Gambar saja2...

sister baru 6S


miss universe tgh belajar medic..


hanis harlidazzzzzzzz...


do u see yasmin right there????


whatever la dharishini...


rutin harian...


OBK in da house.. ehe eh ward la..


stuff nurse 6S yg sgt sporting dan cool..



alahai kak sol...


tersesat la gambaq nie.. dah delete tp x jadi.. sorry..


satu group naik lift.. mcm tin sardin jerk.. dou you see mama back there??


briefing oleh sister...


sean!!!!! x leh terima....

Rindu..

Di kala alam yg senantiasa patuh pada sunnah Penciptanya,
di kala hujan yg tidak berhenti2 turun dengan izin Tuannya,
di kala matahari gergasi yg kadangkala dilarang drpd muncul di depan mata manusia,
di kala embun pagi yg tidak jemu membasahi daun2 yg berzikir,

hatiku sayu.. tetiba je terkenang dan rindu pada beberapa manusia yg wujud dlm fasa hidupku yg lepas..

rasa teringin sgt nak jumpa..

kawan2 sekolah rendah.. entah nama pun x ingat
kawan2 sekolah menengah.. Abrar, Indrizal, Hasif, Fattah, Faimee, dan lain2
kawan2 matriks.. Napis chiko, najib norazmi, zamri sulong dan lain2..
family angkat CFCS.. yg baru ku tahu tentang pemergian ayah angkat dek kerana heart attack..Alfatihah~~

tambah pula dgn kesepian tanpa budak2 kat bilik sebelah yg balik bercuti..

hhhhmmmmmmmm..................... :(


p/s: x sabar nak tggu mak dtg cni 14hb nie...

No Title

TERLALU BERSAWANG

Salam alaik semua.. Alhamdulillah Allah masih bagi aku nafas untuk terus hidup sehingga sekarang.. bkn setakat bernafas, malah utk terus melaksanakan tujuan sebenar aku dihantar ke muka bumi melalui rahim ibuku.. Born to be Dai'e is the best word..

Its been a long time i didn't blogging since september rasanya.. entah la, malas semacam bila nak menaip. idea ada tp rasa mcm ada satu faktor yg menyebabkan aku terus STOP.. sampai dah bersawang sgt2 blog ni kan.. mesti bosan blogger2 yg meletakkan blog aku di link mereka sebab everyday blog aku di bawah sekali dlm carta updated blog.. tak pe, pas ni mesti link aku atas sekali..insyaAllah.. masa aku tgh tulis ni, family aku tgh tgk Nur Kasih grand finale sambil dikacau anak buah aku yg sentiasa memanjat2 meja laptop nie dan mencuba mengacau laptop aku.. aku tak layan cerita2 sedih yg meruntun jiwa, lebih2 lagi cerita MeLAYU..


Syazani yg semakin girang


TERLALU BUSY

that's normal for all medical students.. stress is our daily meal. naik 4th year mmg sgt busy dan penat.. itu baru aku yg x pegang jawatan2 penting dan besar seperti beberapa member2 ku, mst mereka jauh lebih stress brbanding aku.. many things to do also a factor yg menghalang aku aktif berblog.. everyday is like a war, competing and learning to be a doctor.. a good one.. more important target is a Muslim doctor.. ooppss sensitive perkataan 'good doctor' nie.. aku x layak berbicara tentangnya.. ok lah..tutup cerita..

Batrisyia yg semakin gurlish..

SEIMBANG DUNIA AKHIRAT

kalau 50% dunia dan 50% akhirat x jadi,, TAK KAN JADI.. kena beratkan akhirat.. baru selamat.. kerana dunia terlalu bahaya utk dapat sama prioriti dgn pesaingnya, iaitu akhirat.. ada satu hadis bermaksud lebih krg, kalau kita utamakan akhirat, dunia kita dpt, akhirat pun kita dpt.. kalau utamakan dunia, dunia dpt, akhirat melepas..rugi!! sgt rugi!! rugi tahap celaka!! celaka selama-lamanya!!

menyentuh hal ini, aku sgt terkilan dgn trend usmkk ku yg tersyg nie.. makin senior, makin jauh dgn surau@masjid.. reason?? busy tadi laa.. kedahsyatan ke'busy'an utk jadi doctor, maka Allah jadi tempat sekadar sempat jer.. berapa kerat jer yg dianggap senior yg dpt jaga solat jemaah 5 waktu.. masa aku junior dulu pun aku pelik kenapa lah x ramai senior yg solat jemaah full, tp bila dah berada ditempat mereka, baru ku tau tntang bahana busy tadi.. hanya org yg betul2 diberi kekuatan saja dpt melawan bahana td.. sedih sgt2.. masing2 paham la yer.. aku pun bukannya lebih baik drpd mana2 org.. mungkin dakwah x cukup kuat kot.. maafkanku Ya Allah.. lg 1 aku rasa profession doctor la yg PALING menuntut hubungan akrab dgn Allah coz it deals with life and death.. pikir sendiri laa..

Sya'rawi yg semakin pamdai melawan kata..


BERAT BADAN

ini lg 1 hal yg aku sgt risau recently.. mana taknya, seminggu nak joging sekali pun susah nak istiqomah.. teruk2.. dah la adipocytes aku dah x leh reduce in number.. nafsu mkn pun makin lama makin berselera.. physical acitivity makin teruk.. bak kata prof siti, berapa ramai la doktor yg betul2 amalkan diet yg betul.. jd doktor ckp x serupa bikin lagi teruk.. KABURO MAQTAN 'INDALLAHI AN TAQUULUU MAA LAA TAFA'LUUN.. nauzubillah~~

Muka dia mcm salah seorang Prof. aku.. department x nak bgtau..


POLITIK

aku malas nak ulas tp nak comment jgak.. dua2 pihak nmpak cam sgt x stabil.. mcm2 krisis.. dah lah dua2 bermasalah, pahtu masing2 cari salah pihak lawan pulak.. x habis2.. naik BOSANNNN TAU!! tiap2 hari baca fitnah dan berita palsu.. x tau nak percaya mana 1, last2 aku decide x nak baca berita politik coz nak elakkan dr menyebarkan fitnah celaka.. tu la, Nabi ajar lain, lain pulak yg kau buat.. buat undang2 sendiri.. prinsip Nabi ialah lawan jadi kawan, yg KAFIR masuk ISLAM.. la ni, yg LAWAN TETAP LAWAN, yg KAFIR TERUS KAFIR.. apa benda la dlm kepala otak diorang.. yg kafir sedikit pun x terdetik nak try Islam.. coz mereka lihat dlm Islam itu sendiri bermasalah.. aarrrgghhh mcm2 la.. aku dah meluat sgt2 dgn sesetengah politikus.. ini pendapat aku.. jgn comment.. sesapa comment aku terus delete!! xde masa nak reply dan berbalah kosong..


pandang pok teh semua!!

HARI RAYA

ok la,, ni je kot idea setakat ni utk menulis.. esok nak sembelih lembu coz td x sembelih langsung.. mengganggu jumaat reason nya.. aku setuju sgt.. masa tahun2 lepas,ada sesetengah yg x paham buat dek je tetak2 tulang and lapah daging tatkala imam mula berkhutbah.. tu la, masa muda2 dulu x selalu dok masjid, dah tua benda simple pun x leh pikir.. dah tua baru nak dok masjid, pastu nak betolkan saf pun x reti.. boleh selit anak kambing jarak dgn jemaah sebelah..pedas x??

Selamat Hari Raya Aidiladha.. cari la kisah pengorbanan Ibrahim A.S. yg detail punya.. apa bukti cinta dia kepada Allah.. mcm mana baginda buktikan kata2nya dgn pengorbanan baginda yg terlalu luar biasa..


p/s: td solat jumaat dgn Ali Rustam, siap salam dgn dia lagi.. bangga!!

How 'suci' are they...




Dah 5 mnggu posting O&G.. selepas ni raya and lepas raya EXAM!!! sibuk yg amat sampai bersawang dah blog nie..

Sebanyak lima baby yg perlu disambut as requirement posting ini.. below are some pictures baby2 yg cute-mute yg aku ambik gambar nya..

JANGAN TANYA AKU SAMADA AKU DAH MINTA KEBENARAN MAK BABY2 NI ATAU BELUM!!!!!!!!!!! HAIHZZZ~~RINGAN JE TGN AKU NI..

