Remedial



Sya'rawi yang sudah mula belajar dipakaikan serban..



Salam alaik,

Akhirnya keluar juga list remedial yang dinanti-nanti.. FYI, remedial bermaksud mengulang satu posting yang gagal selama 2-4 minggu.. Seperti yang aku cerita dulu, aku ter'kantoi' ortopedik posting, so terpaksa la menghadap muka Dr Liaw for another 2-4 weeks..

Gagal?? tak sedap didengar.. malah berat lagi bahu memikul.. bagi ku, definisi gagal sgt subjektif lebih2 lagi di clinical years.. maksudnya di sini ialah seseorang yg gagal tak semestinya lemah dan tidak bagus dalam akademik.. malah setelah ku teliti list remedial, aku dapati ramai lagi yang aku rasa lebih baik dan lebih bagus berbanding nama2 yang tidak ada dalam list itu.. malah ada yang JAUH LEBIH BAIK!! (i'm not listed.. aku average je.. betul tak tipu)



Some people thought i'd greatly depressed after knew the result(orthopedic), but the fact is Allah instantly guide my thought and calm me down.. a little bit shock of course lah tapi segalanya ada hikmah..

Aku berfikiran..

Kalau aku tak fail (even 1 posting), sifat bongkak dan takabbur mungkin ada dalam diri aku lalu aku perasan bagus dan memandang rendah org lain yang fail.. Nauzubillah

Kalau aku tak fail (even 1 posting), mungkin aku akan lebih leka dalam menghadapi posting2 seterusnya..

Segala yang Allah bagi pada kita merupakan ujian kawan2.. segala2nya.. apa2 sahaja.. sebut lah apa2 saja sekalipun, semuanya adalah ujian..

berjaya itu satu ujian, malah tidak berjaya juga satu ujian..
kaya itu satu ujian, miskin itu pun satu ujian..
rajin pergi solat jemaah satu ujian, tak pergi (atau kadang2 je, ikut mood..hampeh nak mampos) solat jemaah pun satu ujian..


Macam2 lah... yang penting bagaimana kita melepasi ujian itu dgn mengikut kehendak Allah dan agama-Nya... "ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya mlebihi kemampuannya"- adalah satu status fb yang saya perasan tempoh hari(jarang tgk status ilmiah mcm ni kat fb dia..hehe).. ya betul, kadang2 kita tgk seseorang tu dah fail berkali2 tapi masih mampu serta riang menghadapi dunia perubatan.. kenapa?? kerana dugaan itu sebenarnya mampu mereka tempuhi walaupun terasa berat bahu memikul...

OK lah.. tak sabar rasanya nak menghadapi remedial.. rindu nak study setelah duduk rumah tak study selama 2 minggu..

Selamat Pengantin Baru

Salam Alaik,

Alhamdulillah selamat sudah ex-roommate ku, Muhamad Ruzaini diijab kabulkan bersama pasangannya, Madihah Junid sabtu lepas.. sayang seribu kali sayang kami tak sempat berarak bersama.. hanya sempat makan dan beramah mesra .. sebab our driver, Alif Yu kena berehat utk drive jauh petang tu.. anyway, ku doakan agar mereka bakal mendirikan 'masjid' yang utuh dan mengikut kehendak agama.. sehingga ke syurga InsyaAllah..



SELAMAT PENGANTIN BARU RUZAINI



p/s: maaf xde gambar kerana empunya badan tak benarkan gambar mereka disiar kan dengan apa2 cara sekalipun... lagi satu, harap2 usaha masturat yang pertama dapat dijalankan di USM nanti..

Pelari pecut dan Ahli Angkat Berat


Salam Alaik,

Fikirkan sejenak sahabat2 sekalian, dan fikir dengan fikiran yang penuh kewarasan dan fully conscious...

Di waktu siang, seorang ahli angkat berat yang hebat mampu mengangkat beban yang seberat 80, 90, hatta 100 kg .. wow that's great.. really2 great!! kita ni hah orang biasa mahu tak patah riuk tulang2 nak mengangkat nya.. sakit2 muscle nak menahannya.. hebatnya dia depan manusia..

Tapi, di kala subuh hari, ketika Allah memanggil manusia menghadapNya melalui lidah2 muazzin, maka apa yang berlaku?? selimut yang beratnya ntah berapa gram tu pun (berat sikit kalo campur air liur basi), tak sampai pun 1 kg, sikit pun tak terdaya diangkat oleh si Tough tadi.. apa kes?? Hebat lagi ka dia??



Syazani yang semakin girang.. la ni semakin kecik badan dia.. hak ni chubby sikit



Di waktu siang, seorang pelari pecut yang hebat mampu berlari pecut 100 meter hanya dalam masa 8-10 seconds jah!! mampu habiskan pusingan satu padang hanya 1 minit lebih jah!! kita ni hah orang biasa mahu SOB nak habiskan 100 meter tu.. hebatnya dia depan manusia...

Tapi, di kala azan memanggil untuk solat kerana dalam solat ada kejayaan (Hayya Alassolah dan Hayya Alal Falah), maka masjid yang ntah berapa meter tu pun tak mampu diharungi oleh si pelari pecut tadi?? hebat lagi kah dia??


