First round is over

Salam alaik,

Alhamdulillah hari ini sudah berlabuh tirai exam Selanjar 3 yang dihiasi dgn MCQ yang memerlukan kemahiran 'menembak' dengan tepat.. 4 hari exam dirasakan terlalu lama.. Study week yang seminggu itu dirasakan sangat memenatkan otak.. sehingga terpaksa "abstinence" daripada movie dan internet(memang tak dapat pun)..

Lama tak update blog(perlu ke update??).. internet pula sedang di'upgrade' kan menjadi tahap Apex.. berat badan meningkat entah berapa paun kerana tak berjoging dek kerana menghabiskan nota-nota yang setinggi Gunung Uhud.. segala puji bagi Allah kerana dapat menjalani exam dengan keadaan kesihatan fizikal dan mental dengan sempurna.. ada lah pening-pening sikit selepas paper OSCE yang sangat susah(aku sebenarnya yang tak tahu kerana tak study betul2).. segalanya WAJIB diserah pada Allah 100% dan 'penyerahan' ini patut dilakukan seawal sebelum masuk dewan exam lagi.. kita harus YAKIN dengan keyakinan yang MUTLAK bahawa bukan usaha kita yang menjamin kecemerlangan kita tetapi ALLAH jua lah yang BERKUASA melakukan segala-galanya mengikut apa yang Dia kehendaki.. Usaha itu cumalah IKHTIAR kita dalam meminta pertolongan Allah.. cuma IKHTIAR!!

Rasionalnya, berapa ramai manusia yang berusaha dan terus berusaha tetapi masih tidak berjaya?? jawapannya Allah masih tidak memilhya untuk berjaya.. MENGAPA?? Allah ada percaturan-Nya sendiri.. Dia memberi kejayaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi kegagalan kepada sesiapa yang Dia kehendaki..

Alhamdulillah first round sudah berlalu.. sedang menunggu untuk second round yang lebih 'dahsyat' dan 'menggerunkan' untuk dilalui.. 28 hari yang sungguh meletihkan bakal menggempur hidup pelajar-pelajar 3rd year di sini... semoga diberi kekuatan serta ketahanan dalam melalui ranjau kehidupan sebagai pelajar yang sangat 'manis' ini..

Wallahua'lam.. Ke arah Professional 2~~~~

p/s: sorry tak ada gambar nak letak.. orang kata kalau tak ada gambar nanti bosan pula baca..

Wassalam...

Malaysians "crazy"??

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri, Prof. Dr. Mohammad Hussain Habil.

Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, berdasarkan kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.

Beliau berkata, jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia yang akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Adalah penting, kata beliau, untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.

Penyakit ini, kata beliau, tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih kepada akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.

Mohammad menasihatkan para ibu bapa supaya mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja.

Katanya, para ibu bapa dan anggota keluarga lebih memahami kerana ia amat penting untuk pemulihan awal.

Beliau berkata, UMMC telah merawat ramai pesakit dan regim rawatan bukan hanya ubat-ubatan tetapi juga pemulihan daripada segi penempatan kerja dan latihan vokasional..

p/s: bersempena dengan aku yang hampir psychosis baca notes Psychiatric ni, aku tetap bersyukur kerana masih tidak masuk golongan Schizo(tak percaya?? tanya Prof Hasanah, lecturer psychiatric kesayangan aku) yang 270,000 itu... banyak tu...

Mangekyou Sharingan...

Sedang stress kepala ini berkemelut, terfikir pula nak masukkan benda ni.. Tahukah anda bahawa Mangekyou Sharingan dalam cerita naruto amat spesifik dan unik kepada pemiliknya.. nah perhatikan!!

this is Mangekyou Sharingan milik Uchiha Madara.. the worst of the worst.. no one can surpass it..


ini pula khas untuk Uchiha Itachi.. tapi Itachi dah mati.. tapi ini juga sangat dahsyat..


ini pula yang paling lemah antara yang lain, milik Kakashi.. limited power and time.

Cantik kan mata-mata ini?? Malangnya Sasuke punya amat buruk untuk ditayangkan..actually tak dapat cari..

Kerajaan 'katak'..

