Selamat Menyambut Tahun Baru..

Tahun Baru Islam..

Azam Baru...

Keyakinan Baru...

Iman Baru( diperbaharui)...

Usaha baru( pursuing profesional exam)...

MPI Baru..

Semoga tercapai segala-galanya.. SALAM MA'AL HIJRAH KE 1430 H..

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 juga (2 hari lagi kalau ikut kalendar kafir)...

Wassalam..

Rahsia-rahsia Allah..

"Nah, terima lah hadiah ini. Bukannya apa pun hadiah ni.. Ikhlas ni, ambil lah", kata seorang dermawan kepada kawannya.. Si kawan pun mengambil hadiah kawannya yang ikhlas itu.. Dia begitu bersyukur kerana mendapat hadiah itu..

Sekilas kita baca dialog di atas, nampak seperti sempurna dan 'harmoni' saja bibit-bibitnya.. Tapi cuba baca kali kedua, mungkin anda dapat mengesan di mana ke'tidakharmoni'nya.. Betulkah 100% si dermawan itu ikhlas memberi hadiah? Adakah ikhlas sebegitu dipandang oleh Allah..

Dalam satu hadis Qudsi , Allah mengatakan ,

"Ikhlas itu adalah salah satu RAHSIA di antara RAHSIA-RAHSIAKU.. Dan Aku campakkan ikhlas itu ke dalam hati orang-orang yang Aku kasih"

Masakan kita sebagai manusia biasa dapat menzahirkan ikhlas itu sedangkan ikhlas itu sendiri adalah RAHSIA Allah.. Rahsia Allah hanya Allah yang tahu dan dengan apa cara sekalipun kita pasti tidak akan tahu samada orang itu ikhlas atau diri kita ikhlas.. Pada zaman Nabi Muhammad SAW,bilamana tajuk ikhlas ini dibicarakan oleh baginda dalam majlis-majlis ilmu, maka ada di antara sahabat yang menangis teresak-esak mengenangkan keikhlasan masing-masing lebih-lebih lagi dalam beribadah..

Apa itu ikhlas?? pada bahasanya bererti melakukan sesuatu amal tanpa mengharapkan balasan serta habuan dan semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya.. tapi pada hakikatnya, ikhlas itu mudah saja.. Harap pada Kasih Allah..Maka dengan keluhuran dan kasihnya baginda terhadap umatnya, baginda menyarankan untuk mendapatkan keihlasan, maka ikutilah serta contohilah segala cara Nabi.

Surah Al-Imran ayat 31 yang bermaksud:

Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Maka tidak ada satu cara yang lain pun selain mengikuti serta mencontohi segala panduan yang Nabi turunkan untuk ummat yang dikasihinya... Itu saja caranya untuk dapatkan Kasih Allah..

How we can be so sure?? Maka Allah amat suka kepada dua perbauatan ini iaitu setiap kali selepas melakukan apa-apa amalan, maka berHARAPlah Allah menerimanya serta TAKUTlah Allah menolaknya dek kerana keikhlasan yang tidak berputik.. Sekian..

Wallahua'lam..

Wassalam..

Tuhan..

Seorang bekas imam@ustaz bertanya, apa itu Tuan?? Tuan itu ialah tuan atau empunya kepada seseorang atau sesuatu, jawab seorang pelajar.. Siapa Tuan kita?? Tuan kita ialah Allah.. Ya, Tuan kita ialah Allah.. Ustaz itu bertanya setiap seorang daripada pelajar itu.. maka semua menjawab Tuan kita ialah Allah..

"Baiklah, sebulat suara mengatakan Tuan kita ialah Allah.. Siapa itu Allah?? dia bertanya lagi.. maka bermacam2 jawapan yang keluar.. tetapi ustaz hanya mengatakan jawapan yang diberikan tidak menyeluruh serta tidak menerangkan kedudukan sebenar Allah..

