Profesional 2....

PROFESIONAL 2!!!!!!!!!!!!!!!!



~~WITH ALLAH'S WILL, HERE WE ARE~~

Seminggu lagi..

dah tak ada gambar lain dah!!!!

Salam alaik,


Countdown yang dibuat oleh Gani Patail USM semakin mendebarkan.. jikalau tolak hari ini, hanya tinggal 6 hari!!!!! lagi untuk menuju Profesional 2, iaitu exam yang very dreadful bagi budak-budak batch aku..

Semalam baru habis revise semua notes Second Year.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya setakat ini.. Result Selanjar 3(yang tak seberapa clear) yang telah di'rancang' dengan sangat rapi dan sempurna oleh Allah memang ada hikmahnya.. no doubt!! nak tahu lebih lanjut, ambil ni!!

Pagi ini baru nak start revise notes 3rd year pula.. ada yang kata rasa macam nak muntah bila nak revise semula notes yang baru di'lenjan'kan sebelum "Berterusan 3".. ada yang kata untuk notes 3rd year ini, rasa macam dah tahu flow satu-satu notes@slides yang bakal dibaca.. seolah-olah semuanya dah tepu dalam kepala!! Zasssss!!!!!!!!! anyway, mesti kena revise juga.. kalau tak, alamatnya menempah 'maut' saja lah...

"Result Pro-2 sudah ada.. Senarai nama 4th year pun dah ada.." itulah 'mumbling' seorang sahabat yang memang ada kebenarannya.. semuanya sudah ada dalam genggaman Allah Taala.. cumanya masa saja yang menentukan.. doa banyak-banyak agar kita semua termasuk di kalangan orang-orang yang berjaya di DUNIA dan di AKHIRAT!!!Amin~~

Study group yang dibuat secara aggressive nampaknya sangat membantu dalam menambah kefahaman sesuatu tajuk@disease.. jadual SG yang dirancang menjadi panduan dalam menyusun strategi dan masa agar tidak tercicir serta mengelakkan kita daripada derailed from the track study week yang sebulan ini.. apapun, semoga Allah menilai usaha ini dan membalasnya dengan Rahmat Allah Taala yang Maha Luas..

"Dan Allah itu ialah sebaik-baik perancang".. jadul exam Pro 2 yang disusun tidak lah begitu stressful kerana terdapat gap cuti dalam tempoh exam yang berlalu nanti.. sangat menyenangkan tengok jadual exam ni...

Semoga Allah mempermudah semua urusan kita dalm tempoh exam ini... Terus usaha lagi dan lagi serta doa lagi dan lagi TANPA JEMU!! insyaAllah, Allah akan membalasnya dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah Taala yang tidak berbatas.. AMIN~~

p/s: saja update blog yang dah lama tak update kerana ada manusia ni kata blog aku dah berkulat tidak updated!! so what?????????

Maulidur Rasul marathon..


Semua di atas adalah program-program yang dirancang bersempena dengan Maulidur Rasul.. Datang lah beramai-ramai demi meraih ilmu..

Semoga semua dapat ambil bahagian dan manfaat daripada program-program di atas dan dapat mengamalkan sunnah Nabi sebenar.. peringatan kepada diri actually..

Maafkan kami ya Rasulullah..

Sungguh, begitu besar dosaku Ya Allah kerana tidak taat perintah-Mu sebagai hamba.. Hinanya hambaMu ini dek kerana tidak tahu malu untuk melakukan dosa yang sama walaupun berkali-kali meminta ampun dariMu..

Tapi YA Allah, Maghfirah-Mu jauh lebih besar daripada dosa-dosa hambaMu.. Limpahkan kami dengan lautan Maghfirah-Mu YA Allah..

Hari ini, hari ulangtahun keputeraan kekasih-Mu, baginda Nabi Muhammad SAW.. Sungguh Ya RAsulullah, ampunkan segala dosa-dosa kami dek kerna meninggalkan Sunnah mu yang mulia itu.. umat yang kau cintai dan rindui ini semakin lama semakin melupakanmu dan semakin jauh dari jalan ke syurga.. Ampunkan kami YA Habiballah..

Sungguh!!! Dakwah yang engkau lakukan di'hiasi' dengan DARAH dan AIR MATA.. tapi kini YA Rasulullah, manusia meng'hiasi' dakwahmu dengan NAFSU dan DOSA..

