Sesat??

Eh eh dah 10 Ramadhan dah, cepatnya masa berlalu.. entah apa yang kita buat 10 hari yang lepas pun tak sempat nak hisab(muhasabah).. masya-karat!!

Hari ini aku(kami) muzakarah dengan Imam Masjid Sultan , Ustaz Sabri.. ala yang muka macam ala2 chinese sikit tuh.. aku kagumi dia atas beberapa sebab.. tak mahu cakap semua.. tapi aku paling kagum atas istiqamahnya dia dalam membaca taklim setiap kali lepas asar di masjid Sultan.. satu rahmat yang besar apabila golongan2 ulama' turut bersedia memberi masa untuk islah umat yang sedia kala rosak..

dia bagitau satu kisah untuk menggambarkan keadaan agama pada masa ini, iaitu zaman kerosakan ummat.. ada satu kampung orang asli yang jauh drpd arus kemodenan dan pembangunan.. semua orang dalam kampung itu tak pernah pakai alas kaki atau selipar atau capal atau apa2 je laa...satu hari salah seorang hero terjumpa sepasang kasut.. dia pun cuba2 untuk memanfaatkan kasut itu.. akhirnya dia berjaya tapi... kasut sebelah kiri disarung di kaki kanan dan kasut kanan disarung di kaki kiri.. maka pulanglah dia di kampungnya lalu meng'impress' semua orang kampung termasuk tok batin dia sekali(ini aku tambah.. hehe) maka semua orang kampung mula membuat kasut dan memakai dengan cara yang salah.. tapi apakan daya tiada seorang pun yang sedar akan hal ini..

lama kelamaan, disebabkan cara memakai kasut yang salah itu, maka kaki2 mereka telah menjadi deformed.. kaki dah jadi belok(sebut dgn intonasi dan loghat kelantan ye).. semua orang mengalami benda yang sama especially hok tua2 kerepot tuh.. tetapi sayang seribu kali sayang, deformity itu dianggap normal..

maka pada suatu hari, datang lah seorang traveller sesat mana ntah, and terjumpa orang2 kampung tuh.. maka dialog yang berlaku lebih kurang:

Traveller : eh lagu mano awak pakai kasut tuh?? salah tu..
Orang kampung: eh eh, dia yang salah pakai, dia oyak kita salah pulok..
Traveller: bukan, awak yang salah, cuba tengok kaki saya.. kan elok je disarung begini
Orang kampung: acu tera awok tengok kaki saya pulak, baru betol disarung begini..

**TAMAT DIALOG**

So Ustaz Sabri bagitau bahawa itu lah keadaan agama pada masa ini.. ye zaman yang anda baca blog aku ni.. zaman korang jadi stalker blog aku ni(perasan!!) everything is TOTALLY WRONG AND MISPLACED.. majoriti yang dianggap betul dan diberi pujian dan dijadikan contoh sbenarnya tidak pernah betul di zaman Nabi.. yang cuba untuk bangkit untuk mengislah ummat akan dipandang serong, dikatakan pelik, sesat dan bidaah!!(OOPSS)..

disebabkan fikir risau beberapa golongan akan keadaan ummat yang sememnagnya 'sick', maka mereka mencungkil segala amalan2 zaman sahabat dengan sepenuh daya dan sungguh2 dan tanpa rasa lokek dan berkepentingan dunia, mereka dedahkan amalan2 zaman para sahabat yang sememangnya majoriti dah tak sedar dan tak pernah dengar.. fuhh, susah nak buat ayat2 macam ni ni..nak bagitau akan betapa kroniknya masalah ummat dan cara penyelesaiannya yang betul amat lah susah untuk ditulis dalam ayat2.. amalan2 ini lah menjadi asbab Allah Taala telah redha dengan mereka dan mereka pun redha dengan Allah...

kalau tak paham jugak apa ustaz tu bagitau, boleh lah ajak aku bermuzakarah.. dan kalau aku tak dapat nak pahamkan jugak, maka ia adalah kelemahan aku.. disebabkan zulumat(kegelapan) dalam hati kita, maka kefahaman itu payah untuk datang..


Ahlan


Yang ini aku quote daripada blog tuttt..

"Hari ini tuan-tuan rasa ada berapa ramai orang Islam di Malaysia? Hari ini tuan-tuan rasa ada berapa banyak masjid di Malaysia? Adakah buruk sangat masjid , sampai orang tak lalu nak datang? Rasa-rasanya apabila sebuah masjid yang besar dan indah dengan dikelilingi rumah-rumah orang Islam beratus jumlahnya hanya dapat 4 orang solat subuh berjemaah sahaja, boleh dikatakan ada common sense tak masyarakat Islamnya? "

Habis..


Paham kan maksud nya?? harap2 paham.. So lagi 2 hari je nak Ramadhan, maka aku pun sibuk2 nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.. Semoga Allah jadikan kita ummat yang bijak dunia dan bijak akhirat~~






Solat


Tulisan Ustaz Zaharuddin.net... semoga Allah terima usaha dlm memperbaiki zahiriah solat.. tapi yg lebih penting ialah batiniah solat itu sendiri.. bak kata Sheikhul Hadith(Raisul Muhadditithin) Maulana Muhammad Zakariya R.A.H. , jgn solat seperti orang meracau demam panas.. mulut membaca, tetapi hati di tempat lain dan sedar2 dah tahiyyat akhir.. orang meracau kan x sedaq gapo dio hok dio kecek tuh(explanation aku sendiri)..

Ya Allah, perbaiki solat kami.. Amin~~