"Tuan kita ialah Allah.. Semua setuju kan?? TETAPI Allah bukan saja Tuan kita.. BAHKAN Allah itu Tuan SEMESTA ALAM.. Ya, semesta alam.. segala apa yang bermastautin di bumi dan di langit serta semua alam cakerawala berTuankan Allah.. Dia adalah Tuan kepada segala-segalanya", terang ustaz itu..

"Dan Tuan itu telah mengutus Rasul-rasul dan Nabi-nabi untuk mengajak dan meminta semua sekalian umat manusia utuk MENGAKU bahawa Tuan kita ini ialah TUHAN!!!! Ya, Tuhan!! Si Tuan berkata tiada Tuhan melainkan-Nya.. TIADA!! NADA!! Hanya Dia-lah TUHAN.. Maka dengan mengisytiharkan bahawa diri-Nya itu ialah Tuhan, dengan secara automatiknya, hanya Dia lah yang LAYAK DISEMBAH", si ustaz berhujah dengan yakinnya..

Apa beza Tuan dengan Tuhan ya ustaz?? seorang pelajar bertanya..

Title Tuan secara total memberikan autoriti kepada pemegangnya hak serta kewajipan untuk ditaati.. seperti hubungan Tuan dan Hamba jika dalam konteks kita dengan Allah.. TUHAN pula berhak untuk DISEMBAH!!! maka si ustaz bertanya, " Jadi apakah yang ada di tokong-tokong serta kuil-kuil yang berkerumunnya sekalin manusia menyembah apa yang ada dalam tempat itu?? Adakah itu Tuhan?? Jawapannya TIDAK!! TIDAK SAMA SEKALI!! MEREKA BUKAN TUHAN!!! Jadi si ustaz berpesan agar berhati-hati dalam membahasakan berhala-berhala itu supaya tidak dikatakan berhala itu TUHAN!! even berkata 'Itu Tuhan mereka, biarlah mereka sembah'.. berhati-hati ya!! INI SOAL AKIDAH katanya.. Hanya Allah yang LAYAK dibahaskan sebagai Tuhan, walaupun sesetengah manusia tidak menyembah-Nya..

Maka sekumpulan pelajar itu pun tunduk mengerti apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh ustaz itu..

MPI meledak lagi...


Salam alaik,

Minggu Penghayatan Islam Ke- 11 kembali lagi dengan tema 'Islam Untuk Semua' yang menggantikan tema tahun lepas iaitu 'Keranamu Islam'.. Logonya tetap sama.. Cantik dan padat.. Perasmian pada 30 Disember 2008 di Dewan Nurani jam 8.30 malam.. Sama-sama raikan satu-satunya program islamik secara besar-besaran di USM Apex ini..

Nantikan ledakannya!!

Wassalam..

Bantulah aku Ya Allah..

Pain teach me a lot about life. Am i going to be a pathetic one??Hopefully not.. Wahai mawardi, itu tarbiyah Allah.. Sabar itu indah.. bagi seorang yang hot-tempered macam saya, sesekali sabar dan mengawal perasaan dirasakan begitu mencabar tetapi 'indah'.. Thank you Allah..

"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan lah aku daripada kesedihan dan kecelaruan, jauhkanlah aku daripada berasa LEMAH dan MALAS, jauhkanlah aku daripada Jubn dan Bakhil serta nyanyuk.. AMIN Ya Allah"

A-Z Of Kelantan..

Salam alaik,

Kali ini saya teringin nak promosikan Kelantan sebagai destinasi pelancongan antara yang terhebat di semenanjung.. Maklumlah tempat kelahiran saya sudah menjadi Bandaraya Warisan Dunia dan sudahpun menerima pengunjung berjuta-juta, jadi saya tidak perlu mempromosikan lagi my lovely Melaka..

A- amazing adventures.. no one can deny it, so many hills and mountain to be explored

B- budu.. absolutely.. no one can survive without it..

