Doktor tak solat??

Salam alaik

Nama saya Mohamad Syazwan bin Roslan..nak berkenalan boleh?




Hari Terbuka Desa(HTD) yang lepas aku ada jumpa seorang senior aku yang sudah jadi senior HO di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).. agak sempoi jugak la senior nie.. dia dah ada anak sorang yang sangat cumil (of course Syarawi and adik2nya lagi comel di mata aku kot).. so sekali terserempak dengan dia so berbual2 lah kami sambil meng'ignore'kan isterinya yang busy melihat buku2 yang Kamal Bookstore jual tue..

So dia tanya la macam mana usaha dakwah sekarang.. so kami bagi la sikit2 karkuzari usaha kat USMKK terchenta nie.. and dia pun komen 'bagus2'.. tetiba aku tanya la macam mana ek kesibukan HO itu memberi kesan kepada amalan seharian.. dia kata sibuk ke, tak sibuk ke itu tak penting.. yang penting adalah bagaimana kita boleh menjaga diri kita .. macam mana tu??

Dia terus kepada point utama iaitu solat.. "wei, korang jangan terperanjat jika suatu hari nanti korang akan rasa mudah sangat untuk tinggalkan solat".. ye ke?? nauzubillah..

"Kawan aku selamba jer tinggal solat dengan alasan 'BUSY'", ujarnya.. Apalah ertinya jika jadi doktor yang safe, tapi x 'safe' kat akhirat sebab kantoi solat macam kain buruk lalu kain buruk itu dilemparkan ke muka kita(ada dalam hadith) .. "lets say operation start at 7 pm.. magrib masuk 7.02 pm.. so ko dah tahu kalau masuk OT at least within 2-3 hours x akan sempat kot keluar dari OT.. so apalah salahnya jika tunggu dulu masuk waktu, then solat (jemaah sebaik2nya) dulu, baru masuk OT.. lagipun Anaest pun nak kena prepare segala macam ubat dulu kan.. specialist tak akan marah punya la... pas solat magrib, pastu nak buat operation sampai kul 4-5 pagi pun tak pe, coz waktu isya' kan lama.. aish..

Bak kata Ustaz Hasrizal, "Puak-puak Pengharus" akan mula la beralasan, "alah nyawa patient kan lebih penting".. maka mereka pun mengharuskan meninggalkan solat dengan alasan banyak kerja kat ward.. semudah itu..

Actually aku pun tak reti nak explain dan tak mampu nak bagi faham pada org lain bagaimana kepentingan solat itu sendiri.. yelah2, aku tau ada Fiqh Aulawiyyat, tapi mcm mana ek nak terangkan bahawa dalam certain2 condition yang pada pendapat aku, kerja lain boleh di'secondary' kan.. no harm kalau solat dulu.. pengalaman selama menjadi medical students sudah banyak menguji aku bagaimana aku boleh prioritize things mengikut kehendak Nabi SAW.. prioritikan benda mengikut kepala otak sendiri , tak jadi.. entah lah, aku pun tak pandai nak explain.. maaf, itu kelemahanku.. kena 'keluar' dulu kot baru boleh paham.. hehe..

So, kesimpulannya disini ialah bagaimana mungkin untuk menjadi pengamal perubatan yang Muslim lagi profesional andaikata perkara solat yang menjadi asbab turunnya segala pertolongan2 Allah di pandang enteng malah ala kadar saja.. patient berjaya di resuscitate adalah pertolongan Allah.. patient brjaya dibedah tanpa komplikasi serius adalah pertolongan Allah.. improvement of symptoms disebabkan oleh ubat yang kita prescribe adalah pertolongan Allah.. patient berjaya di'intubate' adalah pertolongan Allah..senang kata, tak de 1 pun yang seorang doktor mampu lakukan tanpa pertolongan dan keizinan-Nya..

Malah pada pendapat aku kerja sebagai doktor lah yang paling menuntut pengharapan yang sangat tinggi daripada-Nya.. aahh, tak payah cakap banyak la.. acu tera 'keluar' 3 hari.. insyaAllah Allah bagi faham..

p/s: definisi 'puak-puak pengharus' Ustaz Hasrizal berbeza dengan definisi aku kot.. harap maklum..

1 comment: