Eminence...

Pelajar terbaik semua lapangan


GEORGETOWN: Kehidupan keluarga yang serba kekurangan tidak pernah mematahkan semangat pelajar cemerlang Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Shahir Saleh, 22, untuk menggenggam segulung ijazah.

Malah, dorongan bapanya, Saleh Adam, 48, yang hanya bekerja sebagai buruh binaan, membantu Ahmad Shahir dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia (Pingat Jaya Cemerlang)


Ahmad Shahir muncul pelajar terbaik dalam semua lapangan, menerima anugerah itu pada upacara Konvokesyen Ke-40 USM, berlangsung hari ini sehingga 16 Ogos ini.

Pelajar Pusat Pengajian Sains Fizik dalam jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan (Geofizik) itu dipilih sebagai penerima pingat selepas berjaya merangkul Anugerah Dekan bagi setiap semester sepanjang tempoh pengajiannya di USM.

Ahmad Shahir berkata, berikutan kejayaan dalam bidang akademik, dia ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di USM, tanpa perlu melalui peringkat Sarjana.

Bagaimanapun, katanya, hasrat untuk meneruskan pengajian terpaksa ditangguhkan buat sementara berikutan dia perlu bekerja bagi membantu menampung kehidupan keluarganya.

“Saya bertuah kerana sebaik tamat belajar, saya ditawarkan bekerja dengan Petronas CariGali Sdn Bhd sebagai Geo Saintis dan berhasrat mengumpul wang bagi membantu keluarga sebelum menyambung semula pengajian.

“Ini kerana saya anak sulung daripada empat beradik dan dua lagi adik masih bersekolah sedangkan ibu dan ayah bukan orang senang,” katanya pada sidang media khas memperkenal graduan terbaik Konvokesyen ke-40 USM, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM, Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

Selain Ahmad Shahir, turut menerima anugerah khas itu adalah pelajar Pusat Pengajian Sains Pergigian, Yeoh Boon Wah, 25, yang juga dianugerahkan Pingat Emas Canselor USM.

Yeoh yang kini berkhidmat sebagai pegawai pergigian di Kangar, Perlis, berkata dia berjaya menyusun jadual dengan menjadikan konsep ‘meringkaskan perkara rumit’ sebagai mantra hidupnya.

Katanya, dengan cara berkenaan, dia mempunyai banyak masa untuk bidang akademik dan kegiatan kokurikulum.

“Pelajar tidak sepatutnya hanya beri tumpuan pada akademik hingga mengabaikan aktiviti riadah kerana ia penting dalam mencergaskan minda dan membantu mereka supaya bijak menguruskan masa,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, turut diumumkan adalah penerima Pingat Emas Naib Canselor, Muhammad Syukri Ibrahim dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan penerima Hadiah Buku Harvard, Fatin Nur Jannah Sahar, dari Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Pada majlis Konvokesyen ke-40 USM, seramai 6,443 graduan akan menerima ijazah masing-masing yang akan disampaikan Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jalalullail.

sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090812074156/Article/index_html
--------------------------------------------------------------------------------

Sangat bertuah kerana Ahmad Shahir itu ialah bekas rakan sekolah menengah dulu daripada Form 1-5.. he's got really excellent 'premorbid' condition actually.. and dia telah teruskan kegemilangannya sehingga ke peringkat yang tinggi.. sangat tinggi berbanding aku yang entah jauh ketinggalan ke belakang... it's okay.. hidup mesti diteruskan... TAHNIAH SHAHIR!!!


Johr Student USMKK

Seperti yg di atas, semua dijemput hadir ye.. Apa yang akan berlaku ialah doktor2, orang awam serta ustaz-ustaz akan datang sekali untuk meraikan student.. mereka akan memberi Targhib(galakan) untuk student dan yang paling penting mereka akan menerangkan bagaimana nak berdakwah dan study dalam skop seorang pelajar seperti yang disyorkan oleh Ulama'-Ulama'.. Masa student lah patut mula belajar usaha2 dakwah kerana bila dah kerja nanti macam2 komitmen lain yang menjadi penghalang untuk kita berkhidmat untuk agama...

Lagi satu student luar negara juga akan datang sekali InsyaAllah.. boleh kongsi pendapat dlm berdakwah dan study dlm masa yang sama...

Jamuan disediakan!!

p/s: Allah sebaik-baik Perancang.. Kalau Dia berkehendakkan sesuatu, maka tiada sesiapa yg mampu menghalang.. no choice!!! PASTI jadi!!!

Benar tetapi diam...

Rasulullah bersabda:

"Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar , aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tengah syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau , dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" (HR Abu Dawud )


Ya Allah, masukkan lah kami ke dalam Syurga-Mu...