Hujan..

Hari ini hujan turun agak luar biasa berbanding hari-hari sebelumnya.. sangat lebat.. sampai ke malam.. risaunya Ya Allah..

Ya Allah Kau jauhilah kami daripada azab atau malapetaka.. Selamtkan lah Kelantan amnya dan USM khasnya daripada bala Kau Ya Allah..

AMEEN!!!

winter without snow..

Assalamua'laikum..

Sudah hampir seminggu Kelantan amnya dan USM Kubang Kerian khasnya dilanda hujan yang tidak henti-henti.. kalau berhenti pun hanya sekejap saja.. di beberapa area di Kota Bharu air naik menutupi jalan.. nasib baik kawasan Kubang Kerian ini agak tinggi berbanding tempat lain.. Kalau tak, semua mahasiswa ke kuliah sengseng seluar lah alamatnya..

Cuaca yang sejuk dan nyaman ini sangat favourable untuk berhibernate.. nasib baik saya di kalangan yang tidak mudah tewas dengan cuaca yang sejuk.. ada yang bertanya kepada saya apakah tips-tips untuk mengelakkan hibernation.. jawapan saya NESCAFE eventhough nescafe is not the definite answer.. Some are getting flu and always sleep due to anti-histamine(which has sedative effects) yang ada dlm cold remedies.. terasa seolah-olah macam musim sejuk tetapi tiada salji.. yang ada hanyalah kesing(serangga hitam yang kecil dan berbau busuk)..

Semalam saya dan dua lagi rakan pergi ke Tesco untuk membeli-belah.. ternyata peniaga masih ramai lagi yang angkuh untuk tidak menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun ke tahap rm2 seliter..a little bit shocked because some fundamental item really expensive for us as students yang ber"scholarship" JPA Kadar B.. tertelan air liur tengok harga satu-satu.. almost every item hampir mencecah RM 10.. ini betul-betul memerlukan kebijaksanaan berbelanja agar tidak boros dan tidak membazir!!!!!hati kata mahu tapi poket seluar membatasinya..

Printer saya juga sudah dibelikan kartrij baru yang berharga RM 61.. ia sudah lama sakit kerana kartrij nya yang uzur..by hook or by crook saya mestibeli kartrij baru untuk print apa-apa yang penting..

Pagi yang nyaman ini akan ku isikan dengan aktiviti membasuh baju yang telah direndam pukul 12 tgh malam semalam.. nak surf internet pun tidak memuaskan kerana the worst connection ialah pada hujung minggu.. every weekend mesti teruk wayarles connection.. tak tahu kenapa..


Wassalam..

Surau Nurani ditutup...


Kepada semua rakyat nurani, interpret the above announcement!!

PASphobia..

Oleh Roslan SMS

Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat (PM dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003) adalah seorang negarawan yang telah banyak mewarnai persada politik di negara ini.

Malah sejak menjejakkan kakinya ke dunia politik seawal 1950an sehingga sekarang, sebagai pengkritik sepenuh masa, beliau terus bertenaga mempengaruhi politik negara walaupun hari ini beliau telahpun keluar dari Umno.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang karier beliau dalam kerajaan dan terutama semasa menerajui negara, PAS lah merupakan tulang tajam yang tersengkang dalam kerongkongnya.

Beliau bernafsu meneruskan agenda mahu melupuskan PAS sehingga tinggal satu kerusi di parlimen di zamannya, berhadapan dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (ketika itu ahli parlimen Pengkalan Chepa) semasa krisis perlembagaan negara melibatkan penghakisan imuniti Raja-raja Melayu 1983 (ketika zaman 2M, Mahathir-Musa), pun PAS lah yang dilihat sebagai penghalang terbesar.

Malah kuasa PAS di zaman Mahathir sungguh tercabar dengan peristiwa Memali, peristiwa Lubuk Merbau, penangkapan besar-besaran terhadap pimpinan dan aktivis PAS, prpoganda memburuk-burukkan gerakan politik Islam semuanya berlaku secara besar-besaran di zaman beliau.

Tetapi PAS terus konsisten, membina kekuatan dalam tekanan yang serba mencabar ketika itu. Terbukti keteguhan kekuatan PAS itu terserlah apabila di zaman beliau juga, walaupun tekanannya kuat, PAS mampu bangkit dan akhirnya menebus kembali kerajaan negeri Kelantan yang tewas ke tangan Umno di zaman Allahyarham Tun Hussien.

PAS bangkit menempelak Umno di bawah Mahathir pada tahun 1990 ketika Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Nor menerajui PAS, dengan merampas kerajaan negeri Kelantan. Dalam beliau berusaha mahu bangkit dari mimpi ngerinya, PAS menawan pula Terengganu pada tahun 1999 dan Mahathir terus dihantui parti itu.

PAS ternyata bangkit dalam arus tekanan untuk berhadapan secara "direct" dengan beliau di Parlimen diketuai Presiden PAS sendiri iaitu Almarhum Ustaz Fadzil dan diikuti Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi, apabila Ustaz Fadzil meninggal dunia.

Tanggal kebangkitan semula PAS pada tahun 1990 terus menghambat beliau sehinggalah beliau bersara pada tahun 2003. Kalau ada sesiapa yang masih ingat ketika beliau Presiden Umno, bagaikan tidak sah ucapan penangguhannya setiap tahun di Perhimpunan Agung Umno, jika tidak mencela dan mencemuh PAS.

Mungkin beliau menyangka dengan tiada lagi berjawatan maka PAS tidak akan menghantuinya lagi. Ternyata beliau silap. Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, walaupun beliau tidak lagi mempertahankan kerusi parlimennya, Presiden Umno yang baru Abdullah Badawi seakan menambahkan lagi mimpi ngeri buat Mahathir, apabila dalam hidupnya menyaksikan negerinya sendiri iaitu Kedah Darul Aman pula jatuh ke tangan PAS.

