Mangkuk Ayun ?

Selesai seminar Multiple Gestation dengan Prof Shah Rizal, maka bersurailah semua pelajar group 8 Tahun 5 sessi 2010/2011..

"Wei penat lah wei.. semalam oncall pukul 2 pagi baru balik.. busy giler labour room semalam.. banyak prosedur dapat buat semalam.. suka giler aku", kata si Hosni kepada member nya, Mubarak..

Si Mubarak hanya senyum sahaja..

"Petang ni kelas pukul 3 pm kan? So sekarang aku nak balik , nak qada' tidor.. pastu pukul 23o ptg , bangun and solat dan siap2", sambung si Hosni..

"Errkk", si Mubarak tersentap.. Dalam hati jah..

Maka mula lah berbisik kecil dlm hati Mubarak.. Mubarak pada zahirnya agak kagum dengan si Hosni kerana ketrampilannya dan ke'proaktifannya' sepanjang mereka bersama sejak Tahun 4 lagi,. tapi dalam hati kecilnya berasa sangat kasihan dgn si Hosni.. mereka yg semuanya bakal menjadi doktor dlm masa beberapa bulan lagi tampaknya masa depan mereka kian ''sukar'..


Zohor masa tu pukul 1.20 pm.. tapi tidak termasuk sedikit pun dlm perancangan Hosni untuk bangun pada waktu itu utk solat Zohor berjemaah, sebalik nya plan nak bangun kul 2.15 pm. baru nak solat..

"Kepala hotak ko Hosni , 2.15 pm solat jemaah dah habis la mangkuk.. mangkuk ayun betol.. kosong habis dah Surau Murani(surau baru).. " bisik hati kecil Mubarak..

"Ish2 Astaghfirullah, silap aku jugak tak bagitau dia kepentingan solat di awal waktu secara berjemaah di tempat azan dilaungkan.. ok, laen kali aku kena banyakkan khususi bagitau seluruh manusia tentang betapa pentingnya menjaga solat di awal waktu secara berjemaah di tempat azan dilaungkan.. dan dgn itu semoga Allah bagi aku kekuatan utk aku amalkan apa yang aku cakap insyaAllah", azam si Mubarak

Paham kan cerita kat atas?? bagus..

Balik Haji



Sekejap je 44 hari mak and ayah aku pergi menunaikan Haji.. kalau keluar 40 hari lagi sekejap rasanya.. Ya Allah pilih lah kami untuk keluar di jalan-Mu .

{Kamera murahan jek}


Gemuruh nie.. tempat menunggu sesak giler..


Haaa.. tu dia.. nampak tak yg berselipar putih tue?? bukan yg bawak troli tue..


Here they come..


Alhamdulillah.. dah sampai... [saja je edit contrast nye]


Balik Malaysia dua2 sakit tekak dan batuk2.. sampai dua minggu baru baik.. apa2 pun, Alhamdulillah segala puji bagi Allah..Semoga Allah terima amalan dan doa2 mereka..

Amin~~

4 pencuit hati..

Syazani cuba kacau adik dia..


Sebagai balasan, puting dia dirampas dgn rakus ..


Kakak, the only niece i have so far.. manja betoi..


Erkk..




Sedia?? Lompat!!

Aik, mana Syazani ni??


Sedapnya baring atas kereta pak cik~~


Syazani yang tak reti ikut style abang long dia..


Lastly, it ends up as macam kena tahan~~

Doktor tak solat??

Salam alaik

Nama saya Mohamad Syazwan bin Roslan..nak berkenalan boleh?




Hari Terbuka Desa(HTD) yang lepas aku ada jumpa seorang senior aku yang sudah jadi senior HO di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).. agak sempoi jugak la senior nie.. dia dah ada anak sorang yang sangat cumil (of course Syarawi and adik2nya lagi comel di mata aku kot).. so sekali terserempak dengan dia so berbual2 lah kami sambil meng'ignore'kan isterinya yang busy melihat buku2 yang Kamal Bookstore jual tue..

So dia tanya la macam mana usaha dakwah sekarang.. so kami bagi la sikit2 karkuzari usaha kat USMKK terchenta nie.. and dia pun komen 'bagus2'.. tetiba aku tanya la macam mana ek kesibukan HO itu memberi kesan kepada amalan seharian.. dia kata sibuk ke, tak sibuk ke itu tak penting.. yang penting adalah bagaimana kita boleh menjaga diri kita .. macam mana tu??

Dia terus kepada point utama iaitu solat.. "wei, korang jangan terperanjat jika suatu hari nanti korang akan rasa mudah sangat untuk tinggalkan solat".. ye ke?? nauzubillah..

"Kawan aku selamba jer tinggal solat dengan alasan 'BUSY'", ujarnya.. Apalah ertinya jika jadi doktor yang safe, tapi x 'safe' kat akhirat sebab kantoi solat macam kain buruk lalu kain buruk itu dilemparkan ke muka kita(ada dalam hadith) .. "lets say operation start at 7 pm.. magrib masuk 7.02 pm.. so ko dah tahu kalau masuk OT at least within 2-3 hours x akan sempat kot keluar dari OT.. so apalah salahnya jika tunggu dulu masuk waktu, then solat (jemaah sebaik2nya) dulu, baru masuk OT.. lagipun Anaest pun nak kena prepare segala macam ubat dulu kan.. specialist tak akan marah punya la... pas solat magrib, pastu nak buat operation sampai kul 4-5 pagi pun tak pe, coz waktu isya' kan lama.. aish..

Bak kata Ustaz Hasrizal, "Puak-puak Pengharus" akan mula la beralasan, "alah nyawa patient kan lebih penting".. maka mereka pun mengharuskan meninggalkan solat dengan alasan banyak kerja kat ward.. semudah itu..

Actually aku pun tak reti nak explain dan tak mampu nak bagi faham pada org lain bagaimana kepentingan solat itu sendiri.. yelah2, aku tau ada Fiqh Aulawiyyat, tapi mcm mana ek nak terangkan bahawa dalam certain2 condition yang pada pendapat aku, kerja lain boleh di'secondary' kan.. no harm kalau solat dulu.. pengalaman selama menjadi medical students sudah banyak menguji aku bagaimana aku boleh prioritize things mengikut kehendak Nabi SAW.. prioritikan benda mengikut kepala otak sendiri , tak jadi.. entah lah, aku pun tak pandai nak explain.. maaf, itu kelemahanku.. kena 'keluar' dulu kot baru boleh paham.. hehe..

So, kesimpulannya disini ialah bagaimana mungkin untuk menjadi pengamal perubatan yang Muslim lagi profesional andaikata perkara solat yang menjadi asbab turunnya segala pertolongan2 Allah di pandang enteng malah ala kadar saja.. patient berjaya di resuscitate adalah pertolongan Allah.. patient brjaya dibedah tanpa komplikasi serius adalah pertolongan Allah.. improvement of symptoms disebabkan oleh ubat yang kita prescribe adalah pertolongan Allah.. patient berjaya di'intubate' adalah pertolongan Allah..senang kata, tak de 1 pun yang seorang doktor mampu lakukan tanpa pertolongan dan keizinan-Nya..

Malah pada pendapat aku kerja sebagai doktor lah yang paling menuntut pengharapan yang sangat tinggi daripada-Nya.. aahh, tak payah cakap banyak la.. acu tera 'keluar' 3 hari.. insyaAllah Allah bagi faham..

p/s: definisi 'puak-puak pengharus' Ustaz Hasrizal berbeza dengan definisi aku kot.. harap maklum..

Pergi Haji


Salam alaik


Mak teh tengah tolong kemas2 barang kat Kelana Jaya.. nampak tak Sya'rawi tengah sibuk nak kacau budak2 kecik yang lain..



Hari ini genap 18 hari ayah dan ibu berada di tanah suci Haram.. last call ayah dan ibu ku berada dalam keadaan sihat.. Alhamdulillah.. cuma kering2 tekak selalu.. mereka dinasihati untuk minum 10 botol air kosong sehari.. yang botol kecil tue.. so dalam lebih kurang 5 liter sehari.. cuaca sana sangat panas.. aku doakan mereka sentiasa di bawah jagaan Allah dan dikurniakan haji yang mabrur.. ini Haji kali kedua ibu ku dan kali ketiga untuk ayahku.. semoga Allah Taala terima amalan haji mereka..Amin~~



Doa permulaan untuk perjalanan menunaikan Haji..



PENAT

Sehari dua kebelakangan ni tersangat lah penat.. penat nye luar biasa berbanding hari2 lepas. lepas zohor je mesti collapsed with GCS less than 8.. haha gurau jerk.. bila bangun je dalam pukul 3 gitu rasa menyesal pulak kerana terbazir masa.. i said to myself, " its ok, at least u tunaikan hak pada badan untuk rehat"..

Ceh!!macam para Sahabat (RA) lah pulak.. mereka di siang hari berhempas pulas mengerah tenaga dalam berdakwah dan di malam hari pulak sibuk beribadah menangis2 di hadapan Allah dan berkata 'Ya Allah, tidak ada apa yang aku buat untuk agama-Mu.. aku tidak buat apa2 pun lagi demi agama-Mu".. menafikan usaha yang dibuat di siang hari dan mendoakan agar mereka terus diberi kekuatan untuk berjuang bersama kekasih mereka Baginda Muhammad S.A.W.. sehinggakan mereka tidak bagi rehat untuk badan mereka hatta ada yang tidak menyentuh isteri mereka di malam pertama.. bukan saja malam pertama, malah malam kedua dan ketiga sehingga lah Nabi menegur mereka agar memberikan hak kepada yang sepatutnya menerima hak...



STRESS

Ya, saya stress.. malah menjadi2 semenjak dua menjak nih.. tapi orang kata air muka dan perwatakan yang aku tonjolkan langsung tak ada signs and symptoms of stress.. ada sorang junior ni cakap raut wajah ku seolah2 hidupku langsung tiada masalah.. mereka silap

Exam (next week!!!!)
Kurang aktiviti fizikal.(buat ghast je lah aku punya exercise)
Terlalu jauh dengan mak ayah(tuh kat Mekah tue)
Banyak lagi x baca (so stop writing and baca buku!!)

And yang paling buat aku stress ialah melihat masalah ummat yang tak pernah selesai.. melihat ummat menderita.. melihat ummat berlari2 menuju neraka Allah.. melihat ummat yang hanya tahu bercakap tapi langsung tak bergerak untuk berusaha tarik bantuan Allah..melihat ummat yang semakin jauh dengan masjid2 dan surau2.. naudzubillah!!

So, stress hormone aku always higher than normal level sebab masalah2 di atas.. maybe Allah Taala bagi aku satu kelebihan untuk tidak manifest my stress and seterusnya men'stress'kan orang di sekeliling aku yang melihat aku stress!! sesetengah orang bila stress je, terus tarik muka kan, jadi kurang ramah, dan seterusnya menimbulkan buruk sangka.. so, be happy always..

Ustaz cakap kalau buat dakwah, Allah Taala akan bantu selesaikan masalah2 dunia dan masalah2 akhirat kita.. tapi kena buat dakwah cara Nabi la.. jangan ikut cara kepala otak sendiri.. tak jadi.. amalan dakwah yang tidak bersandarkan Sunnah, maka ianya tidak akan bertahan lama serta langsung tak istiqamah.. lebih buruk lagi jika amalan dakwah itu menjadi bersifat musiman.. buat bila free ( xde kerja dunia) bila x free, x payah buat.. sapa ajar?? dakwah mahu buat hari-hari (untuk diri sendiri dan semua).. kena buat lagi dan lagi, berkali-kali, jangan berhenti, sampai mati.. InsyaAllah semua azam?? InsyaAllah!!


ok setakat tu jelah update untuk kali nie.. aku bukannye ada masa nak tulis blog hari-hari..

Semoga Allah kekalkan saya dan pembaca2 sekalian dalam nikmat iman dan Islam dunia dan akhirat..










Sesat??

Eh eh dah 10 Ramadhan dah, cepatnya masa berlalu.. entah apa yang kita buat 10 hari yang lepas pun tak sempat nak hisab(muhasabah).. masya-karat!!

Hari ini aku(kami) muzakarah dengan Imam Masjid Sultan , Ustaz Sabri.. ala yang muka macam ala2 chinese sikit tuh.. aku kagumi dia atas beberapa sebab.. tak mahu cakap semua.. tapi aku paling kagum atas istiqamahnya dia dalam membaca taklim setiap kali lepas asar di masjid Sultan.. satu rahmat yang besar apabila golongan2 ulama' turut bersedia memberi masa untuk islah umat yang sedia kala rosak..

dia bagitau satu kisah untuk menggambarkan keadaan agama pada masa ini, iaitu zaman kerosakan ummat.. ada satu kampung orang asli yang jauh drpd arus kemodenan dan pembangunan.. semua orang dalam kampung itu tak pernah pakai alas kaki atau selipar atau capal atau apa2 je laa...satu hari salah seorang hero terjumpa sepasang kasut.. dia pun cuba2 untuk memanfaatkan kasut itu.. akhirnya dia berjaya tapi... kasut sebelah kiri disarung di kaki kanan dan kasut kanan disarung di kaki kiri.. maka pulanglah dia di kampungnya lalu meng'impress' semua orang kampung termasuk tok batin dia sekali(ini aku tambah.. hehe) maka semua orang kampung mula membuat kasut dan memakai dengan cara yang salah.. tapi apakan daya tiada seorang pun yang sedar akan hal ini..

lama kelamaan, disebabkan cara memakai kasut yang salah itu, maka kaki2 mereka telah menjadi deformed.. kaki dah jadi belok(sebut dgn intonasi dan loghat kelantan ye).. semua orang mengalami benda yang sama especially hok tua2 kerepot tuh.. tetapi sayang seribu kali sayang, deformity itu dianggap normal..

maka pada suatu hari, datang lah seorang traveller sesat mana ntah, and terjumpa orang2 kampung tuh.. maka dialog yang berlaku lebih kurang:

Traveller : eh lagu mano awak pakai kasut tuh?? salah tu..
Orang kampung: eh eh, dia yang salah pakai, dia oyak kita salah pulok..
Traveller: bukan, awak yang salah, cuba tengok kaki saya.. kan elok je disarung begini
Orang kampung: acu tera awok tengok kaki saya pulak, baru betol disarung begini..

**TAMAT DIALOG**

So Ustaz Sabri bagitau bahawa itu lah keadaan agama pada masa ini.. ye zaman yang anda baca blog aku ni.. zaman korang jadi stalker blog aku ni(perasan!!) everything is TOTALLY WRONG AND MISPLACED.. majoriti yang dianggap betul dan diberi pujian dan dijadikan contoh sbenarnya tidak pernah betul di zaman Nabi.. yang cuba untuk bangkit untuk mengislah ummat akan dipandang serong, dikatakan pelik, sesat dan bidaah!!(OOPSS)..

disebabkan fikir risau beberapa golongan akan keadaan ummat yang sememnagnya 'sick', maka mereka mencungkil segala amalan2 zaman sahabat dengan sepenuh daya dan sungguh2 dan tanpa rasa lokek dan berkepentingan dunia, mereka dedahkan amalan2 zaman para sahabat yang sememangnya majoriti dah tak sedar dan tak pernah dengar.. fuhh, susah nak buat ayat2 macam ni ni..nak bagitau akan betapa kroniknya masalah ummat dan cara penyelesaiannya yang betul amat lah susah untuk ditulis dalam ayat2.. amalan2 ini lah menjadi asbab Allah Taala telah redha dengan mereka dan mereka pun redha dengan Allah...

kalau tak paham jugak apa ustaz tu bagitau, boleh lah ajak aku bermuzakarah.. dan kalau aku tak dapat nak pahamkan jugak, maka ia adalah kelemahan aku.. disebabkan zulumat(kegelapan) dalam hati kita, maka kefahaman itu payah untuk datang..


Ahlan


Yang ini aku quote daripada blog tuttt..

"Hari ini tuan-tuan rasa ada berapa ramai orang Islam di Malaysia? Hari ini tuan-tuan rasa ada berapa banyak masjid di Malaysia? Adakah buruk sangat masjid , sampai orang tak lalu nak datang? Rasa-rasanya apabila sebuah masjid yang besar dan indah dengan dikelilingi rumah-rumah orang Islam beratus jumlahnya hanya dapat 4 orang solat subuh berjemaah sahaja, boleh dikatakan ada common sense tak masyarakat Islamnya? "

Habis..


Paham kan maksud nya?? harap2 paham.. So lagi 2 hari je nak Ramadhan, maka aku pun sibuk2 nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.. Semoga Allah jadikan kita ummat yang bijak dunia dan bijak akhirat~~






Solat


Tulisan Ustaz Zaharuddin.net... semoga Allah terima usaha dlm memperbaiki zahiriah solat.. tapi yg lebih penting ialah batiniah solat itu sendiri.. bak kata Sheikhul Hadith(Raisul Muhadditithin) Maulana Muhammad Zakariya R.A.H. , jgn solat seperti orang meracau demam panas.. mulut membaca, tetapi hati di tempat lain dan sedar2 dah tahiyyat akhir.. orang meracau kan x sedaq gapo dio hok dio kecek tuh(explanation aku sendiri)..

Ya Allah, perbaiki solat kami.. Amin~~



Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir kepada ibu ku yang telah pun berumur 56 tahun genap pada hari ini.. hhmm dah lebih separuh abad dah.. semoga Allah panjangkan umurnya dan menggolongkan ibu ku itu ke dalam golongan yang mendapat Husnul-Khotimah..

Amin Ya Rabbal 'Alamin~~

p/s: 2 kekecewaan ku dapat semalam.. 1st, melaka tak dapat sebarang tempat dalam tilawah kebangsaan.. 2nd, Argentina kalah 4-0 dengan Germany.. oh Messi....


Journey: Tak Plan Pun


( sebenarnya kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan.. daaa.. hari ini ku bakal menjadi typical blogger yang menceritakan kisah2 kehidupan yang berlalu pabila tiada modal.. huk3..batuk ckit)


Kelantan

Alhamdulilah pagi itu , sangat lega selepas berjaya menjawab MCQ Ortho dgn 'yakin' dan tersenyum.. hihi.. balik ke bilik dengan pantas untuk packing semua barang-barang dgn cepat.. petang itu selepas Asar, aku dan rakan serta beberapa orang doktor foreigner bergerak ke Kuala Besut untuk Ijtima' Malaysia untuk bahagian pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.. actually dah start dah 2 hari sebelum tu tapi harus menghabiskan remedial dulu, so sempat pergi sehari jah.. tak pe, yang penting niat pergi ke sana.. semoga Allah terima doa2 dan jujuran air mata seluruh umat manusia yang hadir..



geng2 remedial ortho hok jate.. hok tino kena sembunyi muka coz tak diberi kebenaran untuk tayang muka..





Perak

Malam esoknya, aku dan 2 lagi rakan bergerak ke Perak untuk menghadiri Walimah seorang sahabat.. mula2 plan nak pergi drpd trngganu jah tetapi Allah dah buat keputusan bahwa aku akan pergi daripada Kelantan bersama rakan2 yang lain.. tidoq lena dalam bas.. esoknya, ke rumah member di pantai remis sebelum ke Kamunting untuk majlis tersebut.. and keseronokan ditambah dgn kehadiran 2 lagi member daripada Penang..

Aku dipilih untuk jadi pengapit(pengapit terjun member kata).. and nasib untung badan, dapat makan lauk pengantin.. wwuhhuuhh...and then brgambar2 lagi.. setelah selesai segalanya, tetiba je terkeluar plan nak pergi Zoo Taiping(zoo terhebat di malaysia katanya).. and x semena2 kami pun ke Zoo Taiping.. punya lah bergambar sakan.. and aku akui, zoo taiping jauh lebih 'dahsyat' drpd zoo melaka..



along yg baik hati!!!


pengapit terjun!!!



akmal yg sudah siap berpencak menghidangkan kami air.. bukan, ayaq!!



sorry ujai coz hang jadi cameraman, so x dak gambaq hang..



pidot yang amat2 kasihkan rusa-rusa itu lalu memberi makan kpd rusa2 yang kelaparan.. macam cerita pelacur yang kasik minum air pada anjing kehausan tue.. hish, korang ni otak kuning.. analogi je.. ambil yang baik..



10 tahun angkat dumb-bell pun tak akan dapat badan muscular macam nie..


sedentary betoi seladang ni.. betoi ke seladang?? entah tak ingat..


ini babi hutan.. nature yang Allah bagi pada babi ni ialah mereka memang la pengotor..


Malam itu paling 'tragic' sekali.. aku dah siap segala untuk balik ke melaka, bas pukul 8 malam.. tetapi aku telah aku telah diduga dgn dugaan yg sgt besar, iaitu ajakan member untuk memanjangkan tempoh percutian..dan ku pasrah dengan pujuk rayu itu.. ceh!! " bukan selalu hang maghi kat negeri utagha nie".. itu perkataan paling x kulupa dalam episod itu.. Plan ntuk tidoq dalam bas ke melaka telah ditukar ke barbecue di rumah member.. tu yang aku cakap tue dalam title post nie: Tak Plan Pun.. seriously, kuah cicah untuk ikan bakar malam itu sangat2 menggiurkan.. thanks mak cik!!

esoknya, ke Pangkor!! sekali lagi, aku x plan pun nak gi sana.. sewa motor atas pangkor lebih economic dan bahagia berbanding sewa van yg mahal dan x berbaloi.. Snorkelling itu yang pertama ku lalui.. boleh tahan arr.. not bad!! and sekali lagi bergambar sakan atas pulau itu.. Malam itu, kami teruskan perjalanan "Tak Plan Pun"..



Penang

hanya 1 jam je perjalanan daripada Taiping ke Butterworth.. member daripada Penang mai ambil kami di stesen bas.. malam tu pekena Char Kuey Teow.. totally different dgn char kuey teow kelantan.. paham2 je lah kelantan mcm mana kan.. Malam itu bermalam di rumah Pak Su.. macam tidoq hotel 4 bintang.. malam itu lena sampai tak mimpi apa2 pun..

esoknya, berjalan2 sekitar Penang.. Seberang Prai City tempat terletaknya Jusco paling gedabak yang pernah ku lihat.. haihz, tempat2 macam ni manusia berlumba-lumba nak bina kan.. And petang itu , menyentap durian kat rumah member satu lagi di Kepala Batas.. bukan saja durian, malah jagung dan cucur yg mak dia buat.. sampai habis.. thankz mak cik!! ok penat dah jalan2.. nak balik melaka pulak..


durian yang bersedia untuk di'ngappp'



berganding bahu membuka durian..


detik2 terakhir di rumah Pak Su
Melaka

Akhirnya sampai juga di negeri tanah airku setelah penat mengembara dalam perjalanan "Tak Plan Pun".. sesampai di Melak, cepat2 unload barang dan basuh yang mana perlu, ku bergerak ke Merlimau, lebih kurang 3o km drpada rumahku.. ada Ijtima' malaysia bahagian Selatan pulak iaitu Melaka dan Johor.. dapat pergi sehari jah.. tak pe, yang penting niat pergi ke sana dan semoga Allah terima doa2 dan jujuran airmata umat manusia yang hadir..

Final Year



the three musketeers



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Ceh, macam nak start berkhutbah la pulak.. Setinggi-tinggi kemuliaan dan kesempurnaan Allah yang telah memberikan rezeki untuk naik ke Tahun 5 a.k.a Final Year.. 4 minggu be'remedial' bersama2 rakan senasib dan se'bertuah' yang lain amat2 lah menggembirakan dan mengharukan.. bila dipandang ke belakang,aku tidak sangka aku mampu mengharungi nya tetapi Allah itu kasihkan hamba2 nya 7o kali ganda berbanding kasih seorang ibu terhadap anaknya...

Kepada yang tidak berjaya, Allah masih sayang sama kamu.. tetapi dengan cara yang berlainan.. trust me!! u can make it insyaAllah..

Actually, perasaan be'remedial' itu sangat2 lah susah untuk di ceritakan dengan perkataan.. bermacam2.. meski pun gundah gulana dan bercampur baur, aku tetap percaya dan yakin dengan-Nya..

Tahniah kepada rakan2 yang lain juga.. see you in Final Year nanti.. wow scary nyerrrr dengar!!!

p/s: remedial is such a blessing in disguise...katanya...

Penyakit Rohani

Salam alaik,



Syazani baru bangun tidor.. macam anak Cina pun ada..





Diri manusia ada 2 komponen- rohani(roh) dan jasmani(fizikal).. Kedua-dua perlukan makanan.. Makanan fizikal ialah apa yg kita makan dan melantak(bahasa org melaka kot) hari-hari.. Nasi goreng ikan masin telur dadar, ikan keli goreng rangup, nasi yoyo black pepper, sizzling ayam lebih, peria goreng berempah, ayam sambal, and macam2 lagi.. macam familiar je makanan2 ni kan?? haha..

Makanan rohani ialah nasihat serta peringatan2 keagamaan yang mengingatkan kita pada Allah.. kalau tak ingat pada Allah, itu bukan makanan rohani.. ayat2 Al-Quran, hadith2, tazkirah, nasihat2, serta percakapan harian tentang kebesaran Allah.. macam x familiar je kan??

Kalau makanan fizikal diberi terlalu banyak dan tak seimbang, maka penyakit2 akan mula muncul.. hypertension(darah tinggi), diabetes, sakit jantung, dan macam2 lagi.. everything under the sun.. so kalau belum kena, maka cepat2 elakkan.. kalau dah kena, maka haruslah menelan Enalapril dan Losartan untuk hypertension, Metformin dan Diamicron MR serta subcuteneous insulin untuk diabetes, Metaprolol dan Labetolol untuk sakit jantung.. eh eh, doa dulu sebelum makan ye.. ubat tak ada kuasa untuk menyembuh melainkan dgn izin Allah..

Samalah dengan rohani.. Kalau makanan rohani diberi terlalu banyak , setiap hari mendengar ceramah2 agama, setiap jumaat mendengar kuliah Tok Guru, setiap hari membaca kitab2 agama serta mendengar Paltalk(ooopss) , baca blogspot so-called da'e-da'e Allah dan macam2 lagi, maka penyakit juga akan muncul.. apakah penyakit rohani itu?

Ketahuilah bahawa ia adalah Kibr(takabbur), riak, sombong dan perasan bagus dan perasan byk ilmu di dada..

So apakah ubatnya ya?? maka ubatnya ialah kita kena berjumpa dgn manusia face-to-face tidak kira kita kenal atau tidak dan menebalkan muka dan menembokkan wajah untuk bercakap SALING memberi peringatan tentang Allah, Rasul-Nya dan Akhirat.. tentang apa2 sahaja yang berkaitan dengan kalimah yang paling berat di langit dan di-bumi, kalimah La Ilaha Illallah.. trust me!! bukan mudah untuk ketuk pintu bagi salam dan berjumpa manusia face-to-face hanya semata-mata kerana Allah.. alah, yg macam Nabi buat dulu.. dulu2 Nabi pergi ke lorong ke lorong, khemah ke khemah, dan pintu ke pintu untuk berjumpa dgn setiap orang demi menyampaikan kalimah paling mulia itu.. sehinggakan ada riwayat mengatakan tidak kurang 100 kali Nabi pergi jumpa pak cik nya, Abu Jahal demi kalimah ini..

Apa kaitan ek?? maka apabila anda berjumpa manusia mengikut Sunnah, meng'hina'kan diri depan manusia, memelikkan diri depan mata manusia , merendahkan wajah ketika bercakap, dan merasakan apa yang dicakap adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, maka sedikit demi sedikit rasa riak dan takabbur akan hilang dan terkikis ataupun langsung x berani hinggap dalam rohani kita.. serius!! sifat perasan bagus akan di'suppressed' dgn syarat niat itu betul dan mengikut tertib yang betul.. x caya, cuba try!!

Wallahua'lam..

p/s:jgn risau~~setiap kali Allah hantar Nabi, maka apa yang Nabi2 ini dapat?? mereka dapat gelaran orang gila, orang sesat dan tak betul..mereka dituduh membawa ajaran baru yang tidak dibuat oleh nenek moyang dulu2.. dan macam2 lagi.. samalah apa yg berlaku terhadap Nabi junjungan mulia Muhammad S.A.W... sekarang??

Remedial



Sya'rawi yang sudah mula belajar dipakaikan serban..



Salam alaik,

Akhirnya keluar juga list remedial yang dinanti-nanti.. FYI, remedial bermaksud mengulang satu posting yang gagal selama 2-4 minggu.. Seperti yang aku cerita dulu, aku ter'kantoi' ortopedik posting, so terpaksa la menghadap muka Dr Liaw for another 2-4 weeks..

Gagal?? tak sedap didengar.. malah berat lagi bahu memikul.. bagi ku, definisi gagal sgt subjektif lebih2 lagi di clinical years.. maksudnya di sini ialah seseorang yg gagal tak semestinya lemah dan tidak bagus dalam akademik.. malah setelah ku teliti list remedial, aku dapati ramai lagi yang aku rasa lebih baik dan lebih bagus berbanding nama2 yang tidak ada dalam list itu.. malah ada yang JAUH LEBIH BAIK!! (i'm not listed.. aku average je.. betul tak tipu)



Some people thought i'd greatly depressed after knew the result(orthopedic), but the fact is Allah instantly guide my thought and calm me down.. a little bit shock of course lah tapi segalanya ada hikmah..

Aku berfikiran..

Kalau aku tak fail (even 1 posting), sifat bongkak dan takabbur mungkin ada dalam diri aku lalu aku perasan bagus dan memandang rendah org lain yang fail.. Nauzubillah

Kalau aku tak fail (even 1 posting), mungkin aku akan lebih leka dalam menghadapi posting2 seterusnya..

Segala yang Allah bagi pada kita merupakan ujian kawan2.. segala2nya.. apa2 sahaja.. sebut lah apa2 saja sekalipun, semuanya adalah ujian..

berjaya itu satu ujian, malah tidak berjaya juga satu ujian..
kaya itu satu ujian, miskin itu pun satu ujian..
rajin pergi solat jemaah satu ujian, tak pergi (atau kadang2 je, ikut mood..hampeh nak mampos) solat jemaah pun satu ujian..


Macam2 lah... yang penting bagaimana kita melepasi ujian itu dgn mengikut kehendak Allah dan agama-Nya... "ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya mlebihi kemampuannya"- adalah satu status fb yang saya perasan tempoh hari(jarang tgk status ilmiah mcm ni kat fb dia..hehe).. ya betul, kadang2 kita tgk seseorang tu dah fail berkali2 tapi masih mampu serta riang menghadapi dunia perubatan.. kenapa?? kerana dugaan itu sebenarnya mampu mereka tempuhi walaupun terasa berat bahu memikul...

OK lah.. tak sabar rasanya nak menghadapi remedial.. rindu nak study setelah duduk rumah tak study selama 2 minggu..

Selamat Pengantin Baru

Salam Alaik,

Alhamdulillah selamat sudah ex-roommate ku, Muhamad Ruzaini diijab kabulkan bersama pasangannya, Madihah Junid sabtu lepas.. sayang seribu kali sayang kami tak sempat berarak bersama.. hanya sempat makan dan beramah mesra .. sebab our driver, Alif Yu kena berehat utk drive jauh petang tu.. anyway, ku doakan agar mereka bakal mendirikan 'masjid' yang utuh dan mengikut kehendak agama.. sehingga ke syurga InsyaAllah..



SELAMAT PENGANTIN BARU RUZAINI



p/s: maaf xde gambar kerana empunya badan tak benarkan gambar mereka disiar kan dengan apa2 cara sekalipun... lagi satu, harap2 usaha masturat yang pertama dapat dijalankan di USM nanti..

Pelari pecut dan Ahli Angkat Berat


Salam Alaik,

Fikirkan sejenak sahabat2 sekalian, dan fikir dengan fikiran yang penuh kewarasan dan fully conscious...

Di waktu siang, seorang ahli angkat berat yang hebat mampu mengangkat beban yang seberat 80, 90, hatta 100 kg .. wow that's great.. really2 great!! kita ni hah orang biasa mahu tak patah riuk tulang2 nak mengangkat nya.. sakit2 muscle nak menahannya.. hebatnya dia depan manusia..

Tapi, di kala subuh hari, ketika Allah memanggil manusia menghadapNya melalui lidah2 muazzin, maka apa yang berlaku?? selimut yang beratnya ntah berapa gram tu pun (berat sikit kalo campur air liur basi), tak sampai pun 1 kg, sikit pun tak terdaya diangkat oleh si Tough tadi.. apa kes?? Hebat lagi ka dia??



Syazani yang semakin girang.. la ni semakin kecik badan dia.. hak ni chubby sikit



Di waktu siang, seorang pelari pecut yang hebat mampu berlari pecut 100 meter hanya dalam masa 8-10 seconds jah!! mampu habiskan pusingan satu padang hanya 1 minit lebih jah!! kita ni hah orang biasa mahu SOB nak habiskan 100 meter tu.. hebatnya dia depan manusia...

Tapi, di kala azan memanggil untuk solat kerana dalam solat ada kejayaan (Hayya Alassolah dan Hayya Alal Falah), maka masjid yang ntah berapa meter tu pun tak mampu diharungi oleh si pelari pecut tadi?? hebat lagi kah dia??


Fikir2 dan doa supaya Allah bagi paham dan kekuatan untuk amal..

p/s: Iman oh Iman

Cacamerba

Salam alaik,

(Sepatutnya entry ini dibaca 6 hari lepas tapi aku yang 'macam' busy tak sempat nak menaip lalu menundanya sehingga ke hari ini)

Aku sangat gembira kerana ramai first year yang ku kenali lulus Profesional 1 mereka. Tak kurang juga yang ku rapat tetapi still kecundang.. they deserved it!! samada lulus atau gagal.. that's my conclusion..

Lebih gembira lagi apabila tahun ni dapat diusahakan seramai 3 orang first year dapat keluar 40 hari.. kami berdoa tetapi Allah yang pilih mereka.. betapa beruntung dan sukanya hati apabila dipilih oleh Allah untuk belajar2 usaha dakwah yang telah lama ditinggalkan oleh umat Muhammad SAW sendiri!! tak dapat 100% sama pun asalkan mirip2 usaha Nabi SAW pun sudah dikira beruntung.. FYI, bulan 6 ni ada Ijtima' Malaysia di Kuala Besut (untuk bahagian Pantai Timur). so jemaah2 yang dikeluarkan sebelum ijtima' mengusahakan dan menyebar2kan berita gembira ini ke seluruh alam dan mengajak setiap lelaki beriman untuk turut serta dalam perhimpunan memohon rahmat Allah Taala..

Exam Medical?? sungguh mencabar!! bukan cabaran dari segi akademik(ewah2 dah pandai sangat ke?) tetapi caaran dan kesabaran dalam menunggu exam itu sendiri!! supervisor ku sangat busy, ku tahu itu. tetapi setiap kali dia kata cancel, maka punah ranah dan lulur hancur jantung ku serta great vessel nye sekali.. tahu kah anda menghadapai satu malam sebelum exam sangat2 mencemas kan??panas, berpeluh2(ditambah dengan kelantan yg 'kemarau'), palpitation and all anxiety symptoms.. boleh kena panic attack tau! tetapi bila waktu yang dinanti telah tiba, dan suddenly cancelled, ia bagai merentap seluruh gastrointestinal tract ku daripada oral cavity turun ke esophagus dan trus trun ke stomach, small and large intestine dan sampai ke rectum?? lalu ku teringat akan firman Allah yang bermaksud lebih kurang, kesudahan yang baik bagi orang2 yang bersabar.. ku simulasikan ayat itu berulang2 kali dan Alhamdulillah exam juga akhirnya dan dapat case yang mmemang expected.. hehe..

Holiday?? What to do?? it's up to you.. nak buat sesuatu yang sungguh menyeronokkan (actually nafsu je yg suka seronok2 nie) dan memorable akan saat2 bahagia x kira bersama member atau family seterusnya boleh diupload gambar2 di facebook?? atau nak buat sesuatu yang rasa macam langsung tak best, bosan, dok terperuk je, bak katak bawah gelas(ini betul2 mujahadah melawan nafsu) tetapi pada hakikatnya ia adalah pelaburan saham2 akhirat yang mana pada ketika itu tiada sesiapa yang boleh menyelamatkan termasuklah anak2, bapa2, ibu2, kawan2, harta benda, facebook dan sesiapa saja kecuali amalan yang baik2 dan iman yang yakin?? terpulanglah.. Allah Taala bagitau dalam Al-Quran bahawa orang bertakwa adalah orang yang yakin akan perkara2 ghaib(tak nampak) dan akhirat itu adalah salah satu perkara ghaib yang BESAR!!


So, waktu2 cuti ni la nak perbanyakkan baca Al-Quran, busy kan diri dengan belajar2 usaha dakwah, muliakan ibu bapa, ziarah rumah2 orang Islam(x kan nak tunggu raya je kot?) dan macam2 lagi.. aku pun kadang2 bosan tetapi aku tahu nafsu tak boleh dilayan, nafsu untuk dilawan!! (semoga Allah bagi kekuatan).. lalu ada orang pun bertanya "tak kan nak pergi bercuti dgn family@member pun x boleh kotttttt??" siapa kata tak boleh.. boleh, tapi jangan sampai sebab bercuti dan berjalan2 tu, maka amalan kita rosak.. Solat tak dapat berjemaah, aurat tak dapat dijaga, baca Quran tak sempat sebab 'busy do'ooh', mata tak dijaga(oh oh oh), dakwah x sempat nak buat (cakap kebesaran Allah pun dakwah tau!!).. semoga Allah pilih kita untuk jadi
orang yang tak rugi..


Ini hari kedua ku di rumah.. dah mula bosan dan terasa nak mula jalan2 dengan member.. anak2 buah semua membuat ku berpeluh2.. (nasib baik Melaka tak sepanas Kelantan! berkat Tok Guru Ali Rustam kot?? hik3..) pastu ada member sini call ajak keluar 3 hari sabtu ni, dan aku pula plan nak pergi walimah roommate aku sabtu ni jugak.. tiket tak beli lagi.. so i'm in dilemma.. tanya member, depa kata ni rumah pengantin perempuan, so tak pe kot kalo tak pergi.. owh sungguh serba salah!!

ok lah,,, tak tau lagi apa nak tulis .. Ma'as Salaamah~~

My Story

Assalamua'laikum

1st, sudah terlalu lama x berblog.. dulu masa mula2 buat blog, bukan main gian lagi nak update blog and nak update semua kisah2 hidup yg dilalui.. aku budget ramai la yg nak baca la kan, so beriya-iya menaip.. la ni, semakin busy hidup(study @ berdakwah? ) so semakin malas la nak update.. aku tgk pun ramai blogger2 baru(aku dah lama ke??) pun kena syndrome mcm aku dulu iaitu syndrome 'Terlampau Busy Update Blog dan Perasan Ramai Orang Nak Baca'.. hak3.. lama2 nnt bosan la tue.. mcm aku.. hehe

2nd, aku sekarang ni kat rumah kampung aku iaitu lebih kurang 30km drpd rumah asal aku.. aku ke sini sebab mak aku kat sini,.. mak aku kat sini sebab akak aku baru lepas bersalin anak yg ke-4!! so kakak aku kena lah supervision daripada mak aku yang dah terlalu senior dan berpengalaman membesarkan 9 orang anak!! so, la ni aku dah ada 4 orang anak sedara yg cute2 dan menggeramkan.. sgt geram!! aku tidor , si along(5 tahun) yg baru balik tadika terus terjah atas badan aku sambil menjerit 'pok tehhhhhhhhhh'.. ada masa nanti aku upload ya gambar2 mereka..