C- Cahaya Bulan or PCB.. makes the PC residents so proud about it... just 10 km from KB

D- dikir barat.. arts that will never fade in Kelantanese soul..

E- Etok.. undeniably delicious, actually a roasted small, peble-sized clam found on riverbeds

F- fabulous food.. just food, food and food.. justa see what had happened to me??eg nai kerabu

G- Gok Kapur.. small wet riverbank in Kampung China..

H- historical landscape.. State Museum, Craft Museum, Royal Museum, Islamic Museum etc..

I- Istana Balai Besar.. tempat sultan kelantan bersemayam..

J- Jala Mas.. very popular dessert or kuih with golden colour..

K- Kijang..Football Association of Kelantan named Kijang..

L- Lojing Highlands..so many fruits and vegetables planted there at Gua Musang..

M- Muhammadi Mosque..very significant landmark in Kelantan, named after their Sultan

N- of course Nik Aziz.. the one and only Amir like him..

O- Ornate Silverware very famous for their intricate design and workmanship..

P- definitely for PAS... the most reliable party for now..

Q- Queue.. Q up in supermarket is different in their rules..

R- retail therapy.. actually a shopping heaven for visitors.. i do't have to list them..

S- songket.. a silk cloth woven with gold or silver threads.. a Kelantanese legacy

T- Tok Bali..fishing fort comes alive with fishermen bringing in their catches..

U- unique.. so many things that very unique in terms of nature, sociocultures and etc..

V-villages.. Kelantan is not perfect without kampungs.. the charecteristic identity of it..

W- Wau.. giant kites. available in so many sizes and shapes..

X- X-factor.. internal drives and forces that really atrracts people around the world..

Y- Yati ayam percik.. is out of the world.. the best ayam percik in the world..

Z- Zone.. duty free zone shopping.. eg Rantau Panjang, Pengkalan Kubor..

So amazing right?? unfortunately i've not make a list about my Melaka.. but i'm pretty sure that the alphabet A absolutely, definitely, undeniably is for ALI RUSTAM.. what a leader??

Bila lah aku nak dapat Datuk daripada Ali Rustam??

Sekian..

Wassalam..

Blok baru..

Salam alaik,

Terasa banyak pula idea hari ini untuk di'blog'kan.. Mungkin sebab diri ini tidak sabar untuk merasa blok baru iaitu blok Communicable Disease yang bermula esok.. mungkin juga kerana tidak sabar untuk berjumpa my mom and my dad yang telah pun bertolak dari Melaka seawal jam 8.30 pagi tadi.. and the most important VIP yang ditunggu ialah my nephew and my niece.. the lovely ones, Sya'rawi dan Batrisyia..

Esok akan berlangsung majlis kahwin atau lebih tepat lagi majlis menyambut menantu kakak saya di kampung Banggul Setul, Pasir Mas.. oleh itu anda semua dijemput hadir ke majlis berkenaan pada esok hari.. esok kan ada gap dari pukul 11.30 am- 2.30 pm.. jadi sempatlah datang.. by hook or by crook saya mesti kena datang kerana nak menyambut VIP tadi..

Untuk malam ini, saya bingung.. dalam dilema.. pukul 9 nanti ada briefing blok baru oleh senior dan selepas itu ada group discussion.. pada masa yang sama ada Forum Wacana Transformasi di Balai Islam yang bakal dihadiri oleh YB Husam Musa, YB KJ, Prof Abdul Aziz Bari dan Prof Agus.. buka senang nak tengok orang-orang handalan begini duduk semajlis.. tidak tahu mana satu nak pergi.. i'm utilizing my cognitive function as maximum as i can in considering these two events.. pergi Briefing, terlepas acara menarik lagi hangat.. pergi forum, rugi pula rasanya tercicir briefing dan group discussion.. semoga terungkai masalah ini Ya Allah..


