Latest pictures...

Salam alaik,

Sibuk-sibuk umat beriman yg lain berkorban masa dan harta demi menggembar-gemburkan tentang Ijtima' Malaysia bulan 7 nie, ak boleh lagi berblog sekejap..apa nak jadi dgn aku ni Ya Allah.. lemahnya iman aku Ya Allah..

Lagi 2 hari nak balik Kelantan.. sekejap je kan cuti ni.. rasa tak puas.. walaupun ak tak pergi bercuti-cuti Malaysia dan berhibur seperti yang lain, tapi aku tetap 'seronok' dalam cuti ini.. Ya Allah kekalkan aku dalam 'keseronokan' ini...

First of all, aku minta maaf kepada rakan-rakanku yang ber'walimah' sepanjang cuti ni yg mana aku tak dapat menghadirinya..

Minta maaf Sedi..
Minta maaf Syazwan dan Sal..

Akan ku utus salam kemaaafan secara rasmi di atas hak saudara yang ada pada saya yang tak dapat saya tunaikan.. dengan harapan anda tidak menuntut nya di Hari Tuntutan(nama lain bg Hari Kiamat)

Purpose entry kali ini ialah nak letak gambar terbaru anak-anak buah aku yang menjadi penghibur hati neneknya(mak aku).. dengan tambahnya seorang lagi anak buah lelaki, maka cukup 3 setakat ini..



Saja aku bariskan 3 orang nie...


Yang ni Sya'rawi, yang sulung.. Bercakap mcm orang tua.. 3 tahun 9 bulan..


Yang ni Batrisyia Nadirah, nombor 2... memang perempuan betol, marah ckit menangis macam kena pukul teruk.. 1 tahun 6 bulan..


Yang ni Syazani, latest sekali keluar ke dunia.. kuat meradang, susu lewat ckit je dah melaung sampai bergegar tiang rumah... 3 bulan



Sesungguhnya tiap2 anak Adam yang lahir ke dunia sudah ditentukan ketetapan baginya 5 perkara; Rezeki, Untung, Rugi, Jodoh dan Kematian...

Ada firman Allah yang lebih kurang berbunyi "Wahai orang2 beriman, jagalah DIRI KAMU dan AHLI KELUARGA KAMU daripada API NERAKA:.. Pertama, jaga diri kita dan kedua, ahli keluarga kita..

So kita semua kena jaga keluarga masing2.. bukan tanggugjawab ayah kita seorang je.. KITA SEMUA! lebih2 lagi seorang lelaki..

Akhirat nanti ada 4 golongan wanita yang akan tuntut hak mereka daripada seorang lelaki: Ibunya, isterinya, adik perempuannya dan kakaknya.. so tunaikan hak mereka.. jika mereka lalai dari perintah Allah, bagi nasihat dengan hikmah..

Sikit-sikit je eh kata-kata daripada aku yang lemah nie.. ak tau nasihat macam ni x berguna untuk umat kerana umat yang lebih memerlukan nasihat2 baik ni tak akan membaca nasihat2(kononnya) yang terdapat dlam dunia maya yang beratus2 juta bilangannya.. coz benda ini memang tak akan sampai pada mereka SELAGI kita tak berjumpa mereka face to face...

Itu sebabnya Para Anbiya' a.s disuruh jumpa manusia dan BERCAKAP dengan mereka face to face..kerana itulah tertibnya yang Allah paling suka... satu perkara saja yang diperlukan: PENGORBANAN.....

Dah lah.. panjang pulak melalut... umat kat luar sana menderita, aku kat sini boleh duduk berblog atas kerusi yang empuk di bawah kipas yang laju dan dibuai angin sepoi2 bahasa yang melalaikan.. macam mana umat Islam nak maju, aku sendiri tidak berkorban.. Ada orang beragama lain berkata lebih kurang" Mcm mana kami mahu memeluk Islam sedangkan orang Islam sendiri masih tidak dapat amalkan agama mereka secara total".. fikir-fikirkan.. kita sendiri menjadi penyebab kepada kekalnya mereka di dalam kekufuran mereka.. KITA SENDIRI!!!

