Journey: Tak Plan Pun


( sebenarnya kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan.. daaa.. hari ini ku bakal menjadi typical blogger yang menceritakan kisah2 kehidupan yang berlalu pabila tiada modal.. huk3..batuk ckit)


Kelantan

Alhamdulilah pagi itu , sangat lega selepas berjaya menjawab MCQ Ortho dgn 'yakin' dan tersenyum.. hihi.. balik ke bilik dengan pantas untuk packing semua barang-barang dgn cepat.. petang itu selepas Asar, aku dan rakan serta beberapa orang doktor foreigner bergerak ke Kuala Besut untuk Ijtima' Malaysia untuk bahagian pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.. actually dah start dah 2 hari sebelum tu tapi harus menghabiskan remedial dulu, so sempat pergi sehari jah.. tak pe, yang penting niat pergi ke sana.. semoga Allah terima doa2 dan jujuran air mata seluruh umat manusia yang hadir..



geng2 remedial ortho hok jate.. hok tino kena sembunyi muka coz tak diberi kebenaran untuk tayang muka..





Perak

Malam esoknya, aku dan 2 lagi rakan bergerak ke Perak untuk menghadiri Walimah seorang sahabat.. mula2 plan nak pergi drpd trngganu jah tetapi Allah dah buat keputusan bahwa aku akan pergi daripada Kelantan bersama rakan2 yang lain.. tidoq lena dalam bas.. esoknya, ke rumah member di pantai remis sebelum ke Kamunting untuk majlis tersebut.. and keseronokan ditambah dgn kehadiran 2 lagi member daripada Penang..

Aku dipilih untuk jadi pengapit(pengapit terjun member kata).. and nasib untung badan, dapat makan lauk pengantin.. wwuhhuuhh...and then brgambar2 lagi.. setelah selesai segalanya, tetiba je terkeluar plan nak pergi Zoo Taiping(zoo terhebat di malaysia katanya).. and x semena2 kami pun ke Zoo Taiping.. punya lah bergambar sakan.. and aku akui, zoo taiping jauh lebih 'dahsyat' drpd zoo melaka..



along yg baik hati!!!


pengapit terjun!!!



akmal yg sudah siap berpencak menghidangkan kami air.. bukan, ayaq!!



sorry ujai coz hang jadi cameraman, so x dak gambaq hang..



pidot yang amat2 kasihkan rusa-rusa itu lalu memberi makan kpd rusa2 yang kelaparan.. macam cerita pelacur yang kasik minum air pada anjing kehausan tue.. hish, korang ni otak kuning.. analogi je.. ambil yang baik..



10 tahun angkat dumb-bell pun tak akan dapat badan muscular macam nie..


sedentary betoi seladang ni.. betoi ke seladang?? entah tak ingat..


ini babi hutan.. nature yang Allah bagi pada babi ni ialah mereka memang la pengotor..


Malam itu paling 'tragic' sekali.. aku dah siap segala untuk balik ke melaka, bas pukul 8 malam.. tetapi aku telah aku telah diduga dgn dugaan yg sgt besar, iaitu ajakan member untuk memanjangkan tempoh percutian..dan ku pasrah dengan pujuk rayu itu.. ceh!! " bukan selalu hang maghi kat negeri utagha nie".. itu perkataan paling x kulupa dalam episod itu.. Plan ntuk tidoq dalam bas ke melaka telah ditukar ke barbecue di rumah member.. tu yang aku cakap tue dalam title post nie: Tak Plan Pun.. seriously, kuah cicah untuk ikan bakar malam itu sangat2 menggiurkan.. thanks mak cik!!

esoknya, ke Pangkor!! sekali lagi, aku x plan pun nak gi sana.. sewa motor atas pangkor lebih economic dan bahagia berbanding sewa van yg mahal dan x berbaloi.. Snorkelling itu yang pertama ku lalui.. boleh tahan arr.. not bad!! and sekali lagi bergambar sakan atas pulau itu.. Malam itu, kami teruskan perjalanan "Tak Plan Pun"..



Penang

hanya 1 jam je perjalanan daripada Taiping ke Butterworth.. member daripada Penang mai ambil kami di stesen bas.. malam tu pekena Char Kuey Teow.. totally different dgn char kuey teow kelantan.. paham2 je lah kelantan mcm mana kan.. Malam itu bermalam di rumah Pak Su.. macam tidoq hotel 4 bintang.. malam itu lena sampai tak mimpi apa2 pun..

esoknya, berjalan2 sekitar Penang.. Seberang Prai City tempat terletaknya Jusco paling gedabak yang pernah ku lihat.. haihz, tempat2 macam ni manusia berlumba-lumba nak bina kan.. And petang itu , menyentap durian kat rumah member satu lagi di Kepala Batas.. bukan saja durian, malah jagung dan cucur yg mak dia buat.. sampai habis.. thankz mak cik!! ok penat dah jalan2.. nak balik melaka pulak..


durian yang bersedia untuk di'ngappp'



berganding bahu membuka durian..


detik2 terakhir di rumah Pak Su
Melaka

Akhirnya sampai juga di negeri tanah airku setelah penat mengembara dalam perjalanan "Tak Plan Pun".. sesampai di Melak, cepat2 unload barang dan basuh yang mana perlu, ku bergerak ke Merlimau, lebih kurang 3o km drpada rumahku.. ada Ijtima' malaysia bahagian Selatan pulak iaitu Melaka dan Johor.. dapat pergi sehari jah.. tak pe, yang penting niat pergi ke sana dan semoga Allah terima doa2 dan jujuran airmata umat manusia yang hadir..