Gambar hiasan(communicable disease manifestation)

Apa pun, pastikan diri ini segar bugar menghadapi blok baru esok hari.. Sekian..

Wassalam..

Makan satay..

Salam alaik..

Seusai sunathon semalam, kakak ku yang kini bersuamikan orang Pasir Mas menelefonku untuk ajakku berjalan-jalan cari makan di Kelantan.. maklumlah dia baru saja menjejakkan kaki ke Kelantan pagi semalam.. tanpa banyak bicara daku terus setuju.. dia mengambilku di mana tempat sunathon berlangsung.. rumah abang iparku dekat saja, lebih kurang 30 minit perjalanan daripada USM..

Singgah sebentar di rumahnya dan selepas solat Maghrib, dia ajak kami pergi makan satay di KB.. sedap yang teramat katanya.. lebih kurang 20 minit perjalanan, akhirnya sampai ke destinasi iaitu Satay Wakaf Bharu Hj Jaafar.. premisnya tidak sebesar dan semewah Satay Malaysia, tetapi pengunjungnya ramai sehingga terpaksa menunggu di luar mencari tempat kosong.. nasib baik kami tidak lama menunggu..

Setelah duduk, tanpa pesanan dan apa-apa, tetiba dua pinggan satay sampai ke meja kami.. i'm wondering bila masa kami tempah.. rupa-rupanya sistemnya memang begitu.. sesiapa yang menjejakkan kaki di situ akan terus dihidang satay ayam campur daging beserta nasi himpit dan timun.. kuah satay nya amat pekat dan yang membezakan dengan satay malaysia ialah daging ayam dan lembu yang dihidang dipotong besar-besar dibakar ala-ala berkilat.. memang potongannya besar besar serta setiap pengunjung diberi satu sudu.. untuk apa?? untuk makan satay bersama dengan kuahnya yang banyak itu.. caranya ialah pisahkan daging daripada lidinya, rendam dalam kuahnya yang melimpah ruah dan makan dengan sudu... so unique!!! additional servings kena tempah sendiri.. sedap tidak terkira..


tidak pernah makan satay sebesar potongan ini..


Balik daripada makan satay, kami ke Tesco membeli belah.. pukul 11.30 malam baru sampai di USM.. penatnya tidak terkira.. akhirnya lelap dengan selesanya..

Wassalam..

Nak salahkan siapa?


Assalamua'laikum..

Sexual harassment.. suatu masalah sosial yang menjangkaui daripada sekecil-kecil perkara seperti bersiul phewitt!! terhadap seseorang(selalunya wanita) hinggalah kepada sebesar-besar perkara seperti rogol dan lepas, rogol dan bunuh,rogol dan kahwin, atau apa-apa saja.. acapkali masalah sebegini akan dihempapkan puncanya terhadap kaum lelaki atau kaum bermoyangkan Adam.. Ya, bukan semua lelaki, tetapi hanya segelintir(atau lebih) lelaki yang tidak dapat mendominasi nafsu oleh iman dan akal mereka saja yang terjebak ke kancah ini.. saya akuinya..

Seorang ustaz bertanya terhadap sekumpulan wanita..

"Agaknya apakah puncanya wanita ingin pakai seksi di khalayak ramai??" si ustaz memulakan pertanyaan..

"Untuk nampak cantik lah ustaz", salah seorang wakil mereka menjawab sambil tersenyum..

"Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu??" si ustaz terus bertanya..

"Tentulah pada kaum lelaki.. perempuan pun iya juga" sambung perempuan itu..

"Baiklah, jikalau si lelaki sudah tertarik dengan keseksian dan kecantikan wanita itu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnnya itu boleh tak?" tanya si ustaz menguji..

"Isyh ustaz ni.. tentulah tak boleh, itu dah kira sexual harassment tu ustaz", dengan yakin perempuan itu berhujah..

