Selamat Bercuti..

Salam alaik,

Seminggu berelektif sungguh memenatkan tetapi berbaloi kerana dapat bekerja sambil bercuti bak "Cuti-cuti Malaysia" .. Lokasinya adalah Pulau Tuba dan Pulau Langkawi.. 3 hari di Pulau Tuba dan 3 hari di Pulau Langkawi... ini sekadar update blog yang dah lama tak buka kerana elective sake..

Pagi tadi baru sampai rumah yang tercinta setelah seharian dalam bas Transnasional(memang dah tak ada bas lain).. bayangkan semalam dari Kuala Perlis ke KB selama 9 jam dan malamnya pula dari KB ke Melaka selama 10 jam!!! 19 jam berada di atas bas bukan sesuatu yang mudah ye lebih-lebih lagi kepada orang yang tak biasa naik bas(kerana selalu naik flight).. dengan 2 luggage yang besar serta comforter yang gedabak dari Langkawi khasnya serta satu beg sandang begitu mencabar untuk ditempuhi... tapi Allah memudahkan segalanya.. ALHAMDULILLAH!!

Maaf ye kali ini tak ada gambar yang nak di'upload; lagi kerana masih tidak lengkap lagi.. kena kumpul semua dulu baru boleh upload gambar2 percutian di Langkawi.. eh eh, elektif, bukan percutian..

Di kesempatan ini masih tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat bercuti kepada semua budak batch aku yang masing-masing berehat di rumah setelah berhempas-pulas dalam Profesioanal 2 dulu.. masih tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya naik ke tahun 4 dan kepada yang kurang berjaya, itu semua takdir Allah.. terima dengan sabar, insyaAllah Allah bersama-sama kamu.. when Allah be with u, there's nothing u can't face..be strong my friend !! Allah knows that u can face it because he knows your limit...

Kepada yang masih belum berelektif, selamat berelektif dan selamat merancang sebaik-baiknya lebih-lebih lagi yang berniat hendak ke luar negara nanti..

Jaga diri baik-baik dan jaga iman dan amal!!! kalau boleh teruskan amalan-amalan yang dah dibuat sebelum exam dulu.. kerana Istiqamah adalah salah satu syarat mencapai Ikhlas..

Wallahua'lam..


Sebagai ta'aruuf, kami bergambar dengan Prof OM masa check in kat airport Pengkalan Chepa...


p/s:kalau ada umur lagi, kita jumpa lagi InsyaAllah!! Amin~~

Dirgahayu Tuanku..

Salam alaik,

Beberapa hari lepas telah berlalunya Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang juga telah jatuh pada hari-hari aku menduduki Profesional Exam 2.. namun, kemeriahan lampu gilang gemilang tak mungkin dilepaskan lebih-lebih lagi kalau 'kerabat' diraja sendiri yang ajak nak pergi tengok... (faham-faham saja).. So aku dan study group aku yang diketuai oleh Gani Patail telah sempat membuang masa dan tenaga untuk pergi melihat sendiri kemeriahan lampu-lampu elektronik yang dipasang sekitar Kota Bharu seperti tahun-tahun sebelum ini...


pintu masuk ke Istana Sultan.. makhluk2!!


aku tak sangka wefox buat gaya macam tu.. di bawah juntaian lampu 'biru'


posing di meriam sultan...


setelah semua dihalaunya, still ada manusia yang berani berdiri sebelah ghani...



Inilah pokok yang didakwa Ghani bahwa ia pokok yang tidak menggunakan Kuasa Tuhan... Astaghfirullah...





Jasamu tetap ku kenang..


SELAMAT TINGGAL PAK LAH.. 5 TAHUN PEMERINTAHANMU SUNGGUH MENGHARUKAN...

SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KE ATAS SEMUA UMAT MANUSIA..

Nephew baru..

Alhamdulillah, kakak ku telah selamat melahirkan anaknya yang ketiga iaitu adik kedua kepada Sya'rawi dan merupakan adik pertama kepada Batrisyia... Dengar kata rupa dia sama macam Sya'rawi.. wah tak sabarnya nak balik tengok...




Sya'rawi..


Batrisyia...



Cepat lah habis Pro 2 ni!!!!!

Kelahiran ini lebih awal seperti yang dijangka kerana Expected Date of Delivery(EDD) yang doktor buat ialah 10 April.. so aku sudah terbayangkan betapa ruginya kerana 9 hb tu aku terpaksa balik semula ke USM untuk mendengar result Pro 2 yang sungguh menggerunkan.. Tapi sebaik-baik perancang ialah Allah.. tanggal 2 April pukul 3.15 am seorang lagi khalifah telah selamat dilahirkan ke dunia.. Maha Suci Allah!!!!

Tapi sekarang tak sabar pula rasanya nak balik kerana Exam pro 2 still ada Clinical OSce 2 Ahad ni.. hhmmm, sabar je lah!!

Anyway, kena pass dulu Pro 2 dengan selamat baru boleh balik dengan aman dan tenang..
Doakan kita semua berjaya dan aku doakan TIADA satu pun dalam kalangan batch aku yang tercicir daripada naik ke Tahun 4 nanti.. InsyaAllah... AMIN~~