NI LAH BABY2 YG "CUTE-MUTE" ITU..












Eminence...

Pelajar terbaik semua lapangan


GEORGETOWN: Kehidupan keluarga yang serba kekurangan tidak pernah mematahkan semangat pelajar cemerlang Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Shahir Saleh, 22, untuk menggenggam segulung ijazah.

Malah, dorongan bapanya, Saleh Adam, 48, yang hanya bekerja sebagai buruh binaan, membantu Ahmad Shahir dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia (Pingat Jaya Cemerlang)


Ahmad Shahir muncul pelajar terbaik dalam semua lapangan, menerima anugerah itu pada upacara Konvokesyen Ke-40 USM, berlangsung hari ini sehingga 16 Ogos ini.

Pelajar Pusat Pengajian Sains Fizik dalam jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan (Geofizik) itu dipilih sebagai penerima pingat selepas berjaya merangkul Anugerah Dekan bagi setiap semester sepanjang tempoh pengajiannya di USM.

Ahmad Shahir berkata, berikutan kejayaan dalam bidang akademik, dia ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di USM, tanpa perlu melalui peringkat Sarjana.

Bagaimanapun, katanya, hasrat untuk meneruskan pengajian terpaksa ditangguhkan buat sementara berikutan dia perlu bekerja bagi membantu menampung kehidupan keluarganya.

“Saya bertuah kerana sebaik tamat belajar, saya ditawarkan bekerja dengan Petronas CariGali Sdn Bhd sebagai Geo Saintis dan berhasrat mengumpul wang bagi membantu keluarga sebelum menyambung semula pengajian.

“Ini kerana saya anak sulung daripada empat beradik dan dua lagi adik masih bersekolah sedangkan ibu dan ayah bukan orang senang,” katanya pada sidang media khas memperkenal graduan terbaik Konvokesyen ke-40 USM, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM, Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

Selain Ahmad Shahir, turut menerima anugerah khas itu adalah pelajar Pusat Pengajian Sains Pergigian, Yeoh Boon Wah, 25, yang juga dianugerahkan Pingat Emas Canselor USM.

Yeoh yang kini berkhidmat sebagai pegawai pergigian di Kangar, Perlis, berkata dia berjaya menyusun jadual dengan menjadikan konsep ‘meringkaskan perkara rumit’ sebagai mantra hidupnya.

Katanya, dengan cara berkenaan, dia mempunyai banyak masa untuk bidang akademik dan kegiatan kokurikulum.

“Pelajar tidak sepatutnya hanya beri tumpuan pada akademik hingga mengabaikan aktiviti riadah kerana ia penting dalam mencergaskan minda dan membantu mereka supaya bijak menguruskan masa,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, turut diumumkan adalah penerima Pingat Emas Naib Canselor, Muhammad Syukri Ibrahim dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan penerima Hadiah Buku Harvard, Fatin Nur Jannah Sahar, dari Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Pada majlis Konvokesyen ke-40 USM, seramai 6,443 graduan akan menerima ijazah masing-masing yang akan disampaikan Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jalalullail.

sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090812074156/Article/index_html
--------------------------------------------------------------------------------

Sangat bertuah kerana Ahmad Shahir itu ialah bekas rakan sekolah menengah dulu daripada Form 1-5.. he's got really excellent 'premorbid' condition actually.. and dia telah teruskan kegemilangannya sehingga ke peringkat yang tinggi.. sangat tinggi berbanding aku yang entah jauh ketinggalan ke belakang... it's okay.. hidup mesti diteruskan... TAHNIAH SHAHIR!!!


Johr Student USMKK

Seperti yg di atas, semua dijemput hadir ye.. Apa yang akan berlaku ialah doktor2, orang awam serta ustaz-ustaz akan datang sekali untuk meraikan student.. mereka akan memberi Targhib(galakan) untuk student dan yang paling penting mereka akan menerangkan bagaimana nak berdakwah dan study dalam skop seorang pelajar seperti yang disyorkan oleh Ulama'-Ulama'.. Masa student lah patut mula belajar usaha2 dakwah kerana bila dah kerja nanti macam2 komitmen lain yang menjadi penghalang untuk kita berkhidmat untuk agama...