Lantas tidak menghairankanlah hari ini apabila Mahathir terus mahu membelasah PAS. Semasa hadir dalam satu majlis anjuran GAPENA baru-baru ini, Mahathir walaupun dalam senja usianya, masih bernafsu rupa-rupanya untuk mengkritik "puaka" yang terus tidak hilang dari hidupnya iaitu PAS.

Kata beliau PAS hari ini sudah tidak bercakap berkenaan penubuhan Negara Islam lagi. PAS hari ini hadir sekadar untuk memuaskan kehendak parti-parti rakannya. Bangsa Melayu kata beliau sudah tidak boleh mengharapkan PAS untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai.

Begitulah Mahathir pada hari ini, di satu segi mahu menikmati zaman persaraannya tetapi dalam waktu yang sama terpaksa mengamalkan perangai lamanya, bukan apa kerana anaknya kini sedang menyediakan diri untuk mengganti legasinya. Jadi suka tak suka Mahathir terpaksa bersuara, dan apa lagi yang tinggal bagi beliau jika tidak menyerang kembali musuh tradisinya iaitu PAS.

Mahathir boleh berkata apa sahaja, tetapi beliau tidak dapat membohongi rakyat bahawa Umno kini semakin tenat, malah itulah juga kenyataannya sebelum ini. Dalam ketenatan Umno itu, realitinya hari ini orang-orang Melayu dan umat Islam, selain yang bukan Islam juga, semakin yakin dan mengharapkan PAS. PAS kekal sebagai parti Islam sejak dari Mahathir pandai berpolitik puluhan tahun lalu, semasa Mahathir manusia paling berkuasa dalam negara, sehinggalah kini ketika beliau tiada bertaring lagi.

Umno sudah penuh dengan noda rasuah dan kronisme, salah-guna kuasa, bagaikan kurap penuh di badan. Orang Melayu sendiri mengakui hakikat ini kerana itu PAS memperolehi undi Melayu yang besar di samping bantuan rakan-rakan lain sehingga mampu menawan Kedah dan bertahan teguh di Kelantan. Di kawasan-kawasan majoriti Melayu di luar Kedah dan Kelantan calon-calon PAS tewas dengan undi yang sangat kecil ada yang di bawah 50 undi!

PAS semakin bangkit dan Insya Allah akan terus bangkit dan relevan sebagai parti Islam untuk meneraju arus politik baru dalam negara. Politik yang tidak lagi bergantung kepada kekuatan dan pengaruh kuasa dan kewangan individu sebagaimana di zaman Umno, politik yang tidak bertenggek pada ektrimis bangsa yang membuta. PAS sedang meneraju politik Islam yang bersih, adil dan membela semua, yang mampu melahirkan kepimpinan yang diidamkan rakyat, bukan hanya untuk orang-orang Melayu dan umat Islam malah seluruh rakyat Malaysia.

Mahathir mungkin terus dengan phobianya terhadap PAS. Tetapi PAS akan terus bergerak melangsungkan agendanya berjuang untuk mencapai prinsip dan cita-cita perjuangannya sama ada Mahathir suka ataupun tidak.


Reference: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018067&Itemid=108

Pengumuman penting!!!

Pada 6 Disember ini abang saya yang sulung akan melangsungkan perkahwinannya di Pahang dan pada 14 Disember di Melaka.. Berikut adalah butiran nya:

  • Tarikh : 6 Disember 2008
  • Hari : Sabtu
  • Tempat : No 143, Jalan Sri Inderapura, Taman Sri Inderapura, 25320 Kuantan Pahang Darul Makmur(perkahwinan abang di rumah pengantin perempuan)

Sementara di Melaka(majlis perkahwinan abang dan kakak serentak) pula...

  • Tarikh : 14 Disember 2008
  • Hari : Ahad
  • Tempat : No 1 Jalan Masjid Kampung Hulu 75200 Melaka Bandaraya Warisan Dunia

So sesiapa yang berkesempatan untuk hadir especially orang Pahang dan Melaka anda dijemput hadir pada tarikh tersebut. Any problem boleh contact saya.. Di Melaka abang saya dan kakak saya akan melangsungkan perkahwinan pada satu majlis yang sama..

Semua dijemput hadir...

Jangan pertikai fatwa yoga..