Ya Allah ampunilah aku dan semua umat Muhammad S.A.W. sampai Hari Kiamat...

Wassalam...

Member kahwin..

Salam alaik,

Walaupun dalam edisi meng'update', tapi aku asingkan agar nampak kemas.. perlu ke??
Semalam seorang member aku masa sekolah menengah dulu telah pun melengkapkan separuh daripada agama dengan melangsungkan perkahwinan di Dewan Bistari MITC.. punya lah besar dewan tu tapi Allah Maha Besar... aku tak sangka budak ni dah kahwin dah.. so dalam Islam masa untuk enjoy percintaan adalah selepas berkahwin.. faham???

Pendek cerita, aku dengan dua orang lagi member telah berkonvoi(layakkah??) ke MITC dan sebelum tu kami ke rumah seorang member di Bukit Katil yang juga bekas sekolah menengah. abang dia melangsungkan perkahwinan.. nak tau siapa bini abang dia??

Abang dia kahwin dengan Nasreen Ngasri@Darling Ngasri.. semalam seluruh kerajaan Ngasri ada kat depan mata aku.. semua muka-muka popular kat dalam TV tue.. macam mana la abang dia boleh dapat Darling tu?? Allah yang menentukan..

kedua dari kiri tu bukan pengantin.. tapi adik pengantin a.k.a member sekolah menengah.. tengah2 tu Cikgu Norhaini, cikgu Math aku yang paling aku sayang selepas Cikgu Salmah.. ooppss ada yang mengamuk nanti...

selepas zohor kami menuju ke MITC.. setibanya di sana kami dapati TYT(Tuan Yang Terutama) Melaka pun hadir ke majlis perkahwinan member aku sorang ni.. Ali Rustam, Ketua Menteri aku yang aku sayang pun turut hadir.. wah dahsyatnya!! rupa2nya ayah member aku ni memang berjawatan khas terus kepada TYT Melaka.. (TYT adalah setaraf dengan Sultan bagi negeri2 yang Sultan dia dah lari@ tiada sultan)

Actually aku dengan pengantin lelaki sama putih tapi pengantin sudah disolek, maka ak tewas sedikit..


Raja sehari..


Selamat pengantin baru!!


Semoga Allah merahmati pasangan ini.. AMIN!!

p/s: sedang menunggu sorang lagi member aku kahwin hujung bulan 6 nie...


Sekadar meng'update'

Salam alaik,

Actually malas sangat nak menaip waktu-waktu cuti macam ni.. tapi disebabkan seorang member telah bertanya "bila nak update blog??" maka aku dengan berat tulangnya mengerakkan jari-jemari aku untuk update blog yang aku tak boleh bawa jumpa Allah kelak...

Sibuk semacam bila duduk rumah.. macam-macam hal.. tapi Alhamdulillah aku disibukkan oleh Allah dengan perkara-perkara yang aku rasa aku boleh bawa jumpa Allah nanti.. InsyaAllah..

Sekarang pukul 12.03 pm.. Azan Zohor 1.13 pm.. so aku ada masa lebih kurang satu jam saja untuk menghadap laptop ni.. sejak cuti 9/5 dulu macam-macam aku alami.. yang baik, yang buruk, yang brfaedah, yang sia-sia, yang untuk dunia, untuk akhirat dan macam2 lagi lah.. so ak tak ada apa nak tulis so ak letak gambar je lah..

Ni gambar budak-budak yang belum baligh kat Sarawak sana...



Budak ni mulut petah tapi baik..


senyum ke sengih ni??


3 budak Sarawak yang rajin datang ke masjid.. bagus2..


Budak-budak baik..


no comment


Anak Ustaz nie..

Ok lah .. sekian saja update daripada aku ye..

p/s: kepada yang menanya aku bila nak update, ni hadia daripada aku ye..