Fikir2 dan doa supaya Allah bagi paham dan kekuatan untuk amal..

p/s: Iman oh Iman

Cacamerba

Salam alaik,

(Sepatutnya entry ini dibaca 6 hari lepas tapi aku yang 'macam' busy tak sempat nak menaip lalu menundanya sehingga ke hari ini)

Aku sangat gembira kerana ramai first year yang ku kenali lulus Profesional 1 mereka. Tak kurang juga yang ku rapat tetapi still kecundang.. they deserved it!! samada lulus atau gagal.. that's my conclusion..

Lebih gembira lagi apabila tahun ni dapat diusahakan seramai 3 orang first year dapat keluar 40 hari.. kami berdoa tetapi Allah yang pilih mereka.. betapa beruntung dan sukanya hati apabila dipilih oleh Allah untuk belajar2 usaha dakwah yang telah lama ditinggalkan oleh umat Muhammad SAW sendiri!! tak dapat 100% sama pun asalkan mirip2 usaha Nabi SAW pun sudah dikira beruntung.. FYI, bulan 6 ni ada Ijtima' Malaysia di Kuala Besut (untuk bahagian Pantai Timur). so jemaah2 yang dikeluarkan sebelum ijtima' mengusahakan dan menyebar2kan berita gembira ini ke seluruh alam dan mengajak setiap lelaki beriman untuk turut serta dalam perhimpunan memohon rahmat Allah Taala..

Exam Medical?? sungguh mencabar!! bukan cabaran dari segi akademik(ewah2 dah pandai sangat ke?) tetapi caaran dan kesabaran dalam menunggu exam itu sendiri!! supervisor ku sangat busy, ku tahu itu. tetapi setiap kali dia kata cancel, maka punah ranah dan lulur hancur jantung ku serta great vessel nye sekali.. tahu kah anda menghadapai satu malam sebelum exam sangat2 mencemas kan??panas, berpeluh2(ditambah dengan kelantan yg 'kemarau'), palpitation and all anxiety symptoms.. boleh kena panic attack tau! tetapi bila waktu yang dinanti telah tiba, dan suddenly cancelled, ia bagai merentap seluruh gastrointestinal tract ku daripada oral cavity turun ke esophagus dan trus trun ke stomach, small and large intestine dan sampai ke rectum?? lalu ku teringat akan firman Allah yang bermaksud lebih kurang, kesudahan yang baik bagi orang2 yang bersabar.. ku simulasikan ayat itu berulang2 kali dan Alhamdulillah exam juga akhirnya dan dapat case yang mmemang expected.. hehe..

Holiday?? What to do?? it's up to you.. nak buat sesuatu yang sungguh menyeronokkan (actually nafsu je yg suka seronok2 nie) dan memorable akan saat2 bahagia x kira bersama member atau family seterusnya boleh diupload gambar2 di facebook?? atau nak buat sesuatu yang rasa macam langsung tak best, bosan, dok terperuk je, bak katak bawah gelas(ini betul2 mujahadah melawan nafsu) tetapi pada hakikatnya ia adalah pelaburan saham2 akhirat yang mana pada ketika itu tiada sesiapa yang boleh menyelamatkan termasuklah anak2, bapa2, ibu2, kawan2, harta benda, facebook dan sesiapa saja kecuali amalan yang baik2 dan iman yang yakin?? terpulanglah.. Allah Taala bagitau dalam Al-Quran bahawa orang bertakwa adalah orang yang yakin akan perkara2 ghaib(tak nampak) dan akhirat itu adalah salah satu perkara ghaib yang BESAR!!


So, waktu2 cuti ni la nak perbanyakkan baca Al-Quran, busy kan diri dengan belajar2 usaha dakwah, muliakan ibu bapa, ziarah rumah2 orang Islam(x kan nak tunggu raya je kot?) dan macam2 lagi.. aku pun kadang2 bosan tetapi aku tahu nafsu tak boleh dilayan, nafsu untuk dilawan!! (semoga Allah bagi kekuatan).. lalu ada orang pun bertanya "tak kan nak pergi bercuti dgn family@member pun x boleh kotttttt??" siapa kata tak boleh.. boleh, tapi jangan sampai sebab bercuti dan berjalan2 tu, maka amalan kita rosak.. Solat tak dapat berjemaah, aurat tak dapat dijaga, baca Quran tak sempat sebab 'busy do'ooh', mata tak dijaga(oh oh oh), dakwah x sempat nak buat (cakap kebesaran Allah pun dakwah tau!!).. semoga Allah pilih kita untuk jadi
orang yang tak rugi..


Ini hari kedua ku di rumah.. dah mula bosan dan terasa nak mula jalan2 dengan member.. anak2 buah semua membuat ku berpeluh2.. (nasib baik Melaka tak sepanas Kelantan! berkat Tok Guru Ali Rustam kot?? hik3..) pastu ada member sini call ajak keluar 3 hari sabtu ni, dan aku pula plan nak pergi walimah roommate aku sabtu ni jugak.. tiket tak beli lagi.. so i'm in dilemma.. tanya member, depa kata ni rumah pengantin perempuan, so tak pe kot kalo tak pergi.. owh sungguh serba salah!!

ok lah,,, tak tau lagi apa nak tulis .. Ma'as Salaamah~~