Betapa JELIKNYA kami ini Ya RAsulullah kerana mengotori usaha dakwahmu serta para sahabat dengan alunan cinta duniawi dan keserakahan nafsu yang tidak habis-habis mengundang kemurkaan Allah.. Memang patutlah Allah mengazab kami dengan bala-bala yang tidak putus-putus menimpa umat Islam akhir zaman..

Ditambah lagi kini dengan berbagai usaha untuk meghidupkan Sunnahmu serta membakar semangat untuk mengikutimu, tetapi apa yang terjadi, natijahnya seawal bangun tidur sehingga tidur semula, SEMUA cara hidup yang diambil ialah CARA YAHUDI.. Jelek dan hinanya kami ini..

Ampunkan kami Ya Rasulullah,

Ampunkan kami Ya Rasulullah,

Ampunkan kami Ya Rasulullah,

Tetapkanlah hati-hati ini di jalan sebenar perjuangan agamaMu Ya Allah..AMIN YA RABBAL A'LAMIN

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..
Rindu padamu tidak terbendung lagi Ya Rasulullah..

Anemia??.

Salam alaik..

Study week begitu menghambat seribu satu 'pulun'an usaha yg kononnya dianggap 100% boleh menjamin kejayaan(tak fikir ke Allah yang bagi kejayaan???). sampai nak update blog pun asyik tertangguh(sekali lagi, perlu ke update blog???)..

Seriously, SANGAT TENSION!!!!!!!!!!! Allah saja yang tahu.. aku pun tak tahu sejauh mana ke'tension'an aku.. tension-tension pun tadi sempat aku menjenguk rakyat jelata di KB.. pergi bersama Ruzex(nama manja bagi Ruzaini)..

Seminggu sudah berlalu study week yang dirasakan lama.. Beberapa hari lepas , niat nak release tension sambil Derma darah kat UPT HUSM, check Hemoglobin, tak cukup.. RENDAH~~ HOW COME??????? Staf kat UPT nasihat agar makan hati dan daging banyak sikit..( kau nak aku jadi bloated??) Punya lah banyak aku makan hati dan daging tapi still rendah Hb aku(recently la).. ini menunjukkan makhluk(hati dan daging) tiada kuasa untuk bagi manfaat atau mudharat.. Allah Yang Kuasa, makhluk tiada kuasa.. siapa makhluk??? Selain Allah, SEMUA makhluk!!!!!! tapi aku teruskan jua ikhtiar aku untuk menaikkan Hb aku dengan memakan Iron tablet(ferrous fumarate) yang begitu 'serious' adverse effectnya di tandas... hoho.paham2 saja lah..

LESAP

ini lagi satu hal.. sejak study week sebelum selanjar 3 lagi, aku perasan sesetengah member aku hilang entah ke mana?? LESAP!!! WITHOUT A TRACE.. batang hidung langsung tak nampak.. hai, pelik~~sehari dua sebelum exam aritu baru nampak.. sekarang ni study week untuk Pro2, ada lagi yang hilang terus sampai tak jumpa jasad..oopss.. maksud ak hilang di sini ialah LESAP TERUSSSSSSSSS~~~~~pergi bilik nak tanya khabar, tak ada orang.. wallahua'lam.. tak tahu mana lah dia bertapa untuk study.. Semoga mereka masih terus di bawah kasih sayang Allah Taa'la..

Tadi baru habis 3 block.. 9 blocks to go.. i must get back on track to finish the rests of them within time!! Doa banyak-banyak tanpa jemu agar Allah melapangkan masa untuk kita study dan untuk agama Allah.. Allah amat suka bila hambanya meminta-minta daripadanya.. SANGAT SUKA!! sesiapa yang tak suka berdoa atau berdoa ala kadar saja, maksudnya dia HAMBA yang sombong, bongkak dan takbur!! Nauzubillah~~~

Okay lah.. nak tidur sekejap lagi.. saja buang masa(teruk kan aku??) untuk tulis blog ni.. tapi ak baru je habis secawan Nescafe(yang dibeli sebelum yahudi serang palestin besar2an aritu).. so kena sambung study la yer..
Wassalam..

p/s: sekali lagi, aku tak ada gambar menarik untuk dipamerkan.. sorry!!