Oleh ZULKIFLI JALIL dan NORLIZA ABD. RAHMAN

BANGI 24 Nov. - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.
Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.
''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.
''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Dr. Abdulfatah yang turut menyertakan kajian mengenai yoga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan memberitahu, buku-buku senaman yoga boleh menyebabkan pengamalnya terpengaruh dengan pelbagai teori mengenai kejiwaan Hindu yang bercanggah dengan akidah Islam.
''Yoga ialah 'sambungan', 'kok', 'bersatu' atau 'ittihad' roh individu dengan roh alam semesta serta kesatuan roh ilahi sendiri (Brahma) yang bersatu dengan tuhan.
''Yoga ialah falsafah Hindu iaitu satu agama wahdat al-wujud yang menyalahi fahaman Islam ithainiyat al-wujud," katanya.
Menurutnya, antara bentuk senaman yoga ialah Padmasana (kedudukan bunga teratai) yakni duduk bersila di atas lantai dengan kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan serta meletakkan tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri serta ibu jari menyentuh jari telunjuk.
Terdapat juga senaman garuda atau Garudasana iaitu nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.
Beliau memberitahu, amalan zikir 'OM' atau 'AUM' yang diamalkan oleh para yogi (pengamal yoga) dikatakan mantera kekuasaan suci.
''Di dalamnya terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam, cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan suara daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup setelah menyebut huruf 'M' yang terhenti dengan dengungan suara bunyi berterusan.
''Ini melibatkan semua anggota badan yang mengeluarkan perkataan manakala suara yang mengandungi banyak nama tuhan manakala AUM pula yang bermula huruf 'A' melambangkan kejadian terkandung dalam diri Brahma, 'U' melambangkan Vishnu tuhan pemeliharaan dan 'M' melambangkan Shiva tuhan pembinasa.
''Amalan konsep bersenam biasa ialah mengeluarkan peluh tetapi tidak berlaku dalam yoga. Malah senaman biasa boleh dilakukan tanpa penyeliaan guru dengan menjadikan buku sebagai panduan.
''Saya sendiri pernah mengamalkan yoga lebih 30 tahun lalu semasa di Amerika Syarikat (AS) dan mampu melakukan senaman teratai, tetapi mula meninggalkannya apabila mendapati yoga bercanggah dengan amalan Islam," katanya.
Dr. Abdulfatah memberitahu, tanda tanya yang besar dalam dirinya adalah apabila yoga menerapkan elemen kepercayaan Hindu iaitu mati dan hidup manusia berulang-ulang manakala dunia ini kekal tiada kiamat.
Kata beliau, dalam kepercayaan itu, masalah dosa setiap individu dibalas dengan undang-undang karma.
Kata beliau: ''Apabila mati, seseorang itu akan dihidupkan semula, rohnya memasuki jasad deva atau manusia atau binatang atau tumbuh-tumbuhan.
''Dari kaca mata Hindu-Buddha, mati dan hidup semula berterusan selama-lamanya dan berulang-ulang, dunia ialah tempat penderaan balasan karmanya yang tiada kesudahan, sedangkan dalam Islam mati hanya sekali," katanya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

--------------------------------------------------------------------------------------------


This is a quite interesting and hot issue.. Some are agree and some are not.. Today's news said Samy Vellu want to see PM to discuss the fatwa thing.. why would he? think!!

By the way, why would muslims are against this fatwa? do they not proud about our 5 times prayers per day?? why they don't promote our 5 times prayer just like Hindus promote their Yoga?? sometimes such thing can be answered when they really practicing Muslim's Yoga.. even our prayers are proven to be very beneficial to us especially in medical aspects.

In prayer, we do have our Fi'il (movements) which are encompassing every exercise-like movements.mre than enough!!. we also have Zikr(recitation) which are really bringing tranquility and serenity. If we can create a space in our house for spa or exercise, why don't we provide a comfortable space for our prayer?? why not??

Thus to muslims that believe in God please return to your universal manual(Al-Quran) for life before doing something against what Islam had taught.. the fatwa didn't released secara semberono.. it has been undergo all required process and must the council that made the decicion are really specialized and knowledgeable in Islam. bukan calang-calang..as reminder to myself too, we shouldn't take for granted the very basics in Islam which is tightened by Aqidah(fundamental basic prerequisites). once this Aqidah corrupted, anything comes after it will be wrong and unacceptable in Islam..

Semoga Allah menjaga Aqidah kita daripada goyah.. Nauzubillah!!

Wassalam..

insight..

Assalamua'laikum..

Hari ini terasa sungguh penat walaupon hanya satu lecture saja dan satu video session.. walaupon penat, hari ini saya belajar something yang sangat istimewa dalam block Psikiatri ini.. Tajuk lecture hari ini ialah Personality Disorder.. dengar tajuk macam bosan tetapi the content is really really interesting and very "touching"..

Why would i say that?? kerana kita tidak menyedari selama ini kita yang nampak normal dan biasa sebenarnya mempunyai personality disorder.. Prof Razali menerangkan dengan penuh bermakna tetapi "makan dalam"... seperti yang saya kata dulu, we start to learn the pathology inside us when it comes to Psychiatry... really!! we start to understand ourselves and also people around us.. we start to "label" them like this and that.. but don't forget to detect the abnormality inside yourself to.. so that you can appreciate the others more..

Psychiatry is so lovely...

Wassalam..

muslim's yoga..

Assalamua'laikum..

Hari ini nak kongsi satu artikel yang menarik tentang yoga.. bukan Yoga yang kontroversi dan bakal dikeluarkan fatwa tentangnya, tetapi a real "Yoga" that are very very unique and universal for others.. no other yoga can really surpass this "Yoga's benefit.. really!!! a non-human origin Yoga but actually a "Yoga" that taught by our Almighty God, Allahu Akbar via Al-Qur'an.. an undefeated "Yoga" from benefit's aspects.. here they are:




"Interestingly, for the millions of people enrolled in yoga classes, the Islamic form of prayer has provided Muslims for fourteen centuries with some of yoga’s same (and even superior) benefits. This simple form of “yoga” offers physical, mental, and spiritual benefits five times a day as Muslims assume certain positions while reciting Qur’an and athkar (remembrances).If you’re interested, read further…The Muslim prayer has five positions, and they all have a corresponding relationship with our spiritual and mental well being, according to modern scientific research.The Takbir and Al Qiyyam (mountain pose in Yoga) - found to improve posture, balance, and self-awareness. Normalizes blood pressure, breathing, thus providing many benefits to asthma heart patients.Placement of hands on the chest during the Qiyyam position - activates the nerve pathway, which directs our awareness of self in the world and controls the health of the muscular system, skin, intestines, liver, pancreas, gallbladder and eyes.When the hands are held open for du’a, they activate the heart ; center of the feelings of love, harmony, and peace, and to control love and compassion. It also governs the health of the heart, lungs, thymus, immune system, and circulatory system.When Muslims recite the Qur’an, old thoughts, feelings, fears and guilt are released or healed, and blood pressure and stress levels are reduced. Some specific sounds, in fact, correspond to major organs in the body. Vibrations made when pronouncing the long vowels, 'A', 'E' and 'U,' stimulated the heart, lungs, and the thyroid, pineal, pituitary, and adrenal glands.