Aduhai kerajaan Perak~~

Sungguh tidak menentu kerajaan mu wahai Perak.. amat berani ADUN-ADUN mu menjadi 'katak' menyokong pembangkang di negerimu lalu memberi tuah dan kuasa untuk me'replace' kerajaan sedia ada..

Berfikirlah dua kali.. Analoginya, jika seorang lelaki yang masih belum berkahwin dan terlanjur(berzina), dan dia ditakdirkan berkahwin dengan orang yang dizinainya(wujud ke perkataan ini), maka rumah tangga itu pasti tidak akan aman.. si suami menyangka jika si isteri itu sudah berani berzina sebelum kahwin, tidak mustahil si isteri akan berzina selepas kahwin..

Wajah 'leader' kerajaan Perak yang baru..

Samalah situasi di Perak.. andaikata kerajaan baru di Perak terdiri daripada orang-orang(sebahagian kecil je) yang berani "berzina"(curang=lompat parti=jadi bebas or whatever) maka tidak mustahil 'katak-katak' itu akan melompat semula atau curang kepada kerajaan yang baru.. maka terciptalah perkataan "kerajaan katak"..

Wallahua'lam...

p/s: ingat ke dalam Naruto je ada kerajaan katak(Myobokuzan, tempat Jiraiya menuntut ilmu), rupa-rupanya dalam realiti pun ada...

Nak promote juga..

Salam alaik,

Berikut adalah program-program terbaru yang akan diadakan hujung minggu ini di USM..






p/s: saja promote benda ni.. orang lain promote dan letak dalam blog, tak kan aku tak letak..

Exam mood..

Beberapa hari kebelakangan ini, mood untuk update blog agak pudar dan lesu.. semua gara-gara angin dan badai peperiksaan telah mula melanda diri ini.. kerisauan serta anxiety level semakin membuak-membuak membuatkan diri ini menjadi stress dan letih..

Stress hormone particularly steroid yang semakin menggila cukup membuatkan diri ini terfikir sekali-sekala lalu bermonolog, "Patutkah aku quit daripada medical school??".. Haha, gelak kecilku menyusur sesudah berangan.. Another side of me pula berbisik, "Ek eleh, baru Profesional 2, dah rasa nak quit.. Masa kan banyak lagi.. Usaha la..Haihz"..

Lalu aku selalu berusaha untuk mendengar bisikan kedua itu.. Kuatkan azam, tingkatkan semagat, then mengadu pada Allah persis si anak kecil mengadu kepada ibunya tatkala dibuli si abang nakal.. Comfort zone harus dijauhi sejauh-jauhnya.. Bak kata Dr Adibah, "Get out from your comfort zone"..

Minggu klinikal yang baru diperkenalkan tahun ini kurasakan membuang masa pada suatu sudut, tetapi pada sudut yang lain, kurasakan amat berguna demi 'memory refreshment' yang sudah lama terluput dari ingatan dek kerana dosa-dosa kecil yang berterusan..

Petang-petangku tidak seindah dulu.. Riadah atau study.. only two options.. NO MOVIES,NO GAMES, AND NO SLEEP!!!!! hhmmm.. pengorbanan demi pengorbanan dituntut dalam mempersiap diri menghadapi exam paling dahsyat dalam kehidupan sebagai medical student, kononnya...

Ya Allah, kami ini tiada daya upaya Ya Allah.. kami lemah, sangat lemah, teramat lemah.. Bantulah kami Ya Allah.. berikan kekuatan kepada kami Ya Allah.. bukanlah usaha kami yang boleh menjamin kejayaan kami, tetapi hanya bantuan serta pertolonganMu itu sajalah yang mampu melakukan segalanya.. usaha ini cumalah usaha.. Berikanlah keberkatan dalam ilmu yang kami belajar ini Ya Allah.. Kau gerakkanlah hati-hati kami untuk membaca serta memberi penekanan kepada apakah yang bakal ditanya dalam peperiksaan nanti Ya Allah.. Kaulah yang Maha Membolak-balikkan hati kami Ya Allah.. Kurniakanlah Nur dalam ilmu ini Ya Allah.. Amin~~

Sedikit masa diwaktu petang dicuri untuk meluah secebis daripada aduan hati dalam blog ini.. Boleh ye wahai Waktu dan Masa..