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan perempuan yang memaparkan bahagian yang menarik pada tubuh mereka itu juga merupakan SEXUAL HARASSMENT kepada lelaki itu??" si ustaz terus menguji..

"Ermm.. macam mana tu ustaz??" tanya perempuan itu bingung..

"Ye la.., bila lelaki itu yang sudah naik syahwatnya dek kerana kecantikan dan keseksian bahagian tubuh yang dipaparkan atau dipakai ketat, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal.. kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk GANGGUAN SEKSUAL kepada lelaki itu", jawab si ustaz dengan penuh yakin..

"Cuba bayangkan seekor kucing yang sedang kelaparan diacah-acah dengan ikan segar oleh tuannya, natijahnya bukan ikan saja yang akan dirembat, malah silap haribulan nanti, muka tuannya sekali bakal diukir dengan cakaran maut", si ustaz meyakinkan lagi hujahnya..

Jadi persoalan yang mungkin timbul siapakah yang memulakan gangguan seksual dulu.. apakah si lelaki itu begitu bodoh dan dhaif sehingga sanggup bertindak diluar batas kemanusiaan dan macam-macam lagi.. tapi ingat!! bukan semua lelaki begitu, hanya yang 'lapar' dan 'terdesak' sahaja yang bakal menerkam mangsanya yang terhidang lama.. samalah dengan kes kucing kelaparan itu..

Akhirnya sekumpulan wanita itu mengangguk tanda faham dan mengerti apa yang mahu disampaikan oleh si ustaz itu.. Jadi sama-samalah kita berfikir sejenak apakah punca sebenar masalah sosial yang semakin menggerunkan ini terus bercambah.. di mana silapnya? siapa yang sepatutnya dipersalah? saya tidak mengatakan mana-mana pihak yang slah tetapi anda sendiri boleh memikirkannya..

Jadi sama-samalah kita mencari punca sebenar lalu membetulkannya dengan menutup atau menghancurkan terus segala peluang-peluang yang terbuka daripada kedua-dua belah pihak terhadap masalah ini..

Anda mampu mengubahnya!!!

Sekian..

Wassalam..

Segalanya telah berakhir..

Salam alaik,

Semalam telah berlangsungnya peperiksaan MEQ Community And Family Case Studies (CFCS) yang juga menandakan era CFCS Fasa 2 telah pun menutup tirainya.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. teringat segala-galanya bermula semasa di akhir Tahun 2 di mana kami di arahkan "menceroboh" setiap kampung di Jajahan Bachok Dun Tawang untuk membuat profiling tentang kampung tersebut.. mulai dari saat itu kenangan manis CFCS kami telah mula terukir..

Mengenali keluarga angkat, specifically mak angkat dan ayah angkat amat mengharukan.. for the first time i ever had foster family..eventhough the political geographies of the foster family are different, but we managed to make ourselves comfortable due to their unquestionnable kindness.. yes , the myth are true.. the myth of 'dasar keperamahan orang kelantan' is not actually a myth, but a fact.. they like to serve us as very honourable guests..

Semua keluarga angkat yang ada dianggap keluarga angkat masing-masing.. every 'mek' we call Mak and every father we call 'Pok' or Ayah no matter who are they belongs to.. that's how the rapport being developed.. it's not an easy work to study the community diagnosis of the village without knowing their background first.. challenging but interesting..

Intervention

That's the essence of CFCS and that's what CFCS is all about.. most of the budget akan tumpah ke program intervensi ini.. just imagine that every kampung diperuntukkan sebanyak RM500 and we have all 15 kampung.. not including our "duit pengeras" untuk tinggal di rumah keluarga angkat.. The process througout planning and organizing this program are actually some of major benefits that we should gain via coping and manage all the birocracy and problems in group..

Teamwork is the key point.. Excellent communication and interaction between group members is very crucial in order to make sure all the plans and programs running smoothly.. From this CFCS program, we learned much about it.. for the better future especially in our medical field.. the very skill of communication really applied..