Lagi satu student luar negara juga akan datang sekali InsyaAllah.. boleh kongsi pendapat dlm berdakwah dan study dlm masa yang sama...

Jamuan disediakan!!

p/s: Allah sebaik-baik Perancang.. Kalau Dia berkehendakkan sesuatu, maka tiada sesiapa yg mampu menghalang.. no choice!!! PASTI jadi!!!

Benar tetapi diam...

Rasulullah bersabda:

"Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar , aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tengah syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau , dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" (HR Abu Dawud )


Ya Allah, masukkan lah kami ke dalam Syurga-Mu...


Doa Ijtima'....

Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah
Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu (3x)
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa
Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu (3X)
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami
Ameeen Ya Rabbal Alameeen

Poem 'dakwah'...









*gambar semua amik guna hp because cameras are strictly prohibited actually*



Orang Tabligh...
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!


Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.

Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

copy paste from : http://www.mesra.net

I love u..

Selamat Hari Lahir Wahai Ibu ku...



Ya Allah kekalkan kasih sayang kami sampai ke syurga.. Dan janganlah Kau biarkan kami cintakan sesuatu yang melebihi daripada cinta kepada Mu, Rasul Mu dan jihad di jalan Mu...

Latest pictures...

Salam alaik,

Sibuk-sibuk umat beriman yg lain berkorban masa dan harta demi menggembar-gemburkan tentang Ijtima' Malaysia bulan 7 nie, ak boleh lagi berblog sekejap..apa nak jadi dgn aku ni Ya Allah.. lemahnya iman aku Ya Allah..

Lagi 2 hari nak balik Kelantan.. sekejap je kan cuti ni.. rasa tak puas.. walaupun ak tak pergi bercuti-cuti Malaysia dan berhibur seperti yang lain, tapi aku tetap 'seronok' dalam cuti ini.. Ya Allah kekalkan aku dalam 'keseronokan' ini...

First of all, aku minta maaf kepada rakan-rakanku yang ber'walimah' sepanjang cuti ni yg mana aku tak dapat menghadirinya..

Minta maaf Sedi..
Minta maaf Syazwan dan Sal..

Akan ku utus salam kemaaafan secara rasmi di atas hak saudara yang ada pada saya yang tak dapat saya tunaikan.. dengan harapan anda tidak menuntut nya di Hari Tuntutan(nama lain bg Hari Kiamat)

Purpose entry kali ini ialah nak letak gambar terbaru anak-anak buah aku yang menjadi penghibur hati neneknya(mak aku).. dengan tambahnya seorang lagi anak buah lelaki, maka cukup 3 setakat ini..



Saja aku bariskan 3 orang nie...


Yang ni Sya'rawi, yang sulung.. Bercakap mcm orang tua.. 3 tahun 9 bulan..


Yang ni Batrisyia Nadirah, nombor 2... memang perempuan betol, marah ckit menangis macam kena pukul teruk.. 1 tahun 6 bulan..


Yang ni Syazani, latest sekali keluar ke dunia.. kuat meradang, susu lewat ckit je dah melaung sampai bergegar tiang rumah... 3 bulan



Sesungguhnya tiap2 anak Adam yang lahir ke dunia sudah ditentukan ketetapan baginya 5 perkara; Rezeki, Untung, Rugi, Jodoh dan Kematian...

Ada firman Allah yang lebih kurang berbunyi "Wahai orang2 beriman, jagalah DIRI KAMU dan AHLI KELUARGA KAMU daripada API NERAKA:.. Pertama, jaga diri kita dan kedua, ahli keluarga kita..

So kita semua kena jaga keluarga masing2.. bukan tanggugjawab ayah kita seorang je.. KITA SEMUA! lebih2 lagi seorang lelaki..

Akhirat nanti ada 4 golongan wanita yang akan tuntut hak mereka daripada seorang lelaki: Ibunya, isterinya, adik perempuannya dan kakaknya.. so tunaikan hak mereka.. jika mereka lalai dari perintah Allah, bagi nasihat dengan hikmah..