Final Year



the three musketeers



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Ceh, macam nak start berkhutbah la pulak.. Setinggi-tinggi kemuliaan dan kesempurnaan Allah yang telah memberikan rezeki untuk naik ke Tahun 5 a.k.a Final Year.. 4 minggu be'remedial' bersama2 rakan senasib dan se'bertuah' yang lain amat2 lah menggembirakan dan mengharukan.. bila dipandang ke belakang,aku tidak sangka aku mampu mengharungi nya tetapi Allah itu kasihkan hamba2 nya 7o kali ganda berbanding kasih seorang ibu terhadap anaknya...

Kepada yang tidak berjaya, Allah masih sayang sama kamu.. tetapi dengan cara yang berlainan.. trust me!! u can make it insyaAllah..

Actually, perasaan be'remedial' itu sangat2 lah susah untuk di ceritakan dengan perkataan.. bermacam2.. meski pun gundah gulana dan bercampur baur, aku tetap percaya dan yakin dengan-Nya..

Tahniah kepada rakan2 yang lain juga.. see you in Final Year nanti.. wow scary nyerrrr dengar!!!

p/s: remedial is such a blessing in disguise...katanya...

Penyakit Rohani

Salam alaik,



Syazani baru bangun tidor.. macam anak Cina pun ada..





Diri manusia ada 2 komponen- rohani(roh) dan jasmani(fizikal).. Kedua-dua perlukan makanan.. Makanan fizikal ialah apa yg kita makan dan melantak(bahasa org melaka kot) hari-hari.. Nasi goreng ikan masin telur dadar, ikan keli goreng rangup, nasi yoyo black pepper, sizzling ayam lebih, peria goreng berempah, ayam sambal, and macam2 lagi.. macam familiar je makanan2 ni kan?? haha..

Makanan rohani ialah nasihat serta peringatan2 keagamaan yang mengingatkan kita pada Allah.. kalau tak ingat pada Allah, itu bukan makanan rohani.. ayat2 Al-Quran, hadith2, tazkirah, nasihat2, serta percakapan harian tentang kebesaran Allah.. macam x familiar je kan??

Kalau makanan fizikal diberi terlalu banyak dan tak seimbang, maka penyakit2 akan mula muncul.. hypertension(darah tinggi), diabetes, sakit jantung, dan macam2 lagi.. everything under the sun.. so kalau belum kena, maka cepat2 elakkan.. kalau dah kena, maka haruslah menelan Enalapril dan Losartan untuk hypertension, Metformin dan Diamicron MR serta subcuteneous insulin untuk diabetes, Metaprolol dan Labetolol untuk sakit jantung.. eh eh, doa dulu sebelum makan ye.. ubat tak ada kuasa untuk menyembuh melainkan dgn izin Allah..

Samalah dengan rohani.. Kalau makanan rohani diberi terlalu banyak , setiap hari mendengar ceramah2 agama, setiap jumaat mendengar kuliah Tok Guru, setiap hari membaca kitab2 agama serta mendengar Paltalk(ooopss) , baca blogspot so-called da'e-da'e Allah dan macam2 lagi, maka penyakit juga akan muncul.. apakah penyakit rohani itu?

Ketahuilah bahawa ia adalah Kibr(takabbur), riak, sombong dan perasan bagus dan perasan byk ilmu di dada..

So apakah ubatnya ya?? maka ubatnya ialah kita kena berjumpa dgn manusia face-to-face tidak kira kita kenal atau tidak dan menebalkan muka dan menembokkan wajah untuk bercakap SALING memberi peringatan tentang Allah, Rasul-Nya dan Akhirat.. tentang apa2 sahaja yang berkaitan dengan kalimah yang paling berat di langit dan di-bumi, kalimah La Ilaha Illallah.. trust me!! bukan mudah untuk ketuk pintu bagi salam dan berjumpa manusia face-to-face hanya semata-mata kerana Allah.. alah, yg macam Nabi buat dulu.. dulu2 Nabi pergi ke lorong ke lorong, khemah ke khemah, dan pintu ke pintu untuk berjumpa dgn setiap orang demi menyampaikan kalimah paling mulia itu.. sehinggakan ada riwayat mengatakan tidak kurang 100 kali Nabi pergi jumpa pak cik nya, Abu Jahal demi kalimah ini..

Apa kaitan ek?? maka apabila anda berjumpa manusia mengikut Sunnah, meng'hina'kan diri depan manusia, memelikkan diri depan mata manusia , merendahkan wajah ketika bercakap, dan merasakan apa yang dicakap adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, maka sedikit demi sedikit rasa riak dan takabbur akan hilang dan terkikis ataupun langsung x berani hinggap dalam rohani kita.. serius!! sifat perasan bagus akan di'suppressed' dgn syarat niat itu betul dan mengikut tertib yang betul.. x caya, cuba try!!

Wallahua'lam..

p/s:jgn risau~~setiap kali Allah hantar Nabi, maka apa yang Nabi2 ini dapat?? mereka dapat gelaran orang gila, orang sesat dan tak betul..mereka dituduh membawa ajaran baru yang tidak dibuat oleh nenek moyang dulu2.. dan macam2 lagi.. samalah apa yg berlaku terhadap Nabi junjungan mulia Muhammad S.A.W... sekarang??