Comelnya makhluk Allah ni,,,








Sahabat lama..

Dulu macam kembar, sekarang pun macam kembar.. friend of mine masa di sekolah menengah dulu..


Abrar Bahaman nama diberi.. Gah sungguh!!Macam nama Pahlawan Semantan

Biasiswa JPA..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah... biasiswa JPA yang ditunggu-tunggu telah pun menghinggap akaun Bank Islam kami..

Siswa/i di sini kebanyakannya menghitung hari menunggu kemasukan biasiswa masuk, tetapi apa yang diketemukan ialah kekecewaan.. Hatta semasa berkempen tentang Kempen Boikot Israel di USM ini, ada yang berkata,

'Memang kena boikot pun, JPA tak masuk lagi'

Tergelak saya dengar kata-kata ini.. ini menunjukkan ke'kronik'an akan kelewatan Biasiswa masuk.. Tapi pagi ini setelah sembahyang subuh, dapat tahu biasiswa telah masuk..
Alhamdulillah...

Hanya seminggu..

Hanya berbaki seminggu saja sessi pembelajaran bagi Tahun Tiga di USM sini. terasa bagaikan baru semalam menjejakkan kaki ke Tahun 3.. Masa yang Allah telah bersumpah ke atasnya sungguh cepat mengambil tempat..

Hanya tinggal lebih kurang sebulan lebih Exam besar akan menggila.. 

Bosan pula duduk di bilik lama-lama menghadap buku dan laptop.. Roommate ku ke Penang pergi membolot Emas dalam acara badminton.. InsyaAllah..

Pilihanraya..


Masuk hari ketiga sudah nampaknya calon Pro-Mahasiswa USMKK membalut kesemua kerusi Umum dan juga Kerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan(PPSP) di USM sini..hanya kerusi PPSK yang tidak dapat dibolot.. berbaloi juga usaha berkempen yang dilakukan demi menambahkan serta memperkuat suara mahasiswa di universiti Apex(or ??Apec) ini... 

Tahniah kepada semua yang berjaya.. Perjuangan baru saja bermula.. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dipimpinnya" 

Maka tanamlah dalam-dalam di benak peringatan ini agar kita tidak DITUNTUT hak oleh mereka yang dipimpin di hadapan Raja segala raja kelak..

Dan juga syabas kepada calon Pas Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang telah merampas semula kerusi parlimen kawasan itu.. Islam VS Melayu, sesungguhnya Islam pasti menang, kerana Islam lebih SYUMUL..

Dalam suka kita, harus juga tidak putus-putus doa yang dikirim untuk saudara kita di Palestin sana.. Kembalilah kepada ketulenan Islam bak kata Ustaz Hasrizal.. itu saja caranya untuk menginsafi takdir Allah yang menimpa mereka.. selain usaha-usaha lain seperti boikot, bantuan kewangan dan perubatan dan lain-lain..

Wassalam..


Siapa sebenar Yahudi??

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujukhttp://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran..

Dr Fadzilah Kamsah..


Salam alaik,

Semalam alhamdulillah motivasi nombor satu negara akhirnya telahpun bertemu 4 biji mata dengan saya dalam satu program motivasi sempena Minggu Penghayatan Islam di USM ku yang ku sayang.. Bergambar dengan beliau adalah suatu perkara yang tidak boleh dilepaskan since this event once in the blue moon.. Maybe saya orang yang ke berapa juta entah yang telah bergambar dengannya.. but sincerely, this is my first time.. asyik dengar di radio dan TV saja.. Let the pictures speak...


Intro saja sudah memukau.. bergerak sana sini sampai.. sangat aktif



Beza lelaki dan perempuan.. tapi tafsiran yang sebenar bukan yang kita biasa-biasa dengar..ada caranya..

Background pentas..



tak puas sekali.. kena dua kali snap..


wajah orang hebat.. bercahaya!!

escort Dr ke airport Pengkalan Chepa.. yang kiri sekali tu tukang angkat beg.. tak percaya?? tengok bawah..

kan betul?? tidak lebih dari pengangkut beg bertauliah...