Sikit-sikit je eh kata-kata daripada aku yang lemah nie.. ak tau nasihat macam ni x berguna untuk umat kerana umat yang lebih memerlukan nasihat2 baik ni tak akan membaca nasihat2(kononnya) yang terdapat dlam dunia maya yang beratus2 juta bilangannya.. coz benda ini memang tak akan sampai pada mereka SELAGI kita tak berjumpa mereka face to face...

Itu sebabnya Para Anbiya' a.s disuruh jumpa manusia dan BERCAKAP dengan mereka face to face..kerana itulah tertibnya yang Allah paling suka... satu perkara saja yang diperlukan: PENGORBANAN.....

Dah lah.. panjang pulak melalut... umat kat luar sana menderita, aku kat sini boleh duduk berblog atas kerusi yang empuk di bawah kipas yang laju dan dibuai angin sepoi2 bahasa yang melalaikan.. macam mana umat Islam nak maju, aku sendiri tidak berkorban.. Ada orang beragama lain berkata lebih kurang" Mcm mana kami mahu memeluk Islam sedangkan orang Islam sendiri masih tidak dapat amalkan agama mereka secara total".. fikir-fikirkan.. kita sendiri menjadi penyebab kepada kekalnya mereka di dalam kekufuran mereka.. KITA SENDIRI!!!

Ya Allah ampunilah aku dan semua umat Muhammad S.A.W. sampai Hari Kiamat...

Wassalam...

Member kahwin..

Salam alaik,

Walaupun dalam edisi meng'update', tapi aku asingkan agar nampak kemas.. perlu ke??
Semalam seorang member aku masa sekolah menengah dulu telah pun melengkapkan separuh daripada agama dengan melangsungkan perkahwinan di Dewan Bistari MITC.. punya lah besar dewan tu tapi Allah Maha Besar... aku tak sangka budak ni dah kahwin dah.. so dalam Islam masa untuk enjoy percintaan adalah selepas berkahwin.. faham???

Pendek cerita, aku dengan dua orang lagi member telah berkonvoi(layakkah??) ke MITC dan sebelum tu kami ke rumah seorang member di Bukit Katil yang juga bekas sekolah menengah. abang dia melangsungkan perkahwinan.. nak tau siapa bini abang dia??

Abang dia kahwin dengan Nasreen Ngasri@Darling Ngasri.. semalam seluruh kerajaan Ngasri ada kat depan mata aku.. semua muka-muka popular kat dalam TV tue.. macam mana la abang dia boleh dapat Darling tu?? Allah yang menentukan..

kedua dari kiri tu bukan pengantin.. tapi adik pengantin a.k.a member sekolah menengah.. tengah2 tu Cikgu Norhaini, cikgu Math aku yang paling aku sayang selepas Cikgu Salmah.. ooppss ada yang mengamuk nanti...

selepas zohor kami menuju ke MITC.. setibanya di sana kami dapati TYT(Tuan Yang Terutama) Melaka pun hadir ke majlis perkahwinan member aku sorang ni.. Ali Rustam, Ketua Menteri aku yang aku sayang pun turut hadir.. wah dahsyatnya!! rupa2nya ayah member aku ni memang berjawatan khas terus kepada TYT Melaka.. (TYT adalah setaraf dengan Sultan bagi negeri2 yang Sultan dia dah lari@ tiada sultan)

Actually aku dengan pengantin lelaki sama putih tapi pengantin sudah disolek, maka ak tewas sedikit..


Raja sehari..


Selamat pengantin baru!!


Semoga Allah merahmati pasangan ini.. AMIN!!

p/s: sedang menunggu sorang lagi member aku kahwin hujung bulan 6 nie...


Sekadar meng'update'

Salam alaik,

Actually malas sangat nak menaip waktu-waktu cuti macam ni.. tapi disebabkan seorang member telah bertanya "bila nak update blog??" maka aku dengan berat tulangnya mengerakkan jari-jemari aku untuk update blog yang aku tak boleh bawa jumpa Allah kelak...

Sibuk semacam bila duduk rumah.. macam-macam hal.. tapi Alhamdulillah aku disibukkan oleh Allah dengan perkara-perkara yang aku rasa aku boleh bawa jumpa Allah nanti.. InsyaAllah..