The position of Ruku (forward bend) stretches the muscles of the lower back, thighs, legs and calves, and allows blood to be pumped down into the upper torso. It tones the muscles of the stomach, abdomen, and kidneys. Forming a right angle allows the stomach muscles to develop, and prevents flabbiness in the mid-section.It also promotes a greater flow of blood into the upper regions of body – particularly to the head, eyes, ears, nose, brain, and lungs – allowing mental toxins to be released.The Sujud - activates the person’s spiritual connection with the universe around them and their enthusiasm for spiritual pursuits. This nerve pathway is also correlated to the health of the brain, nervous system, and pineal gland. Controls basic human survival instincts and provides essential grounding. This helps to develop levelheaded and positive thinking along with a highly motivated view of life, and maintains the health of the lymph and skeletal systems, the prostate, bladder, and the adrenal glands.The position of Al Qaadah) -(Thunderbolt Pose in yoga), which firms the toes, knees, thighs, and legs. good for those prone to excessive sleep, and those who like to keep long hours. Furthermore, this position assists in speedy digestion, aids the detoxification of the liver, and stimulates peristaltic action in the large intestine.Last, but not least, the by turning the head towards first the right and then the left shoulder in the closing of the prayer - This nerve path is linked to the throat, neck, arms, hands, bronchials, and hearing – effecting individual creativity and communication.


So interesting right?? A never-endng lists of benefits.. Semoga cintaku kepada-Mu bertambah kuat Ya Allah.. so after this start practicing this extraordinary "Yoga" as serious as possible(khusyu')..
Semoga mendapat rahmatnya...

schizophrenia..


Assalamua'laikum..

Have you ever heard about schizophrenia? Schizophrenia actually a type of mental disorder which more commonly classified under psychotic disorder. Usually schizo patients will have delusions, which a strong belief that held by them that actually are wrong or unreal. maksudnya ialah patient itu akan mempercayai sesuatu benda yang sebenarnya salah atau tidak wujud secara realiti but the belief is so strong and we are almost impossible to convince them that they are wrong. Contohnya pesakit itu akan mengatakan yang dia adalah keturunan raja yang mulia dari segi status but actually they are just an ordinary human. but they are strongly believe and convinced of their delusions.

Selain itu, patient schizo juga akan mengalami hallucinations(halusinasi). they saw or heard something that are actually not exist in the real world. and once again, they'll say that what they saw and heard are really really exist and even interacting with them. their speech also become disorganized and they also have negative symptoms, for examples flat face, lack of speech and reduced ability to do something properly. Not their fault but actually there's something problem happening in their mind at the first place. they usualyy treated by antipsychotic drugs, anticonvulsive therapy and also psychosocial therapy, for example supports from family and community and behaviour therapy.





There is one story(movie) about schizo patient bertajuk "A Beautiful Mind". Cerita sebenar yang dilakonkan semula oleh Russel Crowe yang menceritakan seorang pesakit shcizo yang sangat genius dalam matematik sehingga boleh menghasilkan satu equation dikenali sebagai Nash equation bersempena mengambil nama beliau iaitu John Forbes Nash. He has beeen awarded a Nobel Prize for that equation. Ceritanya sangat menarik dan lebih menarik lagi kalau seseorang itu mempelajari the pathology and secrets behind schizophrenia. The film shows some of the schizo manifestations very nicely and in very understandable manner. tak lah macam kebanyakan cerita Melayu yang langsung tidak ada kualiti kerana manifestasi schizo itu tidak dipertonton dengan jelas dan bermakna.

I'll recommend you to watch this movie since it can improve your knowlege about schizophrenia... kalau nak cerita ini, boleh lah contact saya..

Wassalam..

oooppsss.. i fall in love..


Assalamua'alikum..

Seringkali cinta disalah tafsir oleh sesetengah golongan khususnya remaja yang menjadikan cinta sebagai madah memenuhi tuntutan naluri remaja yang semakin membuak-buak. Mereka kononnya berhujah cinta adalah anugerah Allah kepada setiap insan yang normal dan adalah normal untuk bercinta..

Ya!! Cinta adalah anugerah Allah.. tetapi jika ia disalah guna atau berada di tempat yang salah, maka murka Allah yang bakal dijemput.. Oleh itu kawan-kawan sekalian, mari kita memperjelas diri kita dengan apakah maksud bercinta yang sebenar dalam Islam, iaitu cinta yang mampu menggapai Mardhatillah.. Malam ini program diskusi Remaja di Surau Murni khusus membincangkan tentang bercinta dalam Islam dari konteks remaja.

  • Program : Diskusi Remaja
  • Tarikh :20 November 2008
  • Tempat : Surau Murni USMKK
  • Waktu : Antar Maghrib dan Isya'
  • Penceramah: Ustaz Ubaidillah (penulis novel Warkah Cinta Berbau Syurga

Marilah sama-sama meningkatkan ilmu kita dalam bab bercinta dalam Islam...
Wassalam...

intensive course had commenced..


Assalamua'laikum..

sudah dua hari saya memulakan intensive course untuk megurangkan berat badan. sudah dua bulan lebih saya tak berjoging. sebulan masa Ramadhan dahulu. sebulan lagi kerana MVA yang saya alami menyebabkan kaki ini sakit untuk bergerak.. tambahan pula selera saya bertambah-tambah semasa Ramadhan dan Raya..

memang agak memeranjatkan bila saya timbang berat badan terkini.. sangat merisaukan.. banyak penyakit yang boleh disebabkan oleh obesity=kegemukan.. Ilmu yang dipelajari sebelum ini tentang obesity yang menjadi number one killer in the world.. Islam juga menganjurkan umatnya agar jaga pemakanan..