Presentation is the major part in this CFCS program.. I think i'm not too late to congrate Group 4, 14 and 15 on their excellences in their presentation.. the marks conclude all presentation from the first residency till the last.. presentation play very big roles in tackling this CFCS program.. no matter how bad or how 'unsuccesful' your intervention, as long as you excel in presentation and really impress the panel, you will be regarded as EMINENT... trust me!! i guess i gained not much from presentation because i just take part in the very minor minor things only.. the ones that really understand the flow and the contents will benefit more..

CFCS fasa dua telah habis.. but remember all the essences of this program will be reutilized again in Phase 3.. that's what i heard from seniors.. Masuk kampung sudah habis, peperiksaan pun sudah kholas, cuma tunngu results saja.. hopefully i'll pass this exam, Amin!! INSYAALLAH..

Sekian..

Wassalam..

Kenapa WANITA sangat istimewa...

Assalamua'laikum...

Tetiba terbaca satu artikel yang mengisahkan kenapa wanita sangat istimewa.. So take your time... agak "rojak" but interesting.. just take the messages..

"Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. .mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?
...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

TAMAT~~

Wassalam..

Le Tour De Kuantan..


bersiar-siar di Pantai Teluk Chempedak..


banyak beruk-beruk comel kat Pantai Teluk Chempedak ini..


Craving for doughnouts at East Coast Mall Big Apple..


jalan-jalan di pasar Kuantan..


obsess dengan Pau.. warna pink menambahkan lagi obsession nya..


ziarah di rumah Yassir.. bersama dengan buddy nya..


banyak kucing di rumah Yasser rupa-rupanya..


Ziarah di rumah Frdaus (Medic 2)..


Alif dan Mak Aida.. tidak tahu apa yang dibincangkan..


Ziarah rumah kawan di Kuantan..


Ziarah rumah Rafaa' pula di Pekan(kawasan parlimen Najib)


Ziarah di rumah Fauzi...

Hai Selamat Pengantin Baru...

alahai Batrisyia ku comel!!!


Akad nikah kakak di Melaka...


Ayah sendiri jadi Kadhi.. tak perlu panggil orang lain...


selepas diijabkabulkan...


bersedia untuk berarak.. kiri: Kakak & abang Ipar.. kanan: Abang& kakak ipar


ala-ala hijau semuanya... Ayah yang suruh tema hijau..


Mempelai-mempelai semua..bagai pinang dibelah empat!!


Sya'rawi yang bakal di"lepas"kan oleh Pak Longnya...


Mertua VS Menantu...


Makan jangan tak makan!!!


Kakakku yang sedang kelaparan... daripada pagi tadi dia tak makan..


Raja Sehari..




Berbeza sangat warna kulitnya..


Suasana belakang rumah semasa majlis di Melaka.. Semua sanak saudara datang membantu...


Majlis kahwin abang di Kuantan... nampak sedap kan udang itu??


Family union.. tapi sayangnya Batrisyia dan Sya'rawi tak ada... majlis di Kuantan..


Selepas akad nikah abang di Masjid KIPSAS, Kuantan...


selepas diijabkabulkan di Kuantan..


Ikatan yang diredhai..INSYAALLAH!!


Tok Kadi di Pahang ini nampak "biru"...


Pengantin perempuan baru sampai..

Sanah Helwah Ya Mawardi.

Assalamua'laikum..

Syukur setingginya dihadapkan kepada Ilahi kerana diri ini masih diberi lagi peluang untuk merasai nikmat-nikmatNya yang tak terhitung terutama sekali nikmat Iman dan Islam.. Segala pujian dipulangkan untuk-Mu Ya Allah di atas sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Mu sehingga aku masih bernyawa sehingga umur 21 tahun ini Ya Allah..