Sekarang pukul 12.03 pm.. Azan Zohor 1.13 pm.. so aku ada masa lebih kurang satu jam saja untuk menghadap laptop ni.. sejak cuti 9/5 dulu macam-macam aku alami.. yang baik, yang buruk, yang brfaedah, yang sia-sia, yang untuk dunia, untuk akhirat dan macam2 lagi lah.. so ak tak ada apa nak tulis so ak letak gambar je lah..

Ni gambar budak-budak yang belum baligh kat Sarawak sana...



Budak ni mulut petah tapi baik..


senyum ke sengih ni??


3 budak Sarawak yang rajin datang ke masjid.. bagus2..


Budak-budak baik..


no comment


Anak Ustaz nie..

Ok lah .. sekian saja update daripada aku ye..

p/s: kepada yang menanya aku bila nak update, ni hadia daripada aku ye..

Selamat Bercuti..

Salam alaik,

Seminggu berelektif sungguh memenatkan tetapi berbaloi kerana dapat bekerja sambil bercuti bak "Cuti-cuti Malaysia" .. Lokasinya adalah Pulau Tuba dan Pulau Langkawi.. 3 hari di Pulau Tuba dan 3 hari di Pulau Langkawi... ini sekadar update blog yang dah lama tak buka kerana elective sake..

Pagi tadi baru sampai rumah yang tercinta setelah seharian dalam bas Transnasional(memang dah tak ada bas lain).. bayangkan semalam dari Kuala Perlis ke KB selama 9 jam dan malamnya pula dari KB ke Melaka selama 10 jam!!! 19 jam berada di atas bas bukan sesuatu yang mudah ye lebih-lebih lagi kepada orang yang tak biasa naik bas(kerana selalu naik flight).. dengan 2 luggage yang besar serta comforter yang gedabak dari Langkawi khasnya serta satu beg sandang begitu mencabar untuk ditempuhi... tapi Allah memudahkan segalanya.. ALHAMDULILLAH!!

Maaf ye kali ini tak ada gambar yang nak di'upload; lagi kerana masih tidak lengkap lagi.. kena kumpul semua dulu baru boleh upload gambar2 percutian di Langkawi.. eh eh, elektif, bukan percutian..

Di kesempatan ini masih tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat bercuti kepada semua budak batch aku yang masing-masing berehat di rumah setelah berhempas-pulas dalam Profesioanal 2 dulu.. masih tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya naik ke tahun 4 dan kepada yang kurang berjaya, itu semua takdir Allah.. terima dengan sabar, insyaAllah Allah bersama-sama kamu.. when Allah be with u, there's nothing u can't face..be strong my friend !! Allah knows that u can face it because he knows your limit...

Kepada yang masih belum berelektif, selamat berelektif dan selamat merancang sebaik-baiknya lebih-lebih lagi yang berniat hendak ke luar negara nanti..

Jaga diri baik-baik dan jaga iman dan amal!!! kalau boleh teruskan amalan-amalan yang dah dibuat sebelum exam dulu.. kerana Istiqamah adalah salah satu syarat mencapai Ikhlas..

Wallahua'lam..


Sebagai ta'aruuf, kami bergambar dengan Prof OM masa check in kat airport Pengkalan Chepa...


p/s:kalau ada umur lagi, kita jumpa lagi InsyaAllah!! Amin~~

Dirgahayu Tuanku..

Salam alaik,

Beberapa hari lepas telah berlalunya Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang juga telah jatuh pada hari-hari aku menduduki Profesional Exam 2.. namun, kemeriahan lampu gilang gemilang tak mungkin dilepaskan lebih-lebih lagi kalau 'kerabat' diraja sendiri yang ajak nak pergi tengok... (faham-faham saja).. So aku dan study group aku yang diketuai oleh Gani Patail telah sempat membuang masa dan tenaga untuk pergi melihat sendiri kemeriahan lampu-lampu elektronik yang dipasang sekitar Kota Bharu seperti tahun-tahun sebelum ini...


pintu masuk ke Istana Sultan.. makhluk2!!


aku tak sangka wefox buat gaya macam tu.. di bawah juntaian lampu 'biru'


posing di meriam sultan...


setelah semua dihalaunya, still ada manusia yang berani berdiri sebelah ghani...



Inilah pokok yang didakwa Ghani bahwa ia pokok yang tidak menggunakan Kuasa Tuhan... Astaghfirullah...