3rd, masalah yang sama aku pernah cerita dulu.. tadi aku pergi solat Zohor di masjid berdekatan sini.. geram sangat aku tengok orang2 tua kat sini tak reti nak luruskan saf.. kalau beza jarak sikit-sikit tak pe lah, mana lah tau ada Parkinson ke, or parkinson-like syndrome ke? so acceptable lah.. tapi jarak yg berbeza sangat2 jarak.. aku tegur dah (dgn penuh sopan) semasa dirikan saf, dia buat dek je..tak lurus dan tak rapat.. sangat2 tak lurus dan tak rapat.. rasa macam nak ketuk je kepala orang2 tua tu tapi Nabi ajar agar Muliakan Ulama', Hormati yang tua dan sayangi yang muda.. so aku batalkan je niat aku tue.. aku rasa salah satu sebab jadi macam tu ialah masa muda dulu2 tak biasakan diri ke masjid untuk berjemaah.. asyik solat kat rumah@ bilik @ tempat kerja.. so bila dah ada symptom low back pain @ joint pain @ dah bergaris 3 dah kat dahi, baru nak gi masjid.. parah woi parah kalau berterusan macam nie..

4th, aku dalam posting terakhir dalam 4th year iaitu posting Medical.. so within 5 weeks i'll finished my 4th year insyaAllah.. ooppss silap.. aku kena remedial satu posting iaitu posting orthopedic.. aku failed clinical exam.. 48/100 markah yg diberi.. 2 je lagi untuk lulus.. nevertheless, i still proud with what i got.. itulah destiny!! i'd put a lot of efforts if compared to other postings, but still Allah had destined me to fail in this posting 50 thousands years before He creates the world.. in Lauh Mahfuz!! ada hikmah nya, i strongly believed there must be hikmah behind everything.. insyaAllah.. Thank You Allah..

5th, aku sangat2 gembira dua hari lepas kerana salah seorang kawan baik aku lulus Exam Professional 2.. kami sama batch tapi dia terkandas masa Profesional 1 dulu.. ku bersyukur Ya Allah kerana aku tahu semangat dia agak lemah.. aku sudah berkawan dengan dia sejak matriks lagi, so aku tahu dia macam mana.. Allah tak akan bebankan seseorang melebihi apa yg boleh ditanggung kan.. Alhamdulillah dapat juga dia naik 4th year.. its clinical years.. i said to him that in clinical years, things will never be the same again.. stress is our daily meal.. u will be in continuous stress in clinical years.. self- motivation must be adequately high.. and the most important is only with The Grace of Allah, you will be able to endure everything in your life.. so banyakkan doa dan jaga solat.. jaga hubungan dengan-Nya.. doa agar kesibukan harian kita tak menyebabkan kita semakin jauh dengannya(eg solat jemaah).. bukan semudah itu.. dengan beralasankan tanggungjawab sebagai pelajar menjadi asbab kepada lalainya kita dengan tanggungjawab terhadap Tuhan!! oh no no no!!don't take for granted when it comes to the obedience towards Allah.. lets say we're now as medical students.. then becomes Houseman Officer.. then Medical Officer(M.O.) then kalau ada rezeki apply for Master(specialty course).. then kalau Malaikat Maut tak menjemput lagi, dapat lah jadi Specialist.. pakar la kan.. so gaji cukup banyak and hidup cukup busy.. lama2 buat research, dapat lah promotion Prof Madya or Prof. so rasa diri makin banyak berjasa dan makin banyak kebajikan terhadap umat sejagat.. so when the times come, Malaikat Maut datang bagi salam nak cabut nyawa.. so menghadap la kamu kepada Tuhan kamu.. so nak tau tak apa soalan pertama Allah tanya nanti?? nak tau tak? nak tak??? soalan pertama ialah berkaitan bagaimana solat kita???? aik?? macam2 benda baik aku buat atas dunia dulu, solat Allah tanya?? so this is it, be wise!! don't be stupid!! kesimpulannya ialah walau apa pun yang kita buat kat atas dunia ni, solat tetap kita kena jaga... no excuses!! kalau soalan pertama ni dapat kita jawab dengan mudah dan beres, maka soalan2 yang seterusnya pasti akan beres dan selesai tanpa sebarang masalah... insyaAllah.. sekali lagi, only with the Grace of Allah, Allah akan bagi kita kekuatan untuk kita dapat jaga solat di samping tidak mengenepikan tanggungjawab sebagai pelajar dan doktor nanti.. doa is the medium..

6th, facebook.. Aku tak nafikan bahwa Syaitan telah berjaya melalaikan aku dengan facebook setelah sekian kalinya.. berdakwah dengan facebook?? no comment.. kalau baca entri lepas maybe dah tau kot apa pendapat aku tentang berdakwah dengan fb.. kali ni nak ulas pasal 'buat sesuka hati' dengan fb.. eh eh, hilang plak idea nak ulas pasal 'buat sesuka hati dengan fb' nie.. ala lain kali je lah..

7th, senior final year dah nak final exam minggu depan.. only left 3 days for their grand finale yg bakal menentukan layakkah mereka bergelar Dr.... Ala, exam je pun, yang penting apa yg kita dapat selama 5-7 tahun menjadi medical students... apa yg korang amalkan semasa students, aku rasa itu lah jugak apa bakal dipraktikkan semasa bekerja nanti.. kalo masa students dah belajar2 jauh daripada masjid, maka payah lah untuk ubah habit buruk ni semasa bekerja yg busy nya berkali2 ganda berbanding students.. kalau suka datang lewat ke kelas or ward(terkena gak aku kadang2) maka itu jugak lah yg susah untuk diubah nanti.. aku ada seorang member final year yang sangat baik dengan aku.. segala nasihat2 dari segi belajar atau kehidupan seharian aku minta daripadanya.. dia juga seorang yang agak 'genius' berbanding rakan sebayanya.. yang paling penting, aku juga turut belajar berdakwah bersamanya.. selama 4 tahun bersama nya kini hanya tinggal seminggu je lagi untuk bersamanya di usmkk tersayang ini.. pahtu, i'll have no more senior to seek advice from... sob3~~ sedihnya.. aku lah yg bakal bergelar senior final year nanti.. kalu dia baca entry aku ni, aku confirm dia akan 'kembang' bak buah kembang semangkuk!! dia x ada blog, facebook or even friendster.. tapi dia ada fan page kat fb yang peminatnya yg terkini mencecah 140!! member dia yang buat kan page tue.. dia kata dia kadang2 malu tgk fan2 nya yg dia sendiri tak kenal, lebih2 lagi perempuan!! hak3.. x pasal2 lepas je aku post entry ni, terus mendadak jatuh fan dia nanti... sorry~~ tapi aku tak pernah pun accept request utk jadi fan dia coz aku tahu aku bukan fan yang hanya setakat klik di hujung jari
tapi aku fan yg betul2 fan tapi secara senyap.. senang kata, less talk, do more(ada kaitan ke??lantak lahhhh).. habis exam nanti, dia berazam untuk belajar berdakwah mengikut silibus Nizamuddin iaitu 4 bulan di IPB(India Pakistan Bangladesh).. ku doakan agar Allah Qabul(terima) azam nya itu dan pulang ke Malaysia nanti untuk berkhidmat sebagai Doktor dan Da'e yg Maqbul di sisi Allah.. doktor yang dapat meresapkan sunnah2 kekasih-Nya ke dalam segenap aspek kehidupan..Amin Ya Rabbal Alamin~~ chaiyok2(mcm x percaya je aku guna chaiyok2 nie)

8th, ini yang paling aku terperanjat!! roommate ku bakal melengkapkan separuh daripada agama tak lama lagi.. berita ini secara tetiba je meletup!! tebabom!! dia bakal bernikah 15 mei ni,, sungguh ku tak percaya.. tapi sekali lagi itu lah Greatness of Taqdir Allah.. dia pernah propose seorang budak dulu tapi telah di'reject'.. that's also taqdir.. and then he come up with another plan dan kali ni berjaya.. junior 3rd year bakal menjadi 'lawan'nya..walau apapun ku doakan YANG TERBAIK buat dirinya.. kita sendiri tak tahu apa yang terbaik buat kita,, hanya Dia yang tahu,, so jangan pandai2 nak komen dan sangka buruk dengan Allah bila sesuatau yang 'out of expectation' berlaku.. terima je walaupun pahit.. di situ kita diuji.. senang cakap kan, tapi nak buat susah.. apa lah aku nie.. goodluck my friend!!


ok lah, dah nak Asar dah nie.. 1 benda yg aku lemah bila kat kampung i ialah setiap kali aku start enjin motor nak gi surau@ masjid, si along mesti nak ikut.. dulu ada la byk kali gak aku bawak dia sekali, tapi dia bukan duduk diam, tapi berlari sana-sini dan pergi kacau anak2 orang lain yg disangkanya lebih cute daripadanya.. so dia kacau la.. dia x tau yg dia jauh lebih comel.. la ni, aku malas dah nak bawak dia, nanti dia main2.. aku juga yg risau dan tak khusyu' nanti..ceh!!

maybe itu sahaja setakat kali ini.. aku nak upload gambar tapi kena pilih2 dulu.. nanti2 lah.. dah lama dah.. take care!!