Segala pujian hanya dipulangkan kepada Allah Azzawajalla.. Alhamdulillah diberikan peluang bersama Dr Fadzilah dalam satu majlis ilmu yang saya rasa amat berguna lebih-lebih lagi macam saya yang akan menghadapi Exam Profesional 2 bulan 3 nanti.. bukan sebarang exam, nama pun Profesional, then preparation pun kena profesional.. Ada kawan bertanya, "bagus ke?" merujuk kepada program ini.. saya jawab "it depends on how you make use of it"..

Datuk Dr Fadzilah Kamsah is totally superb and magnificent motivator.. awal-awal lagi dia sudah mengisytiharkan bahawa dia sekali-kali tidak akan dapat mengubah kita, tetapi dia hanya mampu memberi dorongan serta jalan untuk berubah.. ke arah yang lebih baik.. hanya kita yang dapat ubah diri kita.. banyak tips-tips yang diberikan.. insyaAllah dengan izin Allah, kirta dapat melihat hasilnya..

"Motivation Creates Motion"

Wassalam..

In-team in the making..

First year tampak baru hendak testing power..

Second year tampil dgn gaya ala-ala winter sonata.. Saya sokong Solehin..


Fourth year memang hebat.. seperti biasa Piji sebagai vokalis pujaan..

Tahun ni PPSK membariskan vokal-vokal yang mantap seperti tahun-tahun sebelum ni..


Walaupun diri ini tidak minat nasyid sangat, tapi tetap turun memberikan sokongan.. Gambar batch sendiri terlupa nak ambil.. How come???

Bercampur-baur..

Stress..

Tension..

Penat..

Pening kepala..

Sakit hati..

Risau..

Sedih..

Geram..

Dan macam-macam lagi.. semua ini melandaku 2-3 hari kebelakangan ini.. Mungkin sebab exam yang makin hampir, masalah dalaman, Ke'anjingan" Zionis dan Amerika, masalah kesihatan serta punca-punca yang tidak diketahui(unknown)..

Ya Allah Bantulah Aku Ya Allah...

Kursus Kahwin..

Salam alaik,

Sabtu lepas telah pun berakhir kursus praperkahwinan Islam.. Lama sungguh kursusnya(sebenarnya 2 hari), terasa bosan dan membuang masa mendengar benda-benda yang terlalu basic.. itu anggapan saya.. tapi kita kena ingat bahawa manusia ini bermacam-macam ragam.. Jangan terperanjat tatkala Tok Kadhi bertanya berapakah rukun Islam dan ada jawapan yang melalut-lalut..

Tujuan saya sertai Kursus ini bukanlah kerana saya ingin berkahwin dalam masa terdekat ini.. malah ada yang bertanya, "Dah ada calon ke??".. Huh!! Mengarut!! Tujuan saya hanyalah ingin mendapat pendedahan awal serta ingin mengambil kesempatan di atas kemurahan yuran kursus untuk pelajar universiti.. Kalau di luar sana, yurannya sudah pasti lebih mahal..

Apa yang saya dapati bahawa perkahwinan ini bukan lah suatu perkara mudah.. Gerbang ke perkahwinan itu sendiri sudah banyak pantang-larangnya, apatah lagi jika sudah bergelar Amir dalam keluarga..

Bak kata Ustaz Hasrizal, jika ujian nafsu itu sendiri tidak dapat ditahan dan menjadi sebab kepada kahwin awal, makan segala ujian dan permasalahan dalam berkeluarga jauh lebih besar serta payah untuk ditempuh..

Banyak benda yang perlu dipelajari serta dipahat padu dalam benak demi memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat.. Hukum-hakam dalam berkeluarga juga terlalu luas diskusinya.. Baiti Jannati adalah matlamat setiap keluarga Islam. Tidak semudah nama..

Buku hadiah cabutan bertuah... InsyaAllah berguna..

Wassalam..

Mourning..

Salam alaik,

For the last several days, the sadness had really overwhelmed me and also entire Muslim World.. tak lain tak bukan kerana Zionis La'natullahi A'laih bertukar menjadi "Babi Jadian" yang menggondol segala apa yang berada di depan mata.. Why 'Babi'?? Kerana babi memang 'akhlaknya' begitu iaitu melanggar serta merosakkan segala apa yang berada di laluannya.. My blogging desire also going down due to unimaginable cruelty done to our Family di Palestin sana..