"Makanlah rezeki yang halal lagi baik"..

Baik di situ bermaksud baik untuk kesihatan dan tidak memudharatkan atau menyebabkan kegemukan dalam erti kata lain. Saya berharap agar dapat menjaga makan dengan baik dan bersenam secukupnya. berdoa juga penting kerana kita kena yakin bukan makanan yang menggemukkan kita tetapi Allah jualah yang berkuasa terhadap segala sesuatu..

Ya Allah, bantulah aku untuk menjaga kesiahatan diri ini agar daku dapat terus beribadah kepada-Mu dengan selesa dan baik..Amin!!

Wassalam...

the beauty of psychiatry...

Assalamua'laikum..

"Sometimes stress would make your life more organized"

Setelah dua hari masuk block baru iaitu block Psychiatry atau Psychological Medicine, terasa diri ini semakin mengenali dan memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam diri ini semasa dalam keadaan stress. "In psychiatry learning, you're starting to learn the pathology inside you", kata salah seorang lecture ana..

Yes.. sometimes diri ini sendiri tidak memahami dan mengetahui apakah sebabnya bila diri ini melakukan sesuatu yang unexpected.. Kita juga kadang-kadang tidak memahami apakah sebabnya bila kita tengok sahabat kita bertindak sesuatu yang pelik.. Actually there's something behind it.. And the things behind it are the thing that we're going to learn and understand througout this block.. seems interesting right??


Wassalam..

blok baru..

Assalamua'laikum..

Hari ini saya akan masuk block baru iaitu block Psychiatry. dengar kata block ini interesting. tengok jadual pun hanya lectures yang banyak. No clinical sessions. Should i happy with that? sangat sesuai block ini dipelajari selepas block Central Nervous System. Ia banyak relate dengan CNS kita.

Mudah-mudahan Allah mempermudah urusan kita. AMEEN!!

Wassalam..

program ihya' surau..

train's memory...

traposing di pintu masuk koc train..


Assalamua'laikum..

Buat pertama kalinya saya dapat merasa pengalaman menaiki keretapi.. Actually saya tak nak balik sebenarnya.. Niat asal hendak study di bilik memandangkan Pro-2 yang semakin menghampiri.. tetapi setelah melihat teman-teman ramai yang balik, ana terus mencari tiket untuk pulang ke Melaka..

disebabkan tak pernah menaiki keretapi, saya terus decide untuk balik naik keretapi.. saya minta tolong Adam belikan.. Alhamdulillah dapat..

agak memuaskan lah naik keretapi.. cumanya lampu dalam keretapi tidak akan dipadamkan sehingga tamat perjalanan.. so untuk terlelap lena amat sukar bagi saya dalam keadaan terang.. tapi tiket murah.. rm24 saja berbanding menaiki bas Transnasional yang berharga rm 52.4o.. double the price for train..

Alhamdulillah perjalanan lancar.. tiada sebarang masalah cuma punggung terasa kebas dek kerana terlalu lama duduk dalam train.. hampir 12 jam perjalanan.. baiklah itu saja coretan kali ini... saja mengisi masa terluang..



Wassalam...

hinanya diri ini...

Astaghfirullah..

Kenapa malam ni saya terasa sangat-sangat berdosa? Diri ini amat hina dan kotor di sisi Kau Ya Allah..

Bantulah aku Ya Allah.. Keluarkan aku daripada belenggu masalah ini Ya Allah..

Ku sendiri tidak mengerti apakah punca sebenar kepada masalah ini Ya Allah?? Adakah aku semakin jauh dengan-Mu Ya Allah..

YA Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bantu lah hambaMu ini Ya Allah..

Amin!!!

CFCS moments...

6 November 2008

The day has come.. 7 am I already packaged my luggage.. my big luggage.. 9 am we was ready at nurani.. but about 1 hour later baru kami bertolak.. Kok wah and Rusdi responsible to load the lorry with the bicycles.. I told him to bring the bola tampar sekali but he forgot.. gosh! I terpaksa bawa bola yg banyak tu dgn motor.. Kok wah ni memang tau.. geram sgt..

10.30 am we already arrived at tok penghulu;s house… we unload all the stuff n luggage there.. then Fauzi as the ketua residensi 4 made a briefing about what we are going to do for the rest 5 days at kg Tanjung Jering.. at 11.30 all members pergi rumah family foster masing2.. I and Beng Kiang share the same family foster.. as usual, after have a little chat, we passed the money to our parents.. rm 100 per head.. so rm200 total.. rm200 for 5 days??? Wahh!!!

Then we rehat2 dulu.. about 2 pm after Zuhur we started the journey.. my team consists me, Beng Kiang, Sin Tein and Khuzaimah.. our target are 37 respondents.. initially I sgt2 x bersemangat nk sambung kerja nie.. just imagine that we already went the same houses for 3 times.. 3 kali.. n every time we went there we’d ask the same silly questions.. not really silly but mandatory for our research… fot our community diagnosis.. n finally decided to cheat.. haha.. what kind of cheat?? Cannot tell ha..