Selamat Hari Lahir Mawardi.. juga Selamat Hari Lahir kepada teman-teman yang lahir sekitar bulan Disember ini.. terima kasih di atas semua ucapan-ucapan serta ungkapan doa-doa yang menghinggap inbox saya seawal jam 12 tgh malam semalam.. syukran jaziilan kathiiran Ya Ikhwan wa Akhawaat.. semoga diri ini dan sahabat semua terus dilimpahi dan dipandu dengan Hidayah Allah yang hanya milik-Nya sahaja.. AMEEN!!

Wassalam..

Selamat Hari Raya Eidul Adha


Malam ini pukul 11 saya akan bertolak pulang.. bukan ke Melaka tetapi ke Pahang untuk majlis perkahwinan abang saya di Kuantan.. Tahun ini mungkin saya tidak beraya di Melaka.. saya mungkin beraya di rumah kawan.. sedihkan? tapi lebih sedih bagi beberapa kawan saya yang langsung tidak balik beraya dek kerana rumah di Sabah Sarawak dan juga ada yang tidak balik kerana ada exam.. Saya ucapkan selamat menghadapi study week ya..

Di kesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua yang beragama Islam..

nasihat seorang teman...

Teringat sebuah puisi yang pernah di'hadiah'kan daripada seorang teman semasa sehari sebelum bertolak ke USM untuk pendaftaran pelajar baru:

Mawardi,

Hatiku tidak keruan,

Air mata menjadi teman,

Disana berbaik berteman,

Usah mencari lawan,

Aku di sini sentiasa berteman,

Menanti akan pertemuan,

Biar air mata berlinangan,

Asalkan dapat keampunan,

Jadi orang hatinya tertawan,

Sudah menawan biar beriman,

Aku di sini menanti akan kepulangan,

Biar pertemuan dan perpisahan mendapat rahmat dan tergolong dalam syafaat-Nya..


Suka sangat kata-kata nasihat di atas.. Sampai sekarang ku ingat dan ku cuba untuk menghayatinya.. tapi apakan daya, diri ini sering alpa dan lalai... Golongkan kami dlam kumpulan yang mendapat syafaat-Mu Ya Allah... AMEEN!!!

Pengumuman penting!!!( republished )

Disebabkan masanya hampir tiba, saya republish semula entry ini :

Pada 6 Disember ini(3 hari lagi) abang saya yang sulung akan melangsungkan perkahwinannya di Pahang dan pada 14 Disember di Melaka.. Berikut adalah butiran nya:

  • Tarikh : 6 Disember 2008
  • Hari : Sabtu
  • Tempat : No 143, Jalan Sri Inderapura, Taman Sri Inderapura, 25320 Kuantan Pahang Darul Makmur(perkahwinan abang di rumah pengantin perempuan)

Sementara di Melaka(majlis perkahwinan abang dan kakak serentak) pula...

  • Tarikh : 14 Disember 2008
  • Hari : Ahad
  • Tempat : No 1 Jalan Masjid Kampung Hulu 75200 Melaka Bandaraya Warisan Dunia

So sesiapa yang berkesempatan untuk hadir especially orang Pahang dan Melaka anda dijemput hadir pada tarikh tersebut. Any problem boleh contact saya.. Di Melaka abang saya dan kakak saya akan melangsungkan perkahwinan pada satu majlis yang sama..

Semua dijemput hadir...

Forum Perdana Hal Ehwal Islam..

Panelist.. Dari kanan: Prof Madya Syarifah Hayati, Ustaz Badlishah, dan Ustaz Uda Kassim..


Ustaz Badlishah di skrin putih..



Prof Madya Syarifah Hayati dari Fakulti Pengajian Islam UM.. (p/s: teringat Ustazah Siti Norbahyah)



Kumpulan Raihan tampil membuat persembahan semasa waktu rehat..


Assalamua'laikum...