Then my imagination comes.. well, i'm a true and genuine imaginator.. I'm thinking alangkah bagusnya if had superpowers macam superhuman-superhuman di TV tu.. Pinjam sut Iron Man, then pergi Gaza sana, then tembak kepala anjing-anjing Zionis ini.. kereta-kereta kebal habis dibom dengan missile atomic Iron Man..

Kalau tak pun, jadilah macam Goku atau mana-mana Super Saiya ke, pergi 'fire' seekor demi seekor "Babi Jadian" di Gaza sana.. masa zaman budak-budak , benda-benda sebegini kan popular?? kalau tak pun, jadi macam Vendetta pun OK.. menyelinap masuk kem-kem askar anjing-anjing ni, then bunuh seorang demi seorang secara rahsia dan KEJAM!!!! sebagaimana mereka membunuh anak-anak kecil di Gaza sana..

Well!! itu semua imaginasi saja.. mengimbas kenangan masa kecil dulu.. Sekarang apa yang kita boleh buat hanya berdoa untuk mereka dalam SETIAP kali solat kita..ingat!! SETIAP KALI SOLAT!!!.. sebagai umat yang terbaik, kita harus belajar dari kesilapan dan memuhasabah diri kita agar tidak diuji seberat begitu.. pemimpin-pemimpin harus menggunakan otak dalam memimpin serta mendaulahkan negara yang diisytihar sebagai Negara Islam in.. pabila Islam tidak didaulahkan, maka jadilah seribu satu macam ancaman..

Ancaman dan perang di Malaysia ini berbeza dengan Palestin sana.. kita diuji dengan kehancuran umat sejagat dek kerana hukum-hakam Islam yang tidak dijaga dengan baik.. ya, tiada pertumpahan darah, tetapi kesannya kepada mentaliti serta persepi rakyat terhadap peristiwa-peristiwa di Negara Islam yang lain AMAT BURUK!!!! SANGAT BURUK!!!

tidak usahlah nak ulas panjang-panjang.. tak ada ilmu pun.. ubahlah diri kita dahulu untuk membantu sahabat-sahabat kita di Palestin sana.. dan janagn lupa berdoa untuk mereka..

"Ad-Dua Silahul Muslimin"....

Tak Akan Redha Selama-lamanya..

Ya Allah selamatkanlah sahabat-sahabat kami di Palestin Ya Allah.. Sebiji roket dibalas ribuan bom dan peluru berpandu tidak bermata Ya Allah.. Anak-anak kecil yang bakal memimpin dunia satu hari nanti telah dirobek-robek nyawanya serta dicacat-cacatkan anjing Zionis Ya Allah.. Si penghayun buaian turut mengangkat senjata Ya Allah, mempertahankan Bumi suci Ya Allah. Memang benarlah apa yang telah Kau firmankan,

"Tidak akan redha(selama-lamanya) orang-orang Yahudi(Zionis) dan Nasrani(Kristian) terhadap kamu (orang-orang Islam) SEHINGGALAH kamu mengikut jejak langkah mereka yakni agama mereka"...

apakah salah si anak kecil sehingga ter'bungkus' sedemikian rupa..


Satukanlah hati-hati kami Ya Allah, betulkanlah saf-saf kami, kurniakan mereka yakni mujahid-mujahid di Jalan-Mu kekuatan-kekuatan luarbiasa MEMPERTAHAN kesucian Ad-Din, tunjukilah kepada kami apa-apa yang silap pada kami agar kami tidak diuji seberat itu Ya Allah..


Kekejaman Anjing Zionis tidak mengenal erti nyawa hatta haiwan sekalipun..

Hancurkanlah Zionis serta "Sallit A'laihim Kalban Min Kilaabik" Ya Allah.. Halalkanlah darah mereka sebagaimana mereka menghalalkan darah orang-orang Islam di sana Ya Allah... Kurniakanlah kemenangan bersyarat kepada pejuang-pejuang Islam...

Amin Ya Rabbal A'lamin...