At 5.30 pm we’d finished 27 respondents.. and we was not as tired as we used to..haha cheating!!! X baik kan?? 10 respondents to go..x pa lah.. esok sambung.. balik rumah n mandi n makan selepas sembahyang.. 9 pm we all met at Fauzi’s house for discussion for the rest days.. as usual, keropok ikan menjadi santapan malam.. sedap sgt keropok ikan mak Fauzi… balik rumah lebih kurang pukul 11.15 pm.. our eyes pon became ptosis dah.. mengantuk sgt.. dah lah hujan kat luar tue.. sejuk.. seolah2 bantal tu melambai2… hehe.. we slept at 12.. fuhh!!! Waiting for the next exhausting day..


7 November 2008

8.30!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sgt2 terkejut.. lewat sgt bangun!! Sampai subuh gajah.. astaghfirullah!!! Ni semua gara2 terenak sgt tidor dlm cuaca yg sgt mendamaikan… I promised to continue at 9 but have to delay to 9.30.. haha.. 9.45 we’d started our work.. just 10 respondents to finish.. finally at 10.45 we finished.. then as usual we gathered at rumah Tok Penggawa to rehat2 and key-in all the data into spss form.. one more tedious work to do.. sabar je.. finished all the data about 12.55 pm.. then pergi rumah Fauzi to change clothes and ready for sembahyang jumaat..

I saw my foster father at mosque.. but he didn’t saw me.. I tried to hide because I’m not telling him that I x balik makan.. but he saw Fauzi’s father , Pok Da Zin.. Pok Da Zin told my father that i ada kat rumah dia… gosh!!! What was on my father’s mind when he heard that?? Hopefully he didn’t think something unpleased.. hehe. Then i had my lunch at Fauzi’s house.. sedap sgt lauk mak Fauzi..

4 pm we met at school for next program, Sukaneka.. and the person in charge is me.. I tried my best to conduct it and Alhamdulillah everything went smooth.. just the small small thing yg normal sebagai manusia utk lakukan.. budak2 sekolah semua happy.. that’s enough for us!! Then balik sembahyang maghrib agak lewat.. coz nak kemas2 semua benda n discuss a lil bit about tomorrow’s event.. tomorrow is the biggest event in our residency.. just to be very careful because our panel, Prof Halim will come to assess our program.. that’s scary..


budak-budak ni tgh main kecek bola guna kepala..

10.30 pm.. mengantuk dah.. pas tgk movie ckit, mata mula kuyu.. ok lah.. nak tido.. sok nk bngun awal.. selamat malam!!


8 November 2008

5.45 am I already woke up.. then tunggu subuh.. not very normal for me to sleep more than 6 hours.. if exceeded, I’ll wake up automatically.. bagus kan?? We have to be at school at 8.45 am.. punctuality is our priority.. but we reached school a bit late because Visha and his twins, Kok Wah and Rusdi was late for their breakfast and we have to wait for them ..

8.45 am, all our group members already there and angkut kerusi sana sini and prepare this and that for the events.. cooking demonstration conducted by Imah, Jaja and Rossa nampaknya berjalan lancar.. Imah memang mempunyai ciri2 wanita Kelantan sejati.. haha.. jumlah penduduk kampong jugak lebih ramai brbanding Intervention 1 dulu.. maybe publisiti kuat kot..


Imah and Rossa sedang menunjukkan demo memasak makanan sihat..

Tze Siew, Ah Hooi and Sin Tein conduct colouring contest at the same time.. but for budak2 sekolah rendah je lah.. it also went smooth, just kenakalan sesetengah budak yg betul2 menguji kesabaran.. ala, budak2.. memang mcm tue.. well, we’re supposed to know more as medical students… after the cooking demo finished, pertandingan mengubah buah-buahan pula dijalankan.. this contest conducted by King Yunn and penyertaan agak memerangsangkan.. 7 peserta drpd 8 peserta aim kami.. makcik2 kg kami memang hebat2 belaka.. kreatif giler yg amat.. siap letak huruf USM atas buahan2 mereka.. they carved it very nice, very smooth.. terasa bangga pulak.. hehe..


Tze Siew conducting colouring contest...


Sharon menyampaikan hadiah kepada pemenang...

cantik kan?? so creative...

masa dah habis... so stop!!!


ni akak kita dapat nombot satu...


1 benda yg paling melegakan ialah our panel, Prof Halim sudah habis menilai intervensi kami.. he looks like satisfied with our works.. I pon x tau coz I amik gambar je.. x tau lah apa yg Visha ‘kencingkan’ sampai Prof tersipu2 ketawa sambil terangguk-angguk.. well, Visha memang sgt expert dlm hal “kencing-mengencing” ni.. no doubt!!! Undefeated !!! hopefully our activities got satisfactory marks.. Amin!!!


Assesment session...


Khusyuk Imah menerangkan apa yg dimasak kpd Prof Halim


Visha.. very expert in "expalining" sumthing...

1 pm already finished everything.. then balik rumah, sembahyang and makan.. Beng Kiang and Visha pergi ambil aerobic instructor di KB untuk program Senamrobik pukul 5 pm.. I rehat2 sambil menonton movies kat laptop.. abou 5.10 pm aerobic started instructed by staff USM…x ingat pulak nama dia… best giler aerobic coz sumer lagu2 yg dia pasang sumer best2 giler.. ala2 mix pulak tue.. penat sgt.. biasa lah stamina dah x sekuat dulu.. lama dah x jogging sebab kaki sakit MVA.. actually dah 2 bulan x jogging.. plus ramadhan dulu.. hehe..


aerobic memang best!!


Sin Tein sebagai co-instructor...


Malam pulak Visha planned to watch movie Iron Man kat rumah Kak Pah guna LCD n portable speaker. So ala-ala mini-cinema laa.. ajak semua budak PBL tengok skali.. tapi agak mengganggu la coz all orang kampong usually going bed so early.. after isya’ ja, about 9.30-10 pm dah tidor..tapi sekali sekala apa salahnya.. haha.. kul 12 tgh malam semua habis n balik tidor..


habis rumah orang dijadikan panggung!!


9 November 2008

Bangun lambat.. tapi dah sembahyang subuh dulu eh.. my mother n semua realtives dia baru tiba rumah dari KL coz pergi Konvokesyen ILP anaknya, adik Mah…riak gembira jelas terukir di wajah mak kerana anaknya dah dapat segulung sijil yg melayakkan dia untuk mendapat pekerjaan.. Congratz adik Mah.. membanggakan hati ibu sungguh mulia di sisi Islam.. bila lah turn aku pulak.. InsyaAllah 2 tahun setengah lagi..

Hari ni sungguh enjoy.. sgt2 enjoy.. this is the best intervention program best I ever had.. u know why?? Nanti eh.. kul 9.30 pagi everybody gathered at rumah tok penghulu.. we decided to have the last meeting at Pantai Irama.. everybody agreed.. then bertolak lah.. semua ada kecuali King Yunn coz dia sakit perut.. di sana kami balut2 hadiah yg nak dibagi pada foster family masing2.. then pergi main air laut, bergambar2 and berlari mengenakan Kok Wah & Beng Kiang.. Kok Wah still loyal with his dignity.. what kind of dignity?? So weird.. cannot tell ha..


membalut hadiah untuk keluarga angkat...


beach moment...


Then naik atas semula.. then Visha & Beng Kiang brought a big cake from secret recipe and opened it.. rupa2nya birthday Tze Siew.. eventhough had passed several days ago, but we still celebrate it.. kek tu ialah kek Macademia cheese.. manis sangat2.. the entire cake wrapped with susu manis tahap DM..

After that, Fauzi and his gang terpaksa balik coz they already promised to have lunch at their home.. so only 10 of us yg still ada kat pantai ni.. Visha suggested ti have lunch at Pizza Hut.. no objection.. then we headed to Pizza Hut at Jalan Kebun Sultan, KB.. sejam perjalanan.. lapar yg amat.. because I’m so starved at that time, I ordered 2 regular pizzas, 4 soup n roasted bread, and satu pinggan spaghetti.. Not for me per se laa.. for 4 persons maa..i, Kok Wah, Rusdi and Ah Hooi…enjoy sgt masa tue… suddenly teringat yg diri ini masih berdosa coz still x sembahyang Zuhur lagi.. dah pukul 2.30 dah..


manis yang amat kek ni..


pizza hut.. first time i makan dine-in.. selalunya tempah online ja..

sangat appetizing kan??

Then Sharon decided to go back and she brought us yg nak sembahyang ja.. I, Rusdi, Emel, Eja.. nasib baik Sharon memahami…3.30 pm baru sembahyang Zohor.. teruk2!! Then at 4 pm everybody gathered at rumah Kak Pah to have grand finale punya gathering with all mak2 angkat and ayah2 angkat semua.. we prepared this and that just to make sure this event berjalan lancar…

5 pm semua foster family dah ada.. except Tok Penggawa and his wife.. don’t know why.. majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Fauzi sbgai ketua residensi terakhir ini.. then makan lah.. while eating, all foster family must give a brief talk on anything they want to say.. anything!! Seronok sgt masa tue.. pecah lah pekung sorang!! Haha.. some advices, some teguran, some kata2 semangat and paling banyak ialah lawak.. hahahah.. after that, kami pula buat performance yg ntah apa2 ntah.. sambil nyanyi, everybody gave a brief speech.. Vishay yg paling havoc… bergambar and berposing semua.. I mcm jadi cameraman pulak..

7 pm everthing settled.. kemas2 semua and I pon balik untuk sembahyang Maghrib.. then, I borrowed my father’s bike (1st time pinjam tue) pergi rumah Fauzi.. We have Isya’ preyer together and we headed to rumah Tok Penggawa coz kami dijemput makan dadih anggur buatan mak Rossa, Kak Han…ingat ke dadih je, rupa2nya ada nasi lemak, mee goreng and satay.. santap habis!!! Then 9.30 pm I and Fauzi pergi rumah Kak Pah lagi sekali coz kami dijemput makan ayam bakar.. wah, this is what I mean with “sangat best”.. so many makan2 punya events.. makan dua ketul and then get stuffed.. kul 10.30 pm Visha, Beng Kiang and Ah Hooi baru balik berfoya-foya.. then we all have chit chat sampai kul 11.30 pm.. Kok Wah and Rusdi xde, they have their own story at rumah Tok Penghulu..

11.45 pm baru balik tidor.. wah!! So tired and so enjoyful.. balik tidor dengan hati yg sangat gumbira… esok nak balik USM.. wah sukanya!!!!!!!!!


brief speech from our Ketua Residensi, Fauzi...


ucapan daripada kami.. x seorang pun terlepas!!



this is my foster parents..

semua sekali bergandingan...


Tok Penghulu bagi ucapan...


10 November 2008

The ‘vacation’ was nearly at it’s end.. so sad!! Woke up early and kemas2 all stuffs.. then just tunggu breakfast sambil main laptop.. berborak2 dgn mak & ayah.. Beng Kiang still dibuai mimpi lagi.. ish!! Hatiku berbaur sedih dan gembira.. sedih nak tinggalkan kampong and all keluarga angkat, gembira coz x sabar nak balik USM and nak balik rumah.. rumah sebenar laa.kat Melaka..

9 am everybody accumulate at rumah Tok Penghulu.. makan keropok ikan lagi.. suddenly I heard very bad news.. Tze Siew’s laptop hilang.. dengar kata dicuri dari dalam biliknya di rumah Kak Han.. sedihnya nak balik laptop hilang.. si Fauzi pulak laptop rosak kena air.. dia bawa laptop tu dlm hujan dlm keadaan bogel.. laptop laa yg bogel.. dia kata dia yakin xde pape kena air coz masa tu hujan ala2 sepoi bahasa.. hhmm, whatever Fauzi..

Then everything was checked to make sure nothing left behind except our memories with them.. let it remain cherish for the rest of our lives.. semua bertolak dalam pukul 10.30 pagi.. sedihnya!!!

Selamat Tinggal Kampung Tanjung Jering!!

5 days "vacation"....

this morning, about 2 hours more, i'm going to finish my last CFCS program which known as Intervention 2... Kg Tanjung Jering is our destination... x sabar rasanya... it's not really a vacation but actually a community program that we have to do in order to get our pass sitting the Profesional Exam.

ok lah.. maybe dlm masa 5 hari ni, no entry will be posted... xde internet maa dlm kampung... haihz!!


Wassalam...

Black Man pursuing White House..


hari ini sejarah Amerika sekali lagi mencatatkan kelainan apabila presidennya buat pertama kali dipilih drpd orang berkulit hitam.. Barack Obama meningglkan jauh ke belakang pesaingnya, John McCain dgn beza undian yg besar walaupon diherdik secara tidak profesional oleh Gabenor California, Arnold Schwarzenegger ( arnold susah nak eja)..

beliau menjadikan fizikal Obama sebagai bahan berlawak dlm kempen memancing undi John McCain.. tetapi takdir telah menentukan kemenangan untuk berpihak kpd Obama lantas dikatakan bakal mengubah lanskap politik Amerika setelah kedahsyatan serta kebobrokan kepimpinan Bush yg bakal melingkupkan karier politiknya...

tetapi ada pihak mendakwa siapa pun presiden Amerika, ia tetap akan menjadi proksi Yahudi yg kuat.. ini kerana the most of the White House man are under Jews's dictatorship..
ia tetap tidak akan berubah.. tetapi menurut sumber itu, mungkin penindasan serta persepsi Amerika terhadap negara2 Islam may get improved.. polisi nya juga turut mungkin berubah terhadap negara2 Islam..

Obama dikatakan mengamalkan sikap yang lebih lembut terhadap negara-negara Islam apabila berjanji akan menarik balik tentera AS daripada Iraq dalam satu manifestonya. Beliau telah berjanji akan memanggil tentera AS yang bertugas di Iraq selepas 14 bulan kemenangannya..Apapun , diharapkan kemenangan Obama akan memberikan harapan kepada negara Islam dalam memperbaiki hubungan dengan negara tersebut..

Apapun, kita tunggu dan lihat... Firman Allah yg bermaksud "kita merancang, Allah juga merancang, tetapi sebaik-baik perancang itu ialah Allah"...


Wassalam...

a day in my life...

"sesungguhnya zaman belajar adalah zaman yg paling seronok".. begitu kata2 orang2 tua atau lebih tepat the adult say... tapi penatnya memang x terkira..

hari ni sangat penat bagiku... pagi saja ada 3 kuliah yg agak berat bagiku... ak bertahan utk tidak terlelap.. dah la duduk depan.. i tried my best.. n i pecah rekod coz x tidor dlm kuliah dlm 3 kuliah berterusan!!!!! hebat tue.. hehe

petang pulak ada klinikal.. Dr Rosdan dr ORL memang bersemangat.. i like his way... but too long standing can really loses our concentration... the clinical finished at 4 pm.. wah dua jam berdiri.. nasib baik x kena DVT.. xdelah ..mana mungkin coz my feet always moving... that's why Dr always attacking(asking question) me because he thought i can't concentrate to what he was teaching... actually i jus want to avoid DVT.. haha

ba'da asar, i pegi main pulak.. riadah.. fuuhhh.. really exhausting!! what the tiring day...


Wassalam..

kuliah tasawuf Ustaz Nik...


Semalam Kuliah tasawuf mingguan Ustaz Nik agak lama berbanding biasa... Berikut adalah kesimpulan drpd apa yg dibincangkan semalam..

  • Cinta Kepada dunia adalah kepala dan punca kepada segala kejahatan....
  • Sesungguhnya dunia ini dicipta untuk manusia, tetapi manusia dicipta hnayalah untu akhirat...
  • Dunia dan seisinya merupakan keperluan hidup kita, tetapi bukanlah tujuan hidup kita...
  • Barangsiapa yg menghadap hatinya ke dunia, maka dia akan dapat dunia dan tidak lebih daripada apa yg telah ditetapkan baginya.. manakala barangsiapa yg menghadapkan hatinya ke akhirat, maka di dunia dia akan dpt apa yg telah ditetapkan baginya dan di akhirat juga dia akan beroleh kejayaan...
  • menangis sekali sekala tidak apa, tetapi jangan terlalu bersedih sepanjang masa seola-olah meratapi dan menyesali takdir Allah...
  • bila amal telah masuk ke dalam hati, ia akan menjaga segala tingkah laku kita..
  • banyak membaca Al-Quaran boleh memperkuat ingatan...

Wassalam...

beraya di rumah roommate...









this moment actually habis dah raya... but because of the spirit of raya never fade, we still beraya secara paksa ke rumah roommate ku..

setitis darah diderma, sejahtera seuntai nyawa

plastik darah lebih menarik dijadikan plastik cenderahati..


Mazni pon tidak ketinggalan menderma walaupon ditipu..


malu-malu pulak..


tunggu masa untuk dicucuk jarum sebesar mata pensil...


check blood pressure dulu.. hypertension x baik tau..


check Hemoglobin level dulu.. x cukup kang kita jugak yg susah..


Check Hemoglobin



My coursemates....



bersama roommate menderma...