Malam semalam(2/12/2008), satu forum perdana RTM telah di rakamkan di Dewan Utama(DU) USM OF APEX Kampus Kesihatan Kubang Kerian yang julung-julung kali diadakan di sini.. ada dua sesi rakaman diadakan secara berturut-turut dan sedikit sebanyak saya pelajari macam mana sesebuah program TV diadakan serta diseliatur.. bukan semudah yang disangka.. Emcee majlis nampaknya begitu 'aktif' bercakap demi memastikan program berjalan tanpa kecacatan..

Panel-panel terdiri daripada Ustaz Uda Kasim(Selangor), Ustaz Badlishah(Pahang), dan Prof Madya Sharifah Hayati(UM) yang tidak asing lagi namanya.. yang saya pernah jumpa directly ialah Ustaz Badlishah yang pernah dijemput ke USM semasa MPI-10 untuk program Bicara Ad-Din .. selainnya hanya pernah lihat di media saja.. tajuk yang sensasi lagi tertarik membuatkan DU USM penuh melimpah ruah iaitu 'Muda Hanya Sekali' dan 'Cinta Tiruan'.. tajuk yang amat hangat dalam kalangan remaja ini sangat membuatkan telinga ini berdiri tegak sampai ke penghujung forum.. panelist yang pandai berbicara serta menggunakan ayat gramatis lagi puitis meleburkan rasa mengantuk dan penat walaupun seharian kuliah dan PBL sehingga jam enam petang!!!!!!!

Some ideas are good, some are typicals.. mereka kupas isu remaja yang bercinta dan memegang prinsip 'muda hanya sekali' dengan bernas.. tetapi saya cukup tertarik dengan satu cadangan penonton (senior tahun 4) yang mengatakan aspek agama@rohani seringkali dipandang sepi dalam mengajak remaja-remaja ini kembali ke pangkal jalan.. diabaikan oleh remaja itu sendiri ATAU diabaikan oleh pihak berwajib?? pada saya dua-dua amat menepati... mereka jarang-jarang kembali kepada manual kehidupan yang UNIVERSAL yang Allah Azzawajal turunkan untuk segenap lapisan masyarakat, termasuk REMAJA!!!!! memulihkan tetapi menghancur pada masa yang sama.. what's the point??

Ingatlah golongan muda lah yang bakal mengemudi bumi Allah ini pada masa depan..ini seringkali dilupai temasuklah diri ini.. kita tidak perasan bahawa kitalah yang mewarnai serta menentukan nasib bumi ini nanti.. adakah yang dijemput BALA atau LABA?? besar sungguh peranan kita sebenarnya.. kita yang tidak menyedarinya.. renungkan sebentar adakah diri ini LAYAK@TIDAK LAYAK diberi amanah sebesar itu..adakah diri ini sudah cukup benteng pertahanannya untuk menepis pengaruh buruk lagi jijik menjajah pemikiran kita?? usah fikir orang lain dulu andai diri ini masih kekurangan!! tepuk dada, tanyalah IMAN!! tahniah saya ucapkan pada kakak senior itu kerana idea nya yang menarik.. maafkan andai hujah di atas tidak disertai dengan dalil-dalil naqli dek kerana ilmu yang sangat-sangat cetek dan masih mentah lagi.. pernah dengar tapi tidak cuba memahaminya serta memahat kekal dalam benak.. seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah dalam ramai-ramai yang berbaju Melayu dalam DU, saya perasan dua students USM yang non-Muslim.. seems they really paid attention to the forum.. hope they also got something from the forum.. nak snap gambar mereka tapi khuatir mereka perasan.. biarkanlah!!

Program tamat pada jam 12.. balik ke bilik terus dihentam rasa mengantuk yang amat lalu tidur dengan puasnya...Alhamdulillah diri ini telah belajar sesuatu daripada program itu walaupun muka ini tidak di'tembak' abang jurukamera RTM itu.. semoga apa yang dipelajari dapat diaplikasikan pada masa akan datang.. AMEEN!!!

Wassalam..