Assalamua'laikum....

Cerpen Da'e Sejati

Dalam rintik-rintik hujan itu aku terus meluru bersama motor kapcai Asahi Shimbun syarikat surat khabar gergasi di Jepun.Kembali aku ke kedai Encik Taniguchi, ketua kedai pengedar surat khabar Asahi Shimbun cawangan Bandar Terayama, sebuah pekan kecil dalam daerah ini.

Encik Taniguchi menyambut aku sambil berkata,
"Kita ini penyampai surat khabar saja, entah ada orang baca atau tidak surat khabar yang kita sampaikan"

Aku diam saja sambil meletakkan kembali lebihan surat khabar yang mungkin sengaja dikira lebih oleh Encik Wakamoto, pembantu Encik Taniguchi pada subuh tadi.Aku tunggang semula motor kapcai milik syarikat itu untuk kembali ke rumah.Jam menunjukkan pukul 6 pagi.

Pagi itu aku letih amat.Ada 3 kelas menunggu aku 3 jam lagi. Tapi aku tak berdaya.Aku tidur dan terus tidur atas tilam empuk yang bertindih 3 futon usang.Mahasiswa pemalas tajaan kerajaan malaysia di bumi Jepun, akulah itu. Ada azan berkumandang dari corong speaker komputer di meja kecil kotatsu. Bawah meja itu ada pemanas.Aku terus tak endahkannya. Entah azan apa yang berkumandang. Zuhur? Asar? Maghrib? Atau..

Ya, sudah Isyak. Entah berapa jam aku tidur sejak pulang dari kerja pagi tadi. Aku pulang waktu gelap mahu terang sedikit, aku bangun ketika terang sudah tenggelam dan gelap gelita kembali meliputi.Aku melayar internet ke sana sini, membalas e-mel dan bersembang maya merapu meraban.Jam loceng aku berbunyi. Pejam celik pejam celik lagi sejam untuk aku kembali ke kedai Encik Taniguchi. Jam sudah pukul 4 pagi.

Hidup apa aku ini? Hidup sebagai penyampai surat khabar? Hancur segala cita-cita dan harapan umat yang aku galas selama ini. Aku sengaja musnahkan kerana jiwa kacau yang tak keruan berpanjangan. Penyampai apa aku ini? Penyampai apa?

Motor kapcai itu aku tujah dalam rintik-rintik hujan yang makin melebat.Pandangan aku jadi kabur.

Mata yang aku buka memang benar tidak menipu. Aku terlantar di hospital sambil muka aku membengkak, bibir aku koyak, hilang 3 batang gigi kacip, tangan dan kakiku patah riuk.Semua itu diceritakan secara lengkap dan tanpa rasa bersalah oleh Doktor Fusahashi.

Esok paginya Miyakaki Sensei datang menjenguk sambil minta aku turunkan tandatangan untuk pembedahan muka,kaki dan tangan. Miyakaki Sensei adalah penyelia pelajar asing di Universiti Awam Terayama. Beberapa senpai(senior) berdiri belakang sensei sambil bermuka muram.Beberapa kata-kata semangat datang bertimpa dari para kohai (junior) aku ke dalam keitai(handset) aku.

"Jangan putus asa untuk menjadi penyampai surat khabar"

Sms dari Encik Taniguchi.Seminggu selepas pembedahan, aku balas sms itu,

"Saya berhenti jadi penyampai kalam manusia (surat khabar), saya ingin jadi penyampai kalam Tuhan."

------------------------------------------------------------------

Idea penubuhan Musolla Terayama bukan idea aku.Ia adalah hasil mesyuarat dari orang-orang Pakistan,India dan Bangladesh di Masjid Terayama 30 minit dari kampus aku.

"Sudah tiba masanya di kawasan kampus Terayama lahirnya penggerak-penggerak agama" kata Rashid Bhai dalam mesyuarat.

Aku mengangguk sambil belakang aku diusap oleh Farhan Bhai sambil dia berkata,"kamu bukan keseorangan, aku bersama kamu"

aku menjawab,"Allah bersama kita"

------------------------------------------------------------------

Kemunculan kelibat-kelibat wira agama dalam dua tiga kohai aku buat aku merasa senang.Mereka yang menggerakkan solat jemaah, mereka yang menggerakkan usrah, mereka yang menggerakkan fikir agama di sini sebelum adanya musolla.

Tapi ternyata, keputusan program bukan di tangan mereka, para senpai yang menentukan halatuju jiwa dan cita-cita para ahli komuniti pelajar Malaysia di sekitar kampus Terayama ini.

"ana bukan tak mahu teruskan usrah malam ini, tapi senpai dah ajak main bowling.Enta bukan kohai lagi, enta bolehlah tak pergi. Lagipun dakwah kena asimilasi dengan aktiviti realiti. Bowling bukan haram, masa bowling pun boleh dakwah"

Ternyata akhirnya kohai itu menjadi pemain bowling yang handal. Kalau dulu dia hanya baling bola straight atas nama dakwah, kali ini dia cuba bola spin sehingga lupa tentang matlamat asal niatnya mem bowling.

"wira hidup dan mati.yang pergi takkan kembali" kata kohai aku yang kedua pula.

Ternyata kata-katanya itu menghanyutkan dia pula. Bisikan cinta dari kohai perempuan buat hatinya cair. Dia minta diri dari aku dari majlis ilmu yang kami susun, rupanya untuk menemani kekasihnya membeli belah di pasaraya berdekatan.

"beli barang dapur sekejap ya," kata dia.

Malam itu tak lagi kelihatan.

Aku terus termenung ke arah rumah senpai-senpai perempuan yang tersergam di depan mata aku.Rumah itu sebuah rumah usang, sewanya murah, 4 orang senpai perempuan tahun akhir kebetulan tinggal bersama. Lagi 3 bulan mereka akan bergraduasi, lagi 3 bulan cita-cita mendirikan Musolla Terayama akan tercapai.

-----------------------------------------------------------

Musolla Terayama jadi kenyataan. Namun ternyata cabarannya kuat.

Apa erti musolla jika tiada solat berjemaah di dalamnya?

"Kita adakan Halal Shop di Musolla, tentu ramai akan datang ke musolla untuk bersolat" cadang Sher Khan pelajar master di universiti kami. Musolla ini sudah antarabangsa sifatnya, di sini 7 negara kumpul bersama.

Halal Shop jadi kenyataan tapi orang yang solat masih sedikit.

"Nampaknya, memang ramai datang ke musolla, tapi mereka datang kerana Halal Shop bukan kerana solat jemaah" ulas Sher Khan selepas beberapa bulan.

"Kita adakan kenduri, setiap minggu" cadang Sufyan, dia sebaya aku.

Setiap minggu ramai berkumpul untuk makan kenduri di musolla. Tapi mereka datang sesudah habis salam solat jemaah isyak.

"Kami dah solat di rumah," kata Yakub.

"Nampaknya memang ramai datang ke musolla setiap minggu, tapi mereka datang ketika kenduri bermula bukan datang solat jemaah" ulas Sufyan beberapa bulan kemudian.

"Kita dah tak boleh nafikan, kita kena jadi penyampai," kata aku.

"sampaikan apa?" tanya Sufyan.

"sampaikanlah walau satu ayat" kata aku.

Aku senaraikan aktiviti seperti Masjid Terayama laksanakan. Cuma aku ringankan 5 amalan itu.

Masjid Terayama baca hadis Nabi iaitu taklim. 2 Taklim. 1 Taklim di masjid, 1 Taklim di rumah.

Aku buat 1 saja Taklim di Musolla.

Masjid Terayama buat mesyuarat setiap hari selepas Subuh. Aku buat mesyuarat selepas Isyak tapi hanya aku seorang bermesyuarat sendirian, kerana kohai ketiga aku berkata, "Mesyuarat bukan wajib, solat baru wajib"

Masjid Terayama habiskan 2 jam setengah untuk bertemu saudara-saudara mereka setiap hari secara berjemaah. Aku habiskan 5 minit ketuk satu rumah satu hari.

Masjid Terayama buat Dakwah Mingguan satu jemaah di tempat dekat, satu jemaah jauh sedikit, malam minggu beratus orang sekitar masjid berkumpul mendengar Ceramah Iman dan Amal. Aku buat dakwah ke pintu-pintu berjiran dengan musolla,tazkirah khas seminggu sekali, tapi yang dengar hanya 2 orang.

Masjid Terayama keluar berdakwah di bandar dan daerah lain sebulan sekali selama 3 hari. Aku cuba keluar hujung minggu, pergi pagi Sabtu, balik Ahad petang. Sebulan sekali aku buat.

Ternyata yang aktif mengikut program ini hampir sifar. Tak menarik agaknya program seperti ini.

Hari-hari berlalu begitu pantas, solat jemaah terus sepi, tapi Halal Shop terus maju.Akulah bilal, akulah imam, akulah makmum. Oh, mungkin semasa aku imam, Jin makmumku.

---------------------------------------------------------

Tahun ini diluar sangkaan. Kemunculan 8 orang kelibat kohai tahun satu memeranjatkan aku.

Taklim, Mesyuarat,Dakwah dari pintu ke pintu, Tazkirah Khas Mingguan, Dakwah Hujung Minggu semuanya disertai oleh 8 pemuda itu. Beza umur mereka dengan aku mungkin 4 tahun.

"Allah akan terus datangkan kemenangan buat para pejuangNya. Teruskan menyampai, Hidayah itu nanti kuasa ALLAH" hebat bicara kohaiku.

Ternyata, masa aku untuk tinggal di Jepun sudah sampai penamatnya. Beberapa jam lagi aku akan menerima Ijazah di Hari Graduasiku.

"apa yang kau paling seronok di hari graduasi ini?" tanya Megat padaku.

"aku sudah bergraduasi sebagai seorang penyampai dalam universiti taubat.aku akan menjadi penyampai dalam universiti kehidupan" jawabku.

Megat mengekek ketawa, entah dia paham atau tidak.

Hari itu aku memeluk seorang demi seorang , 8 kohai yang menggerak dan menghidupkan Musolla itu. Ternyata aku hairan mengapa mereka berjaya memikat hati penghuni Islam di Kampus Terayama itu. Solat jemaah penuh 5 waktu sehari semalam!

Yusuf wakil kohai itu berkata,
"Ternyata usaha dakwah ini hanya 10%, selebihnya adalah 90% dari doa dan pengharapan kepada Allah".

Oh, baruku tahu faktor kegagalanku selama ini. Berapa banyak solat tahajjudku di Musolla ini, berapa banyak air tangisan aku dalam solat malam itu, berapa basah janggutku dengan keinsafan, kehambaan dan pengharapan kepada Allah, berapa banyak doa aku pohon akan hidayah Allah turun di hati-hati manusia ini?

Nabi itu diutuskan hanya untuk menyampaikan. Tapi ternyata dalam menyampaikan itu baginda bukan saja menyebut dan blah. Tetapi baginda menyampaikan dengan penuh jiwa raga.Kerut fikir baginda dalam perjuangan menyampaikan itu, tangis esak baginda dalam perjuangan menyampaikan itu,risau sayang baginda dalam perjuangan menyampaikan itu, ummati,ummati,ummati, umatmu lupakanmu sedang kau mengingati kami.

Erti hidup pada menyampaikan.

Sampaikan saja, yang beri nanti adalah Allah. Allah beri hidayah, kita sampaikan peringatan. Sampaikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang beriman.

Terima kasih kohaiku Yusuf. Kau asbab aku sampai pada kesedaran.
----------------------------------------------------

Kini, mulalah perjalanan aku ke tanah bumi bertuah Malaysia. Aku akan dirikan masjid di tanah ini yang menyatukan, aku akan mendirikan masjid yang diimarahkan, aku akan mendirikan masjid yang melahirkan.

Kapal terbang MAS yang ku naiki tiba-tiba bergoncang. Megat di sebelah aku dah kelam kelibut.

"Sayap kapal terbang patah! Sayap kapal terbang patah!"
jerit Megat sambil tertunjuk-tunjuk ke arah tingkapnya.

Kapal terbang itu meluru terjunam ke bawah sambil semua penumpang serentak menjerit "wah..!"

aku jerit takbir sehingga semuanya jadi senyap. Lalu aku sampaikan kalimah yang paling berat dari seluruh 7 dunia dan langit,

LA ILAHAILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH

Semua penumpang membutirkan kalimah itu secepat-cepat. Aku tersenyum.

Dulu aku penyampai, kini aku penyampai.Kini ajalku sudah sampai.

TEBABOM.


Cerpen diambil daripada blog yg tuannya x memerlukan sebarang kredit.. so aku ambil je dan copy paste dlm blog aku ni ha,.,.

STPM Melaka

MELAKA 25 Feb. - Sebanyak 964 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini berjaya memperoleh keputusan 4 prinsipal dalam semua mata pelajaran yang mereka ambil.

Pengarah Pelajaran negeri, Isa Abu berkata, pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 4.40 peratus berbanding 2008 dan ia juga mengatasi peratus nasional sebanyak 11.46 peratus.

''Secara keseluruhannya, keputusan STPM bagi negeri ini pada 2009 adalah baik dengan 13 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 10 buah pada 2008.

''Sebanyak 21 calon pula memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dengan mendapat 4 prinsipal A dalam semua mata pelajaran yang diambil," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Daripada 21 calon itu menurut beliau, 10 orang adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka, SMK Gajah Berang (4), SMK Yok Bin (2) dan seorang masing-masing dari SMK Seri Kota serta SMK Abdul Rahman Yakub.

Secara keseluruhannya kata beliau, Melaka mencatatkan peningkatan sebanyak 0.30 peratus berbanding tahun 2008 dalam peperiksaan tersebut.

Pada tahun ini katanya, seramai 1,252 calon peratus telah mencapai kelulusan penuh atau sebanyak 96.31 peratus berbanding 1,204 calon dengan kelulusan 96.1 peratus pada 2008.

Katanya, bagi jumlah calon yang memperoleh PNGK 3.00 dan ke atas ialah seramai 428 orang.

''PNGK negeri secara keseluruhan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.07 iaitu dari 2.42 peratus pada 2008 meningkat kepada 2.49 peratus pada 2009," katanya.

Mengenai prestasi sekolah pula, Isa berkata, bilangan sekolah yang lulus penuh 100 peratus juga meningkat dari 10 buah sekolah pada 2008 kepada 13 buah sekolah tahun lalu.

Sekolah tersebut ialah SMKA Sultan Muhammad, SMK Iskandar Shah, SMK Gajah Berang, SMK Tinggi Melaka, SMK Yok Bin, SMK Tinggi Perempuan, SMK Seri Mahkota, SMK Dato' Dol Said, SMK Teknik Melaka, SMK Dato' Haji Talib Karim, SMK Pulau Sebang, SMK Munshi Abdullah dan SMK Ghafar Baba.

''Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang baik.

''Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua dan guru yang memberikan komitmen tinggi bagi memastikan pelajar memperoleh keputusan cemerlang,"