3 hours x akan sempat kot keluar dari OT.. so apalah salahnya jika tunggu dulu masuk waktu, then solat (jemaah sebaik2nya) dulu, baru masuk OT.. lagipun Anaest pun nak kena prepare segala macam ubat dulu kan.. specialist tak akan marah punya la... pas solat magrib, pastu nak buat operation sampai kul 4-5 pagi pun tak pe, coz waktu isya' kan lama.. aish..

Bak kata Ustaz Hasrizal, "Puak-puak Pengharus" akan mula la beralasan, "alah nyawa patient kan lebih penting".. maka mereka pun mengharuskan meninggalkan solat dengan alasan banyak kerja kat ward.. semudah itu..

Actually aku pun tak reti nak explain dan tak mampu nak bagi faham pada org lain bagaimana kepentingan solat itu sendiri.. yelah2, aku tau ada Fiqh Aulawiyyat, tapi mcm mana ek nak terangkan bahawa dalam certain2 condition yang pada pendapat aku, kerja lain boleh di'secondary' kan.. no harm kalau solat dulu.. pengalaman selama menjadi medical students sudah banyak menguji aku bagaimana aku boleh prioritize things mengikut kehendak Nabi SAW.. prioritikan benda mengikut kepala otak sendiri , tak jadi.. entah lah, aku pun tak pandai nak explain.. maaf, itu kelemahanku.. kena 'keluar' dulu kot baru boleh paham.. hehe..

So, kesimpulannya disini ialah bagaimana mungkin untuk menjadi pengamal perubatan yang Muslim lagi profesional andaikata perkara solat yang menjadi asbab turunnya segala pertolongan2 Allah di pandang enteng malah ala kadar saja.. patient berjaya di resuscitate adalah pertolongan Allah.. patient brjaya dibedah tanpa komplikasi serius adalah pertolongan Allah.. improvement of symptoms disebabkan oleh ubat yang kita prescribe adalah pertolongan Allah.. patient berjaya di'intubate' adalah pertolongan Allah..senang kata, tak de 1 pun yang seorang doktor mampu lakukan tanpa pertolongan dan keizinan-Nya..

Malah pada pendapat aku kerja sebagai doktor lah yang paling menuntut pengharapan yang sangat tinggi daripada-Nya.. aahh, tak payah cakap banyak la.. acu tera 'keluar' 3 hari.. insyaAllah Allah bagi faham..

p/s: definisi 'puak-puak pengharus' Ustaz Hasrizal berbeza dengan definisi aku kot.. harap maklum..

Pergi Haji


Salam alaik


Mak teh tengah tolong kemas2 barang kat Kelana Jaya.. nampak tak Sya'rawi tengah sibuk nak kacau budak2 kecik yang lain..



Hari ini genap 18 hari ayah dan ibu berada di tanah suci Haram.. last call ayah dan ibu ku berada dalam keadaan sihat.. Alhamdulillah.. cuma kering2 tekak selalu.. mereka dinasihati untuk minum 10 botol air kosong sehari.. yang botol kecil tue.. so dalam lebih kurang 5 liter sehari.. cuaca sana sangat panas.. aku doakan mereka sentiasa di bawah jagaan Allah dan dikurniakan haji yang mabrur.. ini Haji kali kedua ibu ku dan kali ketiga untuk ayahku.. semoga Allah Taala terima amalan haji mereka..Amin~~



Doa permulaan untuk perjalanan menunaikan Haji..



PENAT

Sehari dua kebelakangan ni tersangat lah penat.. penat nye luar biasa berbanding hari2 lepas. lepas zohor je mesti collapsed with GCS less than 8.. haha gurau jerk.. bila bangun je dalam pukul 3 gitu rasa menyesal pulak kerana terbazir masa.. i said to myself, " its ok, at least u tunaikan hak pada badan untuk rehat"..

Ceh!!macam para Sahabat (RA) lah pulak.. mereka di siang hari berhempas pulas mengerah tenaga dalam berdakwah dan di malam hari pulak sibuk beribadah menangis2 di hadapan Allah dan berkata 'Ya Allah, tidak ada apa yang aku buat untuk agama-Mu.. aku tidak buat apa2 pun lagi demi agama-Mu".. menafikan usaha yang dibuat di siang hari dan mendoakan agar mereka terus diberi kekuatan untuk berjuang bersama kekasih mereka Baginda Muhammad S.A.W.. sehinggakan mereka tidak bagi rehat untuk badan mereka hatta ada yang tidak menyentuh isteri mereka di malam pertama.. bukan saja malam pertama, malah malam kedua dan ketiga sehingga lah Nabi menegur mereka agar memberikan hak kepada yang sepatutnya menerima hak...



STRESS

Ya, saya stress.. malah menjadi2 semenjak dua menjak nih.. tapi orang kata air muka dan perwatakan yang aku tonjolkan langsung tak ada signs and symptoms of stress.. ada sorang junior ni cakap raut wajah ku seolah2 hidupku langsung tiada masalah.. mereka silap

Exam (next week!!!!)
Kurang aktiviti fizikal.(buat ghast je lah aku punya exercise)
Terlalu jauh dengan mak ayah(tuh kat Mekah tue)
Banyak lagi x baca (so stop writing and baca buku!!)

And yang paling buat aku stress ialah melihat masalah ummat yang tak pernah selesai.. melihat ummat menderita.. melihat ummat berlari2 menuju neraka Allah.. melihat ummat yang hanya tahu bercakap tapi langsung tak bergerak untuk berusaha tarik bantuan Allah..melihat ummat yang semakin jauh dengan masjid2 dan surau2.. naudzubillah!!

So, stress hormone aku always higher than normal level sebab masalah2 di atas.. maybe Allah Taala bagi aku satu kelebihan untuk tidak manifest my stress and seterusnya men'stress'kan orang di sekeliling aku yang melihat aku stress!! sesetengah orang bila stress je, terus tarik muka kan, jadi kurang ramah, dan seterusnya menimbulkan buruk sangka.. so, be happy always..

Ustaz cakap kalau buat dakwah, Allah Taala akan bantu selesaikan masalah2 dunia dan masalah2 akhirat kita.. tapi kena buat dakwah cara Nabi la.. jangan ikut cara kepala otak sendiri.. tak jadi.. amalan dakwah yang tidak bersandarkan Sunnah, maka ianya tidak akan bertahan lama serta langsung tak istiqamah.. lebih buruk lagi jika amalan dakwah itu menjadi bersifat musiman.. buat bila free ( xde kerja dunia) bila x free, x payah buat.. sapa ajar?? dakwah mahu buat hari-hari (untuk diri sendiri dan semua).. kena buat lagi dan lagi, berkali-kali, jangan berhenti, sampai mati.. InsyaAllah semua azam?? InsyaAllah!!


ok setakat tu jelah update untuk kali nie.. aku bukannye ada masa nak tulis blog hari-hari..

Semoga Allah kekalkan saya dan pembaca2 sekalian dalam nikmat iman dan Islam